Kugiran yang dikenali sebagai ‘iamNEETA’ yang mulai dikenali dengan lagu bertajuk ‘Terima Kasih’ bakal meriliskan single terbaru, ‘Kau Pergi Jua’ dimana kita akan menyaksikan mereka berkolaborasi bersama Najwa Latif. Lagu ini khabarnya sudah pun dipasang di corong-corong radio tempatan.
Namun disebabkan ini, mereka dikatakan ingin menumpang nama dan populariti Najwa Latiff.
Jelas vokalis kumpulan ini, Neeta Manishaa, “Kami rasakan perkara ini tidak benar. Kami berada di bawah satu label yang sama iaitu NAR Records, jadi senang untuk kami berkolaborasi dalam lagu ‘Kau Pergi Jua’. Lagu tersebut merupakan single keempat kami. Kalau betul kami ingin menumpang nama dan populariti Najwa, kami sudah bekerjasama dengan Najwa semenjak single pertama lagi. Kami percaya yang kami mempunyai kelompok pengikut tersendiri.”
Anas Zakwan Azhar dan Patrick Anohada adalah lagi dua ahli didalam kugiran ini. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidaklah mengharapkan untuk meraih populariti dalam bidang ini memandangkan mereka pun masih hijau lagi dalam industri.
“Bakat kami dikesan menerusi YouTube. Kami mula menyanyikan lagu-lagu ‘cover version’ seperti lagu ‘Rolling in The Deep’ oleh Adele, ‘Jar of Hearts’ oleh Christina Perri dan banyak lagi. Sebagai sebuah band, kami enggan diklasifikasikan sebagai sebuah kumpulan muzik yang dikenali menerusi satu genre sahaja, tetapi kami ingin mencuba untuk menyampaikan muzik menerusi cara kami,” jelas Anas pula.
“Semua lagu Iamneeta saya cipta sendiri melodi dan liriknya. Kami keluarkan single satu persatu sebelum kami tampil dengan album penuh. Seterusnya, single kami berjudul ‘Jatuh Cinta’ dan single itu berentak balada,” tambah Patrick pula.
Biasalah itu. Kalau berduet dengan artis yang lebih popular, memang akan dikatakan menumpang populariti. Namun, kalau mendatangkan kebaikan supaya lebih ramai mengenali mereka, apa salahnya kan?
The post Kumpulan iamNEETA Tumpang Populariti Najwa Latif? appeared first on MyArtis.My.