2015-12-14

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3. Pemilihan aliran tingkatan untuk pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bergantung kepada keputusan PT3 anda. Faktor lain dalam menentukan pemilihan aliran Tingkatan 4 adalah kemampuan, minat pelajar, tunjuk ajar/minta pendapat  guru dan solat istikharah. Jadi secara dasarnya, keputusan peperiksaan adalah Syarat utama kelayakan dalam pemilihan aliran ke Tingkatan 4.

Pendidikan sekolah menengah selepas tamat pendidikan sekolah rendah (selepas Tingkatan 1 dan 2) iaitu selepas peperiksaan PT3 (dahulunya UPSR) terbahagi kepada dua peringkat iaitu :

1) Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

2) Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)



Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah

A. Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

Ianya merangkumi pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Berikut adalah Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah untuk panduan pelajar dan ibu bapa semua :-

Subjek Teras

Subjek Pilihan

Bahasa Melayu

Pendidikan Islam

Bahasa Inggeris

Moral

Sains

Kemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga

Sejarah

Kemahiran Hidup: Pertanian

Geografi

Kemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan

Matematik

Kemahiran Hidup Bersepadu

Bahasa-bahasa Eropah

Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dahulunya, Penilaian Menengah Rendah (PMR).

B. Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Aliran utama dalam pendidikan menengah atas:

Aliran Akademik (Sains/Sastera)

Aliran Teknik dan Vokasional

Aliran Agama

1. ALIRAN SAINS DAN SASTERA
Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

2. ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Selepas tamat PT3 atau PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Pengajian Kejuruteraan Awam

Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Pertanian

Perdagangan

Pengurusan Makanan

Pengajian Pakaian

Juga murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

Elektrik

Elektronik

Automotif

Katering

Pengaturcaraan Komputer

Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH: TINGKATAN 1 - 3

Mata Pelajaran Teras

Mata Pelajaran Wajib

Mata Pelajaran Tambahan

Bahasa Melayu

Geografi

Bahasa Cina

English Language

Pendidikan Jasmani

Bahasa Tamil

Mathematics

Pendidikan Kesihatan

Bahasa Arab

Science

Kemahiran Hidup

Bahasa Iban

Sejarah

Pendidikan Seni Visual

Bahasa Kadazandusun

Pendidikan Islam

Pendidikan Muzik

Bahasa Jepun

Pendidikan Moral

Bahasa Perancis

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Bahasa Jerman

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH ATAS: TINGKATAN 4 - 5

Mata Pelajaran Teras

Mata Pelajaran Wajib

Mata Pelajaran Tambahan

Mata Pelajaran Elektif

Bahasa Melayu

Pendidikan Jasmani

Bahasa Cina

1. Kesusasteraan Melayu

English Language

Pendidikan Kesihatan

Bahasa Tamil

2. Literature in English

Mathematics

Bahasa Arab

3. English for Science and Technology

Science

Bahasa Iban

4. Pendidikan Seni Visual

Sejarah

Bahasa Kadazandusun

5. Pendidikan Muzik

Pendidikan Islam

Bahasa Jepun

6. Geografi

Pendidikan Moral

Bahasa Perancis

7. Ekonomi Asas

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Bahasa Jerman

8. Additional Mathematics

9. Additional Science

10. Physics

11. Chemistry

12. Biology

13. Information and Communication Technology

14. Reka Cipta

15. Sains Sukan

16. Pembinaan Domestik

17. Membuat Perabot

18. Seni Reka Tanda

19. Kerja Paip Domestik

20. Pendawaian Domestik

21. Kimpalan Arka dan Gas

22. Menservis Automobil

23. Menservis Motosikal

24. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara

25. Menservis Peralatan Elektrik Domestik

26. Rekaan dan Jahitan Pakaian

27. Katering dan Penyajian

28. Pemprosesan Makanan

29. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut

30. Hiasan Dalaman Asas

31. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

32. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik

33. Landskap dan Nurseri

34. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

35. Tanaman Makanan

36. Grafik Berkomputer

37. Produksi Multimedia

38. Mechanical Engineering Studies

39. Civil Engineering Studies

40. Electrical & Electronic Engineering Studies

41. Engineering Drawing

42. Pengajian Agroteknologi

43. Sains Pertanian

44. Pengajian Keusahawanan

45. Perdagangan

46. Prinsip Perakaunan

47. Pengajian Pakaian

48. Pengurusan Makanan

49. Ekonomi Rumah Tangga

50. Engineering Technology

51. Fundamentals of Programming

52. Program and Development Tools

53. Pola Pakaian

54. Membuat Pakaian

55. Roti & Makanan Yis

56. Patisserie

57. Penyediaan Masakan Barat & Timur

58. Penyediaan Makanan & Minuman

59. Persolekan

60. Dandanan Rambut

61. Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak

62. Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak

63. Bahan Binaan

64. Teknologi Binaan

65. Prinsip Elektrik & Elektronik

66. Aplikasi Elektrik & Elektronik

67. Pemesinan Berkomputer

68. Amalan Bengkel Mekanikal

69. Penyejukan

70. Penyamanan Udara

71. Automotif Kenderaan

72. Automotif Elektrik dan Disel

73. Kimpalan Arka

74. Kimpalan Gas

75. Kejenteraan Pertanian

76. Hortikultur Hiasan & Lanskap

77. Pengeluaran Tanaman

78. Pemprosesan Hasil Pertanian

79. Pengeluaran Ternakan

80. Teknologi Pejabat Perniagaan

81. Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan

82. Perakaunan Perniagaan

83. Applied Science

84. Animasi dan Rekabentuk Penerbitan

85. Penerbitan Multimedia Kreatif

86. Sistem Sokongan Komputer

87. Sistem Sokongan Rangkaian

88. Asas Kemahiran Pelancongan

89. Pelancongan dan Rekreasi

90. Bahasa Arab Tinggi

91. Tasawwur Islam

92. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

93. Pendidikan Syariah Islamiah

SUMBER MOE

Semoga Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pelajar dalam memilih aliran yang betul untuk Tingkatan 4 nanti.


Follow @rossacalla

Show more