Saya menyeru kepada seluruh warga Johor yang telah mendaftar dengan SPR sebagai pemilih pada bulan April hingga Jun yang lalu supaya membuat semakan Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun 2/2016 di pusat-pusat pameran yang berdekatan bagi memastikan mereka telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pemilih.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2016 selama 14 hari bermula 2 hingga 15 Ogos di 963 tempat di seluruh negara. Terdapat 94 pusat pameran di seluruh negeri Johor seperti yang disenaraikan di bawah. Sebanyak 20,356 pendaftaran telah dibuat di negeri Johor antaranya, 10,118 pendaftaran pemilih baru, 2,889 pendaftaran tukar alamat dan 7,349 pendaftaran pemotongan.
Sekiranya seseorang warga Malaysia yang melebihi 21 tahun dan telah berdaftar dengan SPR dalam tempoh yang tersebut di atas ini mendapati nama beliau tidak disenaraikan atau tersilap lokaliti atau daerah mengundi dalam RDPT yang dipamerkan kali ini, beliau bolehlah membuat aduan dengan pihak SPR untuk membetulkan kesilapan dalam tempoh pameran ini.
Pusat-pusat pameran di sekitar Johor adalah seperti yang berikut :
Kawasan – Pusat Pameran
P.140 Segamat – Pejabat Majlis Daerah Segamat
N.01 Buloh Kasap – Kompleks Penghulu Buloh Kasap
N.01 Buloh Kasap – Pos Malaysia Batu Anam
N.02 Jementah – Pos Malaysia Jementah
P.141 Sekjiang – Pejabat Daerah Segamat
N.03 Pemanis – Kompleks Penghulu Mukim Jabi
N.04 Kemelah – Pos Malaysia Segamat
P.142 Labis – Pejabat Daerah/Tanah Daerah Kecil Labis
N.05 Tenang – Pos Malaysia Labis
N.06 Bekok – Pos Malaysia Bekok
– Pos Malaysia Chaah
P.143 Pagoh – Kompleks Penghulu Mk Jorak/Pagoh
N.08 Jorak – Pos Malaysia Pagoh
P.144 Ledang – Pejabat Daerah Ledang, Tangkak
N.09 Gambir – Pos Malaysia Bukit Gambir
N.10 Tangkak – Pos Malaysia Tangkak
N.11 Serom – Pos Malaysia Sungai Mati
P.145 Bakri – Pejabat Majlis Perbandaran Muar
N.12 Bentayan – Pos Malaysia Tun Dr Ismail
N.13 Sungai Abong – Kompleks Penghulu Mukim Bakri
N.14 Bukit Naning – Pos Malaysia Barki
P.146 Muar – Pejabat Daerah Muar
N.15 Maharani – Pos Malaysia Muar
N.16 Sungai Balang – Pos Malaysia Parit Jawa
P.147 Pt Sulong – Kompleks Penghulu Mk 4 Spg Kiri
N17 Semerah – Pertubuhan Peladang Kaw B.Pahat (U)
– Pos Malaysia Semerah
N.18 Sri Medan – Pos Malaysia Parit Sulong
– Pos Malaysia Sri Medan
P.148 Ayer Hitam – Pejabat Majlis Daerah Yong Peng
N.19 Yong Peng – Pos Malaysia Yong Peng
N.20 Semarang – Pos Malaysia Ayer Hitam
P.149 Sri Gading – Kompleks Penghulu Mk 8 Sri Gading
N.21 Parit Yaani – Pos Malaysia Tongkang Pechah
N.22 Parit Raja – Pos Malaysia Sri Gading
N.22 Parit Raja – Pos Malaysia Parit Raja
P.150 Batu Pahat – Pejabat daerah Batu Pahat
N.23 Penggaram – Pos Besar Batu Pahat
– Pos Malaysia Kg Kenangan Dato Onn
N.24 Senggarang – Pos Malaysia Senggarang
N.25 Rengit – Pos Malaysia Rengit
P.151 Spg Renggam – Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam
N.26 Machap – Pos Malaysia Simpang Renggam
N.27 Layang-Layang – Pos Malaysia Layang-Layang
P.152 Kluang – Pejabat Daerah Kluang
N.28 Mengkibol – Pejabat Penghulu Mk Kluang 2
N.29 Mahkota – Pos Malaysia Kluang
P.153 Sembrong – Pejabat Felda Kahang Timur
N.30 Paloh – Pos Malaysia Paloh
N. 31 Kahang – Pos Malaysia Kahang
N.31 Kahang – Pos Mini Bukti Tongkat
P.154 Mersing – Pejabat Tanah Mersing
N.32 Endau – Pos Malaysia Endau
N.33 Tenggaroh – Pos Malaysia Mersing
N.33 Tenggaroh – Pejabat Felda Tenggaroh 5
P.155 Tenggara – Pejabat Veterina Daerah Kota Tinggi
N.34 Panti – Pos Malaysia Bandar Tenggara
N.35 Pasir Raja – Pos Malaysia Gugusan Taib Andak
P.156 Kota Tinggi – Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi
N.36 Sedili – Pos Malaysia Kota Tinggi
N.37 Johor Lama – Kompleks Penghulu Johor Lama
– Kompleks Penghulu Tanjung Sedili
N.37 Johor Lama – Pos Malaysia Air Tawar 2
P.157 Pengerang – Pejabat Daerah/Tanah Pengerang Bandar Penawar Kota Tinggi
N.38 Penawar – Pejabat Felda Air Tawar 5
N.39 Tanjung Surat – Pos Malaysia Pengerang
P.158 Tebrau – Jabatan Pengangkutan Jalan Johor
N.40 Tiram – Pos Malaysia Ulu Tiram
P.159 Pasir Gudang – Majlis Perbandaran Pasir Gudang
N.42 Johor Jaya – Pos MalaysiaCarrefour Johor Bahru
– Pos Malaysia Johor Jaya
N.43 Permas – Pos Malaysia Masai
P.160 Johor Bahru – Pejabat Daerah Johor Bahru
N.44 Tanjung Puteri – Pos Malaysia Bandar Baru Uda
– Pos Malaysia Majidee
N.45 Stulang – Pos Malaysia Taman Sri Tebrau
P.161 Pulai – Majlis Bandaraya Johor Bahru
N.46 Pengkalan Rinting – Pos Besar Johor Bahru
N.46 Pengkalan Rinting – Pos Malaysia Taman Perling
N.47 Kempas – Pos Malaysia Tampoi
– Pos Malaysia Taman Nusa Bestari
P.162 Gelang Patah – Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
N.48 Skudai – Pos Malaysia Taman Ungku Tun Aminah
N.49 Nusa Jaya – Pos Malaysia Taman Universiti
– Kompleks Penghulu Tanjung Kupang
– Pos Malaysia Gelang Patah
P.163 Kulai – Pejabat Majlis Perbandaran Kulai
N.50 Bukit Permai – Pos Malaysia Kulai
N.51 Bukit Batu – Pejabat Majlis Perbandaran Kulai
N.52 Senai – Pos Malaysia Senai
P.164 Pontian – Pejabat Daerah Pontian
N.53 Benut – Pos Malaysia Benut
N.54 Pulai Sebatang – Pos Malaysia Pontian
– Pos Malaysia Ayer Baloi
P.165 Tanjung Piai – Bhg Perolehan dan Perbekalan JKR Pontian
N.55 Pekan Nenas – Pos Malaysia Pekan Nenas
N.56 Kukup – Pos Malaysia Kukup