2013-03-21



Admin garenti penyanyi cute Najwa Latif ni x boleh tido malam malam tadi...hehe...jangan mare...yelah..debaran SPM satu hal, satu hal lagi kamu tu popular...dah tentu ramai yang nak tau kan?

Btw, ini ceritanya...

Penyanyi, Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu "Muka Buku" dan "Kosong" memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, di sini bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan untuk menemu bual Syafikah gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan tersebut.

Ketika dihampiri wartawan untuk mendapatkan komen ringkas, Syafikah hanya sekadar berkata: "sorry, sorry."

Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Tahniah untuk Najwa dan adik2 yang berjaya hari ini..yang gagal jangan putus asa...life must go on...walaupun SPM tu penting tapi hari ini, masih ramai yang berjaya walaupun fail SPM..true story ok!

So never give up!

Untuk mak bapak, please jangan double standard walaupun anak anda x lulus cemerlang dalam SPM..

Support anda sangat di perlukan ketika ini!

Sumber berita: Utusan M

Show more