2016-04-26

Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online. Anda berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) and masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi KPM yang memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS sesi ambilan Jun 2016.



Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016
Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016. Permohonan hendaklah dibuat secara online.

Tarikh Buka : 2 Mei 2016

Tarikh Tutup : 12 Mei 2016

Applikasi Permohonan : Akan dikemaskini

Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-

Syarat Umum

Calon adalah seorang Warganegara Malaysia

Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Calon mestilah sihat tubuh badan

Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali

Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

Calon bebas daripada masalah mental, dan

Calon berminat dengan program yang dipohon

Syarat Khusus

Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)

Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-

NEGERI

LOKASI/ TEMPAT

CARA HUBUNGI

KURSUS YANG DITAWARKAN

SELANGOR

Enter Corridor Training Centre, Wisma Enter Coridor, No.30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR Klang Selangor 41050

03-33449830

Teknologi Mekatronk (Robotik)

Septronic Skills Training Centre, CH - 6, Apt. Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, SELANGOR Rawang Selangor

03-60215993

Collision Repair Reengineering Technician

KRU Academy Sdn. Bhd, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8 Cyberjaya 63000 Selangor

03-8319 3888

Kesan Khas Visual & Animasi 2D

SARAWAK

PPKS Ilmu Sdn. Bhd.Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93050

082-364198

Penjanaan Kuasa Elektrik

JT Akademi Sdn. Bhd.No.51, Lot 918, Section 54, KTLD Peace Road, 93450 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93450

082-370078

Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology

KELANTAN

Akademi APFT Maintenance Training. Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, KELANTAN

09-7798801

Aviation (Ground Handling - Ramp Services)

TERENGGANU

Ranaco Marine Sdn. Bhd. Lot 4538, Kawasan Perindustrian Jakar II Kemaman Terengganu 24000

09-8593800

Pengajian Nautikal, Teknologi Marin dan Kejuruteraan Kapal

Cara Hubungi
Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.
Selamat membuat Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.

Show more