UMUM mengetahui DAP kini sedang dilanda krisis kepimpinan selepas empat orang wakil rakyatnya di Melaka mengumumkan keluar parti.
Empat wakil rakyat berkenaan ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong yang bertindak keluar dari parti pada 12 Februari 2017.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tindakan empat wakil rakyat itu keluar parti disebabkan kecewa selepas tewas dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka pada Disember 2015.
Guan Eng mengakui tidak menjangkakan tindakan empat wakil rakyat berkenaan keluar parti dan menerima kesilapan mempercayai mereka akan kekal setia bersama parti tersebut.
Persoalannya, kenapa empat wakil rakyat DAP berkenaan bertindak keluar parti?
Adakah benar seperti dikatakan Guan Eng kerana mereka kecewa tewas dalam pemilihan parti?
Atau ada sebab atau faktor lain yang menyebabkan mereka buat demikian.
Jika ada sebab lain, apakah perkara itu yang mendorong keempat-empat wakil rakyat terbabit berbuat demikian?
Adakah perubahan dasar DAP dengan mengikat kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya merupakan seteru DAP menjadi puncanya?
Umum pasti mengetahui, Melaka sebelum ini menjadi kubu kuat DAP di zaman Lim Kit Siang.
Jelas membuktikan keempat-empat bekas wakil rakyat DAP dari Melaka itu tidak lagi bersetuju dengan pucuk pimpinan DAP yang telah membuat keputusan berkerjasama dengan PPBM kerana ia begitu lari dari dasar dan matlamat asal perjuangan DAP.
Apakah maksud penolakan itu?
Adakah Mahathir menjadi punca dan mereka tidak bersetuju apabila Kit Siang sanggup duduk semeja dengan Mahathir yang sebelum ini ditentangnya?
Walau apapun sebabnya, kerjasama antara DAP dan PPBM telah pun terjalin. Kit Siang dan Mahathir kini sering bersama dalam satu majlis dan menggambarkan seolah-olah tiada masalah antara mereka sebelum ini.
Tetapi, adakah kerjasama politik itu benar-benar ikhlas atau mempunyai agenda peribadi tersendiri?
Jelaslah, Mahathir dan Kit Siang kini sedang bermain wayang kulit. Ini kerana kedua-duanya mempunyai matlamat sama iaitu menjatuhkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka terpaksa berkerjasama kerana sedar DAP dan PPBM secara sendirian tidak mampu melakukannya.
Mungkin Kit Siang sendiri tidak peduli soal masalah kepimpinan yang berlaku dalam parti itu kerana kerjasama dengan Mahathir dan PPBM lebih penting demi menjatuhkan Najib.
Adakah kerjasama tersebut akan berjaya atau lebih ramai lagi ahli dan wakil rakyat DAP akan keluar parti?
Sama-samalah kita nantikannya …
The post Tun M Punca Pergolakan DAP? appeared first on Malaysian Access.