2014-01-30

Disebabkan tayangan filem ‘Sejoli : Misi Cantas Cinta’ akan berlangsung pada Februari ini, nama Maya Karin mula menjadi perhatian. Dan tidak dinafikan, ramai mula bertanya semula tentang kisah peribadi beliau.

Pernah digosipkan dengan Remy Ishak sebelum ini, Maya kini mengakui beliau sudah pun mempunyai pilihan hati.

Bagaimanapun, mungkin sudah menjadi trend selebriti tempatan yang tidak mahu mendedahkan identiti kekasih masing-masing sebelum ianya benar-benar serius, Maya juga tidak mahu menghebohkan tentang kekasihnya sebaliknya meminta peminat dan media menumpukan perhatian pada karier seninya.



“Alhamdulillah, saya cukup gembira dengan kehidupan sekarang.  Memang saya sudah ada teman istimewa, dan sudah enam bulan kami mengenali.”

“Cukuplah sampai situ sahaja. Saya tidak selesa jika hal seperti ini dijadikan tumpuan,” jelasnya ringkas dalam satu kenyataan akhbar.

Mengakui tidak serik bercinta, Maya juga mengatakan beliau akan memastikan untuk mengumumkan peminatnya andai ada sebarang berita baik.

Pada anda yang merindui lakonan Maya Karin, filem-filem lakonannya seperti Sejoli,Juwanita, Lagenda Budak Setan 3 dan Nota  akan ditayangkan tidak lama lagi. Nantikan~

The post Maya Karin Tidak Mahu Dedah Identiti Kekasih appeared first on MyArtis.My.

Show more