2014-02-13



Drama berjudul “Ariana Rose” juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular iaitu “The Wedding Breaker”, terbitan Karya Seni akan menemui peminat dan penonton setia TV3 (slot akasia) bermula 30 Disember 2013 ini.

Sinopsis Drama Ariana Rose : ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita.

Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar.

Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.

Drama bersiri 28 episod terbitan Pena Creative ini turut dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita) dan ramai lagi.

Dibawah terdapat senarai link menonton drama ini secara online atau pun terus download ke dalam PC anda. Selamat menonton dan mendownload. Jangan lupa Bookmarks! Open link in new tab atau tekan Ctrl + klik pada link.

Episod 1 Tonton dan Download : ENTER

Episod 2 Tonton dan Download : ENTER

Episod 3 Tonton dan Download : ENTER

Episod 4 Tonton dan Download : ENTER

Episod 5 Tonton dan Download : ENTER

Episod 6 Tonton dan Download : ENTER

Episod 7 Tonton dan Download : ENTER

Episod 8 Tonton dan Download : ENTER

Episod 9 Tonton dan Download : ENTER

Episod 10 Tonton dan Download : ENTER

Episod 11 Tonton dan Download : ENTER

Episod 12 Tonton dan Download : ENTER

Episod 13 Tonton dan Download : ENTER

Episod 14 Tonton dan Download : ENTER

Episod 15 Tonton dan Download : ENTER

Episod 16 Tonton dan Download : ENTER

Episod 17 Tonton dan Download : ENTER

Episod 18 Tonton dan Download : ENTER

Episod 19 Tonton dan Download : ENTER

Episod 20 Tonton dan Download : ENTER

Episod 21 Tonton dan Download : ENTER

Episod 22 Tonton dan Download : ENTER

Episod 23 Tonton dan Download : ENTER

Episod 24 Tonton dan Download : ENTER

Episod 25 Tonton dan Download : ENTER

Episod 26 Tonton dan Download : ENTER

Episod 27 Tonton dan Download : ENTER

Episod 28 (Akhir) Tonton dan Download : ENTER

# Berikan 1 like dibawah sebagai tanda sokongan anda terhadap kami.

# Untuk update yang lebih pantas follow saya melalui twitter.

Follow @suffer8zine

# Untuk tidak ketinggalan, langgan update drama ini terus menerus melalui email anda.

Masukkan email dan Submit > Isi captcha text di dalam kotak > Periksa email dan klik "verification message" pada email sebagai tanda penegsahan. Done.

Show more