Ringgit susut lebih rendah kepada RM4.48 kepada dolar AS dan dijangka mencecah halangan psikologi RM4.50 tidak lama lagi. Sememangnya, ringgit yang lemah akan memburukkan lagi tekanan inflasi dalam negera dengan meningkatkan jumlah hutang asing yang perlu dibayar Malaysia, kos makanan, tenaga, barangan dan perkhidmatan yang diimport, sekali gus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.
Bagaimanapun, ringgit bukan sahaja telah merosot berbanding dolar AS setakat tahun ini (YTD) sebanyak 7.5%. YTD ringgit telah merosot berbanding dolar Singapura sebanyak 4.2% dan rupiah Indonesia sebanyak 3.1%. Ringgit kekal hampir tidak berubah YTD berbanding baht Thai (+0.2%) dan yuan China (-0.2%).
Memandangkan semua ini adalah rakan dagangan utama negara, jelas pelabur melihat Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih teruk bukan sahaja berbanding Amerika Syarikat tetapi juga berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Bagi kerajaan untuk memperkecilkan penurunan nilai ringgit kita sebagai kitaran disebabkan oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat, perang di Ukraine atau perintah kawalan COVID-19 di China adalah seperti menafikan kenyataan untuk menutup kelemahan mereka dalam tadbir urus yang baik.
Dasar monetari proaktif semasa kerajaan untuk mengawal kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang lain akan gagal dengan pembuatan dasar yang lemah dan kekerapan perubahan dasar dalam menangani peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi, masalah kekurangan buruh yang teruk dan defisit kepercayaan yang buruk dalam kecekapan Menteri. Melainkan isu-isu ini ditangani, ringgit akan terus merosot tanpa mengira betapa proaktifnya dasar monetari kita.