2013-11-01

Ayu dan manis sungguh apabila pelakon Lisdawati mula bertudung. Namun biasalah, ada saja rintangan yang datang kalau sudah namanya artis.

Lisdawati telah dikecam kerana kenyataan beliau sanggup buka tudung untuk tawaran berlakon yang menyuruhnya membuka tudung.

Hari ini, beliau telah tampil untuk menjelaskan kenyataannya itu.

“Kenyataan itu salah. Sebenarnya ada maksud yang tersirat dan tersembunyi. Tetapi bila cara penulisan itu salah,  jadi orang akan fikir, saya akan buka tudung kalau pengarah suruh. Akan tetapi, semua itu tidak benar.”



“Kalau dah pakai tudung, pakailah terus. Mana ada istilah buka balik. Kenyataan itu saya tak boleh jelaskan.”

“Rambut saya tak akan dilihat oleh sesiapa. Kalau ada drama-drama yang keluar di kaca televisyen sekarang nampak saya tidak bertudung, itu adalah drama-drama saya sebelum berhijab. Untuk tidak mengelirukan, sebenarnya saya masih ada beberapa drama dan telemovie yang masih belum ditayangkan sebelum saya bertudung.”

Menambahkan lagi hangat isu ini,  beliau sendiri akui merasa terkejut apabila melihat drama lakonan terbarunya Ogos lepas yang menunjukkan beliau tidak bertudung.

“Kalau nak tahu, amat mengejutkan apabila drama terbaru saya masa Hari Merdeka baru-baru ini adalah drama yang saya shoot pada tahun lepas. Dah setahun, baru keluar. Jadi, saya harap penonton faham dengan situasi itu.”

“Kalau boleh, saya nak drama-drama yang saya shoot sebelum berhijab itu ditayangkan pada tahun ini juga. Jadi, untuk tahun hadapan, biarlah semuanya keluar dengan imej terbaru, supaya tidak akan berlaku salah faham lagi.”

Suaminya, Fauzi Nawawi nampaknya tidak melatah dan memahami situasi Lisdawati. Beliau hanya berfikiran positif dan nampaknya sentiasa menyokong isterinya.



Semoga peminat tidak bersangka buruk lagi pada beliau. Sekurang-kurangnya, niat bertudung Lisdawati ini adalah kekal.

The post Lisdawati Jelas Isu Buka Tudung appeared first on MyArtis.My.

Show more