2016-05-02

Hujung minggu yang lalu.

Ada cuti bersambung.

Cuti Hari Buruh jatuh pada hari Ahad.

Dah lama kita tak melaluinya.

Jadi aku dah dapat mengagak.

Keriuhan dan kesibukan di sana-sini.

Dan jem dilebuhraya semestinya.

Tetapi nak tak nak kena hadapi juga.

Kecualilah kalau nak bercuti diluar negara.

Itu dah lain ceritanya.

Aku masih rindukan suasana di Seoul Korea Selatan.



Pagi hari Jumaat.

Aku dah berada diatas lebuhraya.

Cadangnya nak bersarapan dahulu di Kari Kambing 40 Hari.

Tetapi hajat tak kesampaian.

Ada beberapa hal penting perlu diselesaikan sebelum bertolak.

Jadinya pukul 11 pagi baru dapat bergerak.

Pukul 1 tengahari.

Aku singgah di bandar Tangkak untuk sembahyang Jumaat.

Dan wife aku tinggalkan dikedai kain.

Cuaca memang sangat panas.

Masjid pulak belum ada air cond.

Berpeluh juga walaupun ada kipas dikanan dan depan.

Sabar ajelah.



Pukul 4 petang.

Aku selamat tiba di IOI City Mall Putrajaya.

Lebuhraya belum lagi sibuk.

Jadi perjalanan masih lagi lancar.

IOI City Mall pun masih lengang.

Ini lokasi percutianku yang pertama.

Dah lama tak bercuti didalam shopping mall.

Window shopping sambil melihat gelagat manusia.

IOI City Mall, Alamanda juga Mitsui Outlet Park KLIA.

Semuanya dah dalam senarai.

Percutian kali ini memang ini tujuannya.

Aku cuma nak berehat-rehat sahaja.

Tiada rancangan spesifik.

Nak lari daripada kehidupan rutin.



Pukul 5.30 petang.

Aku mendaftar masuk ke hotel kegemaranku.

The Everly Putrajaya.

Aku suka sangat hotel ini.

Layanan staf sangat memuaskan.

Lokasi yang strategik.

Boleh jalan kaki untuk ke Alamanda.

Panggung wayang GSC pun buka sampai awal pagi.

Sarapan paginya sedap dan pelbagai pilihan.

Dan yang penting harga bilik yang berpatutan.

Kali ini aku ambil dua bilik standard.

Dapat sebelah-menyebelah pulak tu.

Memang sesuai untuk kami sekeluarga.

Cuma pemandangan luar tak cantik sangat.

Hanya nampak tasik berwarna coklat.

Dan program tv yang terhad.

Sepanjang hari aku tengok BBC Earth Channel sahaja.

Bolehlah layan.

Pagi hari Sabtu.

Aku minum kopi dan telur setengah masak dibilik sahaja.

Wife dan anak-anak aku hantar pergi bersarapan.

Tujuannya sebab aku nak mengosongkan perut.

Tengahari nanti ada Hi-Tea di Marriott Putrajaya.

Memang nak kena makan puas-puas.

Selepas Zuhur.

Aku hantar wife dan anak-anak ke IOI City Mall sekali lagi.

Manakala aku pergi ke Marriott Putrajaya yang terletak disebelahnya.

Ada perjumpaan semula dengan kawan-kawan lama.

Geng UMMedik tahun 1996.

Ini mini reunion sahaja.

Targetnya dalam 10 orang akan hadir.

Tetapi yang dapat hadir cuma 7 orang sahaja.

Dr Pak Dan ( Pakar Bius daripada Singapura ).

Dr Zul CJK ( Occupational Health Officer daripada Petronas ).

Dr Ku Muzafar ( Pakar Tulang daripada HUSM ).

Dr Firdaus ( Pakar Radiologi daripada KPJ Kajang ).

Dr Nil Amri ( Pakar Bedah daripada Hospital Alor Setar ).

Dr Yusai ( Pakar Radiologi daripada Hospital Serdang ).

Dan aku sebagai pakar segala pakar yang tak cukup tauliah.

Alhamdulilah.

Walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing,

kami dapat berjumpa semula.

Ada yang aku langsung tak jumpa sejak keluar daripada UM 20 tahun dulu.

Dari segi fizikal ada sedikit berubah.

tetapi penampilan masih sama.

Masing-masing gaya cukup sempoi.

Penampilan ala kadar sahaja.

Takda nak tunjuk sangat kemewahan.

Dan paling penting,

perbualan masing macam zaman sekolah dahulu.

Havoc.

Memang banyak benda nak cerita.

Tetapi apa-apapun kita makan dulu.

Makanan disini memang sedap-sedap belaka.

Berpinggan-pinggan aku ulang.

Perisa makanan semuanya well-balanced.

Takda yang terlebih atau terkurang.

Memang berbaloilah dengan harganya.

Bila para doktor berjumpa,

memang tiada cerita yang lebih menarik,

kecuali cerita-cerita tentang pesakit.

Macam-macam karenah pesakit.

Sama sahaja dimana sahaja.

Utara, selatan, timur dan barat.

Cerita politik pun menarik juga.

Dan paling aku tak sangka.

Bukan anak aku seorang sahaja yang keluar daripada asrama penuh.

Anak-anak kawan-kawan aku pun 2 kali 5 juga.

Pukul 4.30 petang.

Majlis bersurai bila pelayan datang memberitahu masa dah tamat.

Masing-masing kembali ke haluan masing-masing.

InsyaAllah ada perjumpaan seterusnya.

Di Petroleum Club KLCC.

Tingkat 43 Menara KLCC.

Ada sesiapa nak turut serta?

Malam hari Sabtu.

Aku berjalan-jalan sampai ke Alamanda.

Cadangnya nak tengok ulangan Civil Wars di GSC.

Tetapi full house sampai awal pagi.

Tetapi aku dah janji nak jumpa sahabat lamaku.

Sementara menunggu seorang lagi sahabatku datang,

aku dan Dr Neil ke Executive Lounge di tingkat 15.

Ada bilik khas untuk melepak-lepak.

Ada minuman sejuk percuma,

ada biskut percuma,

juga ada tv flat screen disediakan.
Dapatlah aku tengok live.

Perlawanan separuh akhir Piala FA.

Kedah lawan JDT.

Sebelum separuh masa pertama tamat,

kawan aku pun sampai.

Dr Jemie ( Pakar ENT daripada Hospital Shah Alam ).

Maka tiada tempat lain.

Kedai mamaklah apalagi.

Tengok separuh masa kedua.

Sambil sembang-sembang sampailah tengah malam.

Hari Ahad.

Aku ulang balik ke IOI City Mall.

Ada barang penting nak dibeli.

Lepas tu lepak kat bilik sampailah tengahari.

Aku checked out kira-kira jam 12 tengahari.

Aku singgah sebentar di Mitsui Outlet Park KLIA.

Bukannya nak beli apa-apapun.

Sekadar nak rasa dan banding.

Apa bezanya dengan JPO dan A Famosa Freeport Outlet di Melaka.

Untuk orang-orang yang tak berapa berduit sepertiku,

tiada banyak bezanya.

Dalamannya hampir serupa.
Pilihan kedai-kedainya pun hampir serupa.

Cuma harga barang ada banyak yang lebih murah.

Tetapi raya masih lama lagi.

Bajet raya pun belum dibentang lagi.

Jadi tiada apa-apa yang nak dibeli.

Pukul 3 petang.

Aku tiba dilokasi percutian berikutnya.

Restoran D'Limau Nipis di Bandar Baru Bangi.

Wife suka makan disini.

Ada banyak pilihan ulam-ulaman.

Ada banyak pilihan sambal.

Tetapi aku suka ikan bakarnya.

Ikannya segar dan dibakar secara live.

Cuma ketika waktu puncaknya penuh dengan pelanggan.

Jarang nampak ada meja kosong.

Tetapi tak jadi masalah.

Yang penting pilihan lauknya masih banyak.

Walaupun dah pukul 3 petang.

Selepas masing-masing kekenyangan,

aku pun bertolak balik menuju ke selatan.

Aku kena singgah dibandar Muar.

Menghantarkan anak kembali ke asrama.

Kenderaan dah semakin banyak.

Walaupun ada kemalangan di lorong bertentangan,

lorong yang aku lalui tetap juga perlahan.

Biasalah rakyat Malaysia.

Ramai sangat yang perihatin.

Sibuk juga nak tahu,

Melayu, Cina, India atau lain-lain?

Hidup ke mati?

Semakin menuju ke selatan,

kenderaan semakin banyak.

Perjalanan 2 jam menjadi hampir 3 jam.

Bila kenderaan banyak,

ramailah yang tak sabar.

Ramailah yang memotong barisan.

Ramailah yang menggunakan lorong kecemasan.

Duduk lorong kanan terasa sangat lambat.

Lorong kiri terasa lebih lancar.

Lorong kecemasan kelihatan lebih pantas.

Sakit betul hati melihatnya.

Pukul 8.45 malam.
Aku selamat tiba di Tol Kulai.
Aku singgah untuk makan malam di restoran biasa aku pergi di depan plaza tol.
Restoran memang penuh.
Aku faham kalau makanan yang aku order lambat sampainya.
Tetapi biasanya tak lebih setengah jam.
Kali ini lebih sejam.
Pelanggan dimeja sebelah menyebelah ada yang dah cabut awal.
Bila makananku sampai semuanya dah sejuk.
Tetapi nasinya agak basah dan panas.
Baru aku tahu puncanya.
Nasi dah kehabisan.
Lauk dan siap lama tetapi nasi belum ditanak.
Itu yang jadi sangat lambat.

Apa-apapun.
Percutian kali ini tetap memenuhi jangkaan.
Walaupun sekadar bercuti diibu negara,
masih banyak kenangan yang boleh diabadikan.

Show more