2015-09-13



Foto tidak pasti jika melibatkan kejadian sebenar atau tidak.

KUALA LUMPUR 12 Sept. – “Secara tiba-tiba petir menyambar salah sebuah kren sebelum ia tumbang menghempap salah satu tiang di masjid sebelum jatuh menimpa Mataf.”

Demikian kata seorang saksi, Shaykh Abdul Raheem yang melihat kejadian berkenaan beberapa minit selepas ribut pasir dan hujan lebat mula melanda Masjidilharam.

“Kami baharu sahaja selesai melakukan tawaf selepas waktu asar ketika kejadian itu berlaku, kami terus masuk ke bahagian masjid baharu ketika ribut mula melanda.

“Kami juga terpisah dengan beberapa rakan ketika tawaf, mereka yang berada beberapa meter dari lokasi kejadian ternampak nampak kren itu tumbang,” katanya dalam catatan pada akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut jemaah haji itu, ramai jemaah yang berada di Mataf terkorban akibat kejadian itu, malah salah seorang pekerja di masjid tersebut memaklumkan ramai meninggal dunia di tingkat atas Mataf.

“Rakan-rakan melihat dengan mata mereka sendiri ramai jemaah mati syahid “Semoga Allah SWT memaafkan mereka, mengasihani mereka dan moga-moga Allah SWT memudahkan perjalanan ibadah haji, amin,” katanya. - Utusan

Show more