2016-06-02

Masa tengok trailer ini saya terbayangkan The Fault In Our Stars dulu. Menangis tersedu-sedan dalam movie. Sambung semula menangis selepas habis movie. Walaupun TFIOS dulu jenis cerita cinta remaja-remaja tapi messages nya sangat bagus, perihal orang sakit kanser etc. Semua ini adaptasi daripada novel-novel. Ini book review saya tentang TFIOS: http://www.karipapsayur.com/2014/08/book-review-fault-in-our-stars.html .

Me Before You juga, adaptasi daripada novel. Ia adalah best bookseller 2014. Mungkin kamu patut google dahulu mana-mana ebook sebelum decide untuk beli buku sebenar. Hehe. Saya jumpa free ebook TFIOS!

Ok, ini adalah spoiler movie Me Before You. Hahaha. Jangan kecam saya. Kalau takmau terganggu, jangan teruskan baca! Tapi jangan risau, saya takkan cerita scene satu persatu. Sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Kalau nak dibandingkan dengan TFIOS, cerita ni tidaklah sehebat TFIOS. Setakat kisah seorang perempuan (Ms Clark) jadi caregiver seorang disable man (Will Traynor) jenis sarcastic orangnya. Bla bla bla, jadi kawan, bla bla bla jadi passion dengan kerja dia, bla bla bla jatuh cinta. Cuma Will Traynor ni memang tiada peluang untuk kembali normal, dia buat perjanjian dengan parents untuk berikan masa 6 bulan sahaja untuk hidup, selepas tu dia nak mati with dignity. So sebab tu parents ni hired Ms Clark dengan harapan Will Traynor akan berubah fikiran tak teruskan keputusan untuk mati.

Tapi akhirnya Will Traynor tetap dengan keputusannya. Dia berikan sedikit harta pusaka pada Ms Clark ni. Ala, yang sedih-sedih tu part akhir aje. Dan cerita dia agak perlahan. Kalau TFIOS pun kamu tak menangis, mungkin yang ini juga tidak akan.

Saya layan sahaja sebab dah spent RM9.50 di situ. Tisu tak bawa, kesat2 air mata dengan tudung ni ha. hahaha. Mujur lah tudung hitam.

Tak seperti TFIOS, Me Before You hanya sekadar kisah biasa (bagi saya). Saya banyak inspired dengan TFIOS. Sedangkan bila saya keluar dari panggung selepas Me Before You saya terfikir; "Apa yang bagusnya?". Seperti tiada.

Tapi saya sukakan movie ini sebab dia banyak tunjukkan Ms Clark sangat suka membaca. Di mana-mana. Mengingatkan saya untuk rajin membaca buku kembali. Dan British accent. Suka dengar. Hehehe

Show more