2014-09-29

MIRI: Jawatankuasa Ekspo ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Miri me-nyasarkan nilai jualan produk melebihi RM1.2 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran ekspo berkenaan.

Pengerusi penganjur Janson Yong meminta penduduk di sini datang beramai-ramai mengunjungi aktiviti itu yang menawarkan harga promosi istimewa selain peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

“Kami berjaya menjana nilai jualan produk ICT berjumlah RM1.2 juta pada tahun lalu.

“Kami yakin akan memper-olehi nilai jualan lebih tinggi pada tahun ini,” katanya di sini semalam.

Ekspo ICT pada 3 hingga 5 Oktober ini adalah aktiviti ke-12 anjuran Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Komputer Sarawak (CSSA) Cawangan Miri dan mendapat kerja-sama Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Bertema ‘Pameran Elek-tronik, Komunikasi dan Komputer, Gaya Hidup Digi-tal Anda’, ia diadakan di Stadium Tertutup bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Janson memberitahu, ASUS sebagai penaja platinum aktiviti mereka pada tahun ini turut menganjurkan ‘ASUS Happy Weekend’ yang menjanjikan pelbagai hadiah percuma untuk pe-ngunjung.

Ekspo kali ini juga akan disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan mereka akan mempromosikan Kempen Kitar Semula Barangan Elek-tronik E-Waste.

“Menerusi kempen ini, pengunjung boleh mengitar semula peralatan IT mereka yang mempunyai kad SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet.

“Seramai 200 peserta kempen akan menerima baucar RM15 daripada MCMC,” jelasnya.

Selain produk ICT, turut dipromosikan ialah produk audio visual seperti televisyen, set Hi-Fi dan speaker serta produk keperluan rumah se-perti peti sejuk dan dapur.

Sebanyak 66 gerai mempromosi produk-produk ICT popular ASUS, Acer, Brother, Canon, Dell, Lenovo, HP dan Samsung serta jenama ternama lain akan mempamer jual produk teknologi terkini mereka.

Telekom Malaysia juga terlibat mempromosikan perkhidmatan dan produk telekomunikasi dan jalur lebar kepada pengguna.

Turut terlibat ialah Naim Cendera Sdn Bhd, IBS College dan UOB Bank.

Hadiah-hadiah menarik ditawarkan untuk pengunjung-pengunjung terawal ekspo ini ialah Pendrive 8GB dengan harga RM1 sebanyak 20 unit, MicroSD 8GB berharga RM2 (20 unit), Bag Pack berharga RM19 (10 unit), Wireless Mouse berharga RM9 (10 unit), Power Bank 5000mAH berharga RM19 (10 unit), USB Hard Disk Drive 500GB berharga RM119 (10 unit), tablet Sensonic berharga RM199 (5 unit), Acer Liquid Z4 SmartPhone berharga RM229 (10 unit), kamera Canon PS A2500 berharga RM229 (20 unit), Canon PowerShot G15 berharga RM1,199 (5 unit), Canon EOS 1100D berharga RM1,199 (10 unit) dan tv LED 32 inci berharga RM599 (3 unit).

Tawaran harga istimewa ini dipromosikan pada hari pertama (3 Oktober) dan terhad untuk 133 pelanggan terawal sahaja. Pendaftaran bermula jam 9 pagi.

Show more