2014-01-13



Kejadian dua gegaran yang berlaku di kawasan premis perniagaan di Kukup Laut Pontian, Johor, pada kira-kira jam 8.40 pagi Khamis dipercayai berpunca daripada struktur pergerakan tanah yang tidak stabil di kawasan berkenaan.

Ini sekali gus menolak dakwaan khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mengatakan kejadian gegaran tersebut berkaitan dengan fenomena gempa bumi

Empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di Kukup Laut di sini, rosak dengan tiang penyokong bangunan berkenaan ada yang hampir patah berikutan dua gegaran yang berlaku tadi.

Lebih 20 orang pelanggan sebuah kopitiam di situ bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila gegaran melanda.

Beliau berkata, tiada sebarang laporan tentang gempa bumi atau gegaran yang diterima pihaknya di kawasan tersebut yang menyebabkan rumah kedai berusia dua tahun itu mengalami keretakan.

Menurutnya, para pelanggan yang berada di dalam sebuah kedai kopi di situ juga selamat tanpa sebarang kecederaan kerana mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi bising.

Sila baca

Gempa 6.6 magnitud landa Aceh.

64 korban gempa di China.

48 Maut Gempa Di Guatemala.

"Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, orang ramai telah diminta menjauhkan diri dari kawasan tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bangunan komersial tersebut menempatkan kedai kopi, kedai makan, rumah tumpangan serta beberapa perniagaan lain.

Sementara itu, pemilik sebuah kedai makan, Tey Siang Huat, 50, memberitahu, dia terdengar bunyi bising seperti barang jatuh dari tingkat tiga sebelum berlari keluar bersama para pelanggannya untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat 10 pelanggan sedang bersarapan dan enam pekerja di dalam kedai berkenaan.

Katanya, terdapat beberapa kesan retakan di dalam bangunan manakala tiangnya mula condong yang boleh membahayakan penghuni atau orang ramai di kawasan sekitarnya.

"Mungkin kami semua tidak akan menjalankan perniagaan sementara menunggu hasil siasatan sama ada bangunan kedai ini selamat untuk beroperasi atau sebaliknya,"

Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.





Video Hiasan

Show more