2013-09-15

Well the Prime Minister has delivered his long awaited speech about the Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Here is the graphic :  



The Blogger APA or 'Aku Peduli Apa'  has hosted the entire speech on his Blog and so has 'Another Brick in the Wall'.  

APA titled his blog post :  Ucapan @NajibRazak yang wajib diperhalusi yang mengaku diri pejuang bangsa..!!  Seribu bahasa dalam se-kerat ayat bang !!

Anyway here is Najib's text in full. I will add my comments in blue. 

MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU), JAM 10.00 PAGI, BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR. 
--------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya. 

2.    Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. 

My comments : OK lah Dato Seri. But why cant you just say 'terima kasih'? Tak ada pun sebut 'terima kasih'.  Somehow I feel a 'terima kasih' is much better than a 'setinggi-tinggi penghargaan'. 

Hello kekawan pejuang bangsa, 'setinggi penghargaan' tu lebih tinggi daripada 'terima kasih' ke ?   Is 'my greatest appreciation' better than a simple 'thank you'? 

Akhir sekali PM masih tak ucap 'terima kasih' kepada pengundi Melayu dan bumiputera yang telah selamatkan kejutawanan para pemimpin BN dan Menteri Kabinet. Just say 'thank you' lah.  Apa susah sangat? Din Turtle mesti ada komen di sini. 

Who wrote this speech for the PM, Mazri atau Anas? 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.    Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4.    Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita. 

5.    Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear. 

My comments : OK very good Dato Sri. But here is my honest opinion - if another General Election is held today, we dont know if UMNO can hold on to those 88 Parliamentary seats. Maybe UMNO can only hold the 56 Felda seats. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

6.    Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. 

My comments : This country achieved a high level of peace and inter racial harmony during 22 years of Dr Mahathir's premiership. Ever since 2003 when he stepped down, the peace and harmony is going down the tubes. 

What caused the problem? Abdullah Badawi the Moron and his son in law tried to fix something that was not broken. Out of jealousy, dengki and plain stupidity they destroyed almost every single institution Dr Mahathir relied upon to make Malaysia a leader among nations.  Now for 10 years, since 2003 the country is going down, down, down. The Muslims (Melayu, bumiputra, Malabar, Mamak, Kerala) are all going down. Do read on.

And what is the solution?  Very simple. Why dont we do exactly what Dr Mahathir did for 22 years that has made our country so successful? Kalau sesat dihujung jalan, balik lah ke pangkal jalan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7.    Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik. 

8.    Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

My comments : "Mamak dan Malabari pun dah serap ke Melayu."  Do you know what this means? It means now we have more people waiting in queue to be given crutches. Sekarang mamak dan malabar pun tunggu sabsidi, tunggu kontrak dan projek, minta itu dan minta ini.   Dulu depa kata Mamak ini 'satu bantal satu tikar satu dunia boleh pusing'. Sekarang Mamak pun tunggu sabsidi dan tunggu jadi kroni. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

9.    Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.  Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus. 

My comments : Bear in mind that in Sarawak the Muslim bumiputeras are a minority - less than 25% of the population. The non Muslim Dayaks and Chinese make up 75% of Sarawak's population. In Sabah the Muslims are also a precarious majority.  In Penang the non Muslims hold the majority of State seats.  

If we can move away from a racial and religious identity then we can achieve better cohesion and unity in Malaysia as Malaysians. But this depends on the 'The One And Only Problem in Malaysia'. (An earlier Blog I wrote - do look it up, thank you...err ...setinggi-tinggi penghargaan). We must, we must, we must accelerate the economic advancement of the bumiputras !!!  ASAP !!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.    Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11.    Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.    Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020. 

13.    Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

My comments : Here I agree 100% with the PM. This is an important economic point. If we deny, obstruct or prevent the economic advancement of the non bumiputras, the country will become bankrupt in no time. Percayalah brader, termasuk kekawan Perkasa.  

Ini bukan pasal agama ke, pasal bangsa ke atau apa pun. Ini pasal simple economic common sense.  

If we prevent economic advancement - of anyone at all - be it the Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadazans etc then we are inviting disaster.  We are all inter-connected. Why? Because we live in the same country. In the same boat. If one group advances, every one else will follow suit. If one group falls back, there will be disaster. Have we forgotten May 13? Dont forget so quickly ok. Why do you think May 13 happened? We cannot ignore any single racial group.

Tapi ada cara-cara yang adil dan efektif untuk membantu semua orang. Unfortunately ramai sahabat 'pejuang' kurang arif bab ini. How to make a 'win win' situation for all. There is always a solution for everything.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

14.    Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.    Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969. 

16.    Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan. 

17.    Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak. 

My comments : Tuan-Tuan, this list is getting longer and longer : 

DEB 1971 - 1990

Sepuluh Rancangan Malaysia (Five Year Plans)

Three 'Rangka Rancangan Jangka Panjang'

Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000

Dasar Wawasan Nasional 2001 - 2010

Dasar Transformasi Nasional 2010 and now we have 

Pemerkesaan Ekonomi Bumiputera 2013 

As I said, Dr Mahathir retired in 2003. Ever since he retired the introduction of new 'Dasar' and 'Transformasi' plans has been increasing.  In just three years since 2010 we have had two new Dasar already.  I dont know how long this latest Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera by Najib Tun Razak will last.  

Dulu time Dr Mahathir UMNO menang 2/3 majority Parlimen - no problem. Tak payah ubah dasar setiap hujung minggu. Then Badawi the Moron lost the 2/3 majority in Parliament and the five states. Ubah dasar. Then he got kicked out and Najib took over. 

But Najib did not change the losing team. Instead Najib created the Billionaire's Club aka the Cabinet. The Cabinet is now full of even more Morons. (I met a Timbalan KSU in Putrajaya recently. The Timb KSU said some of Najib's new Ministers - appointed after the recent PRU - are totally in the dark. They have no idea of administration, business, economy, delegation, preparing for meetings etc. Yet these are our Cabinet Ministers. The Timb KSU also mentioned a particular part of the country where many of these new Ministers hail from - which I dont want to mention. Tapi depa langsung tak reti apa pun pasal tugas Menteri.  But they have hundreds of millions of Ringgit Budgets to spend. Maaampuiih.)

Now in 2013 under Najib's leadership kalah 2/3 lagi. From 141 seats in Parliament jatuh jadi 133 pula. So apa nak buat - ubah dasar lagi. Create another new "Dasar".

But Najib has not done the most important thing. Najib has not dropped the Billionaire's Club. Some have been dropped. But they have been reappointed to even more toxic positions. 

Dracula telah dilantik oleh Najib untuk menjaga Tabung Darah dan juga menjaga Penderma Darah. And Dracula has started doing his job with gusto. Hisap darah habis. 

Ministers who were dropped as 'unwinnable candidates' have been reappointed Chairwoman of this and that. Lagi banyak duit boleh sapu. Lagi power depa. 

Ada pula naik pangkat. Boleh jadi Chairman of RM30.0 Billion Tabung pula. Lagi kaya. 

Lepas tu ubah Dasar lagi. Suruh con-sultan tulis ucapan yang Najib sendiri tak faham kut.

Silapnya bukan kepada Dasar. Silapnya dalam pelaksanaan Dasar. Ketirisan, kebocoran pun jadi masalah. Tidak fokus kepada perkara yang relevan dan penting bakal merosakkan segala matlamat. Please read again 'The One And Only Problem in Malaysia'.

Now even in Petronas, the cronies are making big, big money. How could a company with no ships win Petronas contracts for supply vessels? Bolehke? And the same fellow who is behind those AES cameras is also behind that shipping company. 

Saya nak tanya sikit lah kekawan - kau orang agak mereka ni pejuang bangsa ke? Pejuang agama dan negara sekali ke? Siapa setuju tolong angkat tangan. Siapa setuju tolong pi terjun dalam lubang t@*k ok?  

Tan Sri Hassan Merican has left Petronas. The latest is Dato Medan Abdullah has also left Petronas. This is ethnic cleansing. Dua Melayu yang top sekali telah dibuang dari Petronas.  Elok lah tu. Biar Melayu pandai semua dibuang kerja atau dihalau keluar. Yang tinggal hanya con-sultan. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18.    Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. 

19.    Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20.    Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21.     Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara. 

My comments: Bla bla bla

22.    Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23.    Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus. 

24.    Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25.    Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26.    Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. 

My comments : Pendapatan bumiputra has gone up 26 times in 42 years. But the equity syarikat bumiputra has only gone up 10 times over the same period. Maybe my friend Dr Muhammad Abdul Khalid can explain this. Plus the bumi equity includes the PNB and the GLC portion. Down on the street level, at the ground level where is the bumi participation in the economy?

27.    Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum. 

28.    Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi. 

My comments : This part I agree fully. The DEB has created hundreds of thousands of educated bumiputras. It is good that there are bumi doctors. lawyers and engineers. But in any society very, very few become doctors. We really need even more engineers, architects, computer scientists, technicians, scientists and others.  

But what we also need - and this is very very important - are the 18 and 19 year old school leavers who have some practical knowledge and common sense inside their heads. We need SPM and STPM holders who can work, who can think, undertake the millions of everyday tasks and jobs that are necessary to grow an economy. 

They must be trained to learn and absorb new knowledge. They must be trained to ask why, to find out how and to do repetitive tasks efficiently. If you think our university graduates (2% of the population only) are dumb have you met our school leavers (98% of the population)? Lagi dumb.

2% university graduates does not make the entire nation successful or membangunkan agenda bumiputra.  

It is the 98% school leavers who are the black holes - tak reti apa pun - who will eventually populate the economy.  These people are now falling through the cracks like cockroaches. Mat Rempit, pregnant teenagers, the 'minimum wage' legions, the Indian gangsters, the drug addicts and the drug dealers, the ahli PAS, the ostad kampong and all the other less productive or non productive members of our society come largely from this 'underclass'.   We really have to ramp up our education system.   

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.    Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

My comments : Saya tak setuju. I think the income disparity between the Chinese and the bumiputras is much wider. 1.43 kali ganda does not seem right to me at all.  And what is the basis of this calculation. The Chinese portion is derived almost entirely from the private sector. The pendapatan Melayu must include the GLC portion, the ASB and PNB portion, the 1.4 Million Civil Service and other Gomen support. Remove all that and you will see that the income disparity is even greater.  

Plus this figure does not show something else - the Chinese pendapatan is derived from cutting edge market competition. This means their income growth will continue to accelerate.  The pendapatan Melayu is derived from Gomen subsidies and Gomen assistance. Esok kalau minyak habis, harga minyak jatuh atau kroni Petronas songlap duit, pelingkup kita. 

30.    Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro. 

My comments :  Baru tadi PM kata bumi equity adalah 23.5%. Sekarang pula PM kata effective bumi control pada sekitar 10 peratus saja!! So yang mana satu yang betul Dato Seri? 23.5% atau 10% ?  

Who wrote the PM's speech? Anas or Mazri? Please do your fact checks correctly. I hear that Anas put an ultimatum to the PM. "Either Mazri goes or I go".  As a result Mazri has been kicked out of the PM's Office and has been sent to the Global Movement of Moderates or something like that.   

Anyway kalau effective bumi control is only 10%, is the purata pendapatan isirumah bumiputra still RM4457 per month?  Folks do you really believe that 'semua keluarga bumiputera mendapat pendapatan bulanan RM4457' ??   



 How many people here do you think earn RM4457 a month?

31.    Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas. 

My comments : The PM still cannot say a simple thank you. Perkataan "terima kasih" masih tak boleh keluar dari mulut PM.  "Sokongan, dokongan, setinggi2 penghargaan."

32.    Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33.    Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran. 

34.    Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

35.    Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

My comments : Peruntukan yang dulu-dulu semua dah jadi apa pula? Dulu pun kita beli peralatan berteknoloji tinggi juga. Dulu pun kita buat program juga. What happened to all that? It is not how much money we spend but how we spend the money. Beli peralatan tapi student tak motivated pun tak boleh. Buat program tapi tenaga pengajar pula tak ada komitmen pun buang duit juga. The worse case is bila kroni buat working paper untuk mengadakan kursus latihan tapi untuk makan duit saja. Kursus tak jadi atau kursus tak ada kena mengena dengan keperluan pasaran atau student sakit perut sebab katerer murahan supply makanan yang sudah basi. All this has happened before.

36.    Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah. 

My comments : Folks can you hear that sound. That is the sound of the Talent Corpse guys putting on their shopping shoes. Graduate Employability Management Scheme? That means more junkie trips to London and Birmingham for the Talent Corpses to help 'UK graduates' mengisi borang minta kerja. They can time their visits to coincide with the sales at the shops in London.  Hear that? Its that sound again. 

37.    Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38.    Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari. 

My comments : Folks here is some reality ok. Medical students at Gomen universities have already been briefed that in two years time graduating Doctors will have no guarantee of a slot to do their Housemanship at Gomen Hospitals. They must go and find their own Housemanship. Without doing two years' Housemanship, new doctors cannot become practising doctors ok. Too many doctors are being produced and not enough hospital space is available to train the  new doctors.

JPA scholars returning from overseas are now  being given the 'Surat 12 Bulan'. Do you know what is the 'Surat 12 Bulan'?  The letter says that they must be on standby to be called for a job interview within 12 MONTHS.  Itulah maksudnya  'Surat 12 Bulan'. 

There are no jobs available in the Gomen or the GLCs. In the meantime these JPA scholars can work anywhere - say McDonalds or 7-11.  After 12 Bulan, kalau masih tak ada tawaran kerja, then these JPA scholars are free to find their own jobs. 

My friend's daughter, a JPA scholar has returned from the US with a top class engineering degree.  Tapi tak ada kerja.  JPA cannot offer her a job.  So she is going to the Jobs Fairs looking for a job. Kerja engineer tak ada - depa nak yang ada experience. 

Other jobs mungkin ada - jual insurance, jadi "Financial consultant", property agent etc ada jawatan kosong. Tapi tak ada gaji bulanan. Bayar ikut komisyen.  If you sell the insurance then you get paid. No sell insurance, no money.

This is like the "daily wages" textiles piece goods workers of the 19th century or the rubber tappers of the 20th century. You get paid daily wages by the number of pieces of shirts you make in a day or the amount of rubber you tapped in one day. 

So our university graduates (maksudnya Melayu dan bumiputera ok) are becoming like the 19th and 20th century daily wages labourers selling insurance on the telephone or calling you on behalf of Visa or Mastercard and asking you if you want to convert your outstanding credit card balances into a term loan. If you say yes, they get a commission. If you hang up the phone, they dont get paid.  

To my friends and Blog readers like Shamsul, Annie, Hanafi and others do not despair. Jangan risau ok. No need to take tranquilizers after reading my Blog ok. 

There is always a solution.  The solution is easy. The solution is easier than the problem. We thank Allah for that.  We just have to create more jobs. We have to grow the economy by leaps and bounds. Masalahnya this Gomen does NOT know how to do it anymore. Since 2003 the Gomen has been picking its nose and screwing with the taxpayers money. That is what they do best. 

Menteri yang bodoh yang tak ada otak sudah jadi ahli Billionaire's Club. Anak menteri pun yang tak ada otak semua jadi kaya raya.   

Tapi JPA Scholar yang dapat 10 straight As untuk SPM atau yang dapat 4.0 di University di Amerika Syarikat  balik tak ada kerja.  JPA Scholar dapat  'Surat 12 Bulan' pula.  

Medical student pun sudah diberi "nasihat" - in two year's time there will be not enough places in Gomen hospitals to absorb all the Housemen. Without Housemanship, medical graduates cannot become practising doctors.  So in two years time, what are the new graduate doctors going to do? Doktor baru semua nak buat kerja apa?  Here is what they will be doing :

"Hello Sir. I am Dr Suhaily calling from CIMB Credit Card Centre. Would you like to convert your outstanding RM3,500 credit card balance to a 25 year term loan? Excuse me Sir? Yes Sir I am a real doctor. This is a kerja sementara for me Sir while waiting to get a job in a hospital.  We have a special package for you - only 6% per annum. Or 6% "profit sharing" if you like Islamic. You are willing to accept? Setinggi-tinggi penghargaan Sir"

That is what our graduate doctors will be doing. Better watch out.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39.    Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham. 

40.    Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

My comments : More billions to be squandered by the GLCs like Ekuinas. Here is some old news about Ekuinas :

"Ekuinas has picked five local private equity (PE) firms to undertake investments from a combined RM373 million funds.  Read more here.    

The PE companies are Tael Partners, RM Capital Partners, Tuas Capital Partners and CMS Opus Private Equity. Another firm, Asiasons, has been selected as the replacement manager for the OP Tranche 1 launched earlier.'

RM373 Million of taxpayers money?  Wow!  Who are these RM Capital, Tuas Capital, Asiasons?  

One of these folks is a

Show more