2016-11-30

Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.



Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017
Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

Boleh disemak di STATUS BR1M 2017.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

Contoh: 860424035123

Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar

Dalam Proses  :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan

Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan

Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya

Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya

Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Semakan Melalui e-Mail

Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Borang Rayuan BR1M

Borang Rayuan BR1M 2016 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2016. Jumlah bayaran BR1M 2017 dinaikkan.



Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M 2016 secara online atau manual boleh dibuat mulai minggu ketiga Jun 2016.

Pembayaran BR1M 2016 bayaran ketiga akan diawalkan ke 15 Jun 2016 (Rabu) dari 23 Jun sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 6 Julai 2016



Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-

Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.

Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.

Pemohon bolah layari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.

Terkini
Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

Borang Permohonan BR1M 2017 Online
* Permohonan Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini

PERMOHONAN.pdf

Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.

Kemukakan Salinan:

MyKad bagi pemohon

MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

Daftar Borang eKasih

Ansuran Pertama : * Akan dikemaskini (RM250 :28 Januari 2016)

Ansuran Kedua : * Akan dikemaskini (RM250 : 28 April 2016)

Ansuran Ketiga : * Akan dikemaskini (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)

Ansuran Keempat : * Akan dikemaskini (RM250 : 28 September 2016)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

Ansuran Pertama : * Akan dikemaskini (RM250 : 28 Januari 2016)

Ansuran Kedua : * Akan dikemaskini (RM250 : 28 April 2016)

Ansuran Ketiga : * Akan dikemaskini (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)

Ansuran Keempat : * Akan dikemaskini (RM250 : 28 September 2016)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

Ansuran Pertama : * Akan dikemaskini (RM200 : 28 Januari 2016)

Ansuran Kedua : * Akan dikemaskini (RM200 : 28 April 2016)

Ansuran Ketiga : * Akan dikemaskini (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)

Ansuran Keempat : * Akan dikemaskini (RM200 : 28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

* Akan dikemaskini (RM400 pada 28 Januari 2016)

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016

BIL

NAMA BANK

1

AFFIN BANK

2

AGRO BANK

3

ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD

4

AM BANK BERHAD

5

AL RAJHI BANK

6

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

7

BANK RAKYAT

8

MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

9

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

10

CIMB BANK BERHAD

11

CITIBANK BERHAD

12

HONG LEONG BANK

13

HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD

14

MAYBANK

15

OCBC BANK

16

PUBLIC BANK BERHAD

17

RHB BANK BERHAD

18

STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

19

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.

Show more