2014-09-05

KKP EDU 3053 - Teknologi Dalam PdP

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,Syukur dan Selawat..

HALAMAN PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ................................................

Nama : Abdullah bin Abd Kadir
No.K/P :

Tarikh : 15 ogos 2014

PENGHARGAAN

Segala puji bagi  Allah SWT  kerana akhirnya saya dapat Menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) dalam mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (WAJ 3053) dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah  mata pelajaran ini iaitu En. Arbain bin Muhayat atas didikan beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini.

Tanpa tunjuk ajar dan didikan  beliau, tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan blogger yang telah memberi sumbangan berbentuk idea yang bernas kepada saya untuk menambahbaikkan lagi kerja kursus ini. Segala pandangan  dan tunjur ajar yang dilemparkan oleh rakan-rakan sememangnya amat berharga kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang.

Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang telah kalian semua berikan secara langsung ataupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa, sudah tentu usaha saya hanyalah sia-sia sahaja kerana restu ibu bapa dan guru merupakan keberkatan yang sukar untuk dicari.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.Diharapkan agar hasil tugasan ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah S.W.T.

1.0 PENGENALAN

Tugasan Kerja Kursus Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran  (EDU 3053) bagi PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2013 berfokuskan kepada menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang berbentuk pengajaran berasaskan web.Penghasilan laman web berfungsi sebagai media pengajaran yang memuatkan pelbagai bahan pengajaran.Didalam tugasan ini,Standart Kandungan Tahun 1 KSSR bagi bidang Pengajian Al-Quran telah dipilih sebagai topik pengajaran.Dua Standart pembelajaran telah diketengahkan dalam tugasan ini iaitu Menyebut dan membaca huruf hijaiyah tunggal berbaris satu diatas dan Membezakan huruf hijaiyah yang hampir sama bunyi.

Terdapat tiga bahagian utama tugasan didalam projek ini yang masing-masing mewakili pecahan markah yang tertentu.Tugasan pertama ialah penghasilan laman web.Saya telah menggunakan ‘Blogspot’ sebagai perisian untuk menghasilkan laman web.Blog yang dinamakan ‘The Modest Ustaz’ memuatkan beberapa aspek didalamnya seperti Alat Bantu Mengajar(ABM),Rancangan Pengajaran Harian(RPH),Panduan Guru dan lain-lain lagi.Blog The Modest boleh diakses melalui alamat themodestustaz.blogspot.com.Antara alat bantu mengajar utama yang dimuatkan didalam blog tersebut ialah Kad Imbasan Elektronik dan Aplikasi Belajar Iqra’ bersama Boboiboy.Kedua-dua ABM ini mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan dicipta menggunakan perisian Microsoft office Power Point 2010 dan I-Spring.

Seterusnya ialah penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tahun 1.Pengajaran selama 60 minit bertujuan untuk mengajar huruf hijaiyah yang tertentu.Rancangan Pengajaran Harian ini mensasarkan tiga objektif utama.RPH yang dihasilkan berpandukan proses Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan web ini mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Pelbagai pendekatan dan keadah yang diketengahkan dalam RPH khususnya bagi memenuhi prinsip-prinsip Reka Bentuk Pengajaran (RP).

Penulisan esei pula bertajuk “Bagaimana anda mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran dalam pengajaran web.Ianya merangkaumi contoh yang kritis,jelas,bermakna dan mendalam.Blog The Modest Ustaz memilih 5 prinsip reka bentuk untuk digunapakai dalam penghasilan laman web sebagai media pengajaran sebagainya.Akhir sekali,diharapkan agar tugasan ini dapat memberi faedah dan kebaikan terutamanya didalam bidang perguruan.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN







3.0 PENGHASILAN LAMAN WEB

Reka Bentuk Pengajaran (RP) merupakan elemen penting didalam dunia pendidikan di malaysia bahkan ianya digunakan diseluruh dunia.Melalui takrif yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti Reigeluth,Richey,Dick dan Reiser dapat dirumuskan dengan ringkas bahawa reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang merangkumi aspek perancangan,penyediaan bahan,kaedah dan penilaian terhadap mutu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Reka bentuk pengajaran yang berkualiti membolehkan sesuatu pengalaman pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan mencapai objektifnya.Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,pelbagai pendekatan,strategi,kaedah dan teknit yang dapat digunakan berkonsepkan integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK).

Antara alat ataupun medium teknologi yang sesuai digunakan didalam Pengajaran dan pembelajaran adalah web 2.0 yang lebih bercorak sosial,kolobaratif,interaktif,responsif dan sebagainya.Kewujudan web 2.0 didalam arena teknologi amat memberikan kemudahan kepada semua pengguna sama ada dalam dunia pendidikan mahupun bukan pendidikan.Laman web yang efisien sebagai bahan bantu mengajar  hendaklah berpandukan prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran supaya ianya terancang,efektif dan bersesuaian dengan topik pengajaran agar setiap objektif yang ingin dicapai dapat direalisasikan.

Antara prinsip utama dalam reka bentuk pengajaran adalah dapat memotivasikan murid-murid.Murid yang mempunyai motivasi kendiri dapat dijana melalui tarikan minat yang mendalam melalui penghasilan visual yang kreatif dan menarik.Didalam penghasilan web 2.0 seperti blogspot,edublog,weebly dan sebagainya,guru dapat membina sendiri visual yang dikehendaki.Antara konsep visual yang sering dikaitkan dengan minat murid-murid ialah penggunaan karakter kartun ataupun animasi.Blog ‘The Modest Ustaz’ mengggunakan animasi Boboiboy sebagai tarikan terhadap topik pelajaran iaitu berkenaan huruf hijaiyah.Pendekatan menggunakan animasi popular dalam dunia kanak-kanak bukan sahaja dapat menjadi tarikan bahkan dapat membawa murid-murid kedalam dunia pengajaran topik yang diajar.Murid-murid merasa seronok dan dekat dengan pelajaran.Hal ini sekaligus mendorong murid-murid untuk terus belajar dengan seronok dan menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Unsur-unsur audio juga dapat memotivasikan murid-murid kerana mereka akan menjadi yakin untuk belajar dengan bantuan rakaman suara.Blog ‘The Modest Ustaz’ amat menekankan aspek audio sebagai pemudah cara kepada murid-murid.Contoh jelasnya ialah penggunaan kad imbasan elektronik.Dengan menggabungjalinkan unsur visual dan audio,ianya kelihatan menarik dan pada masa yang sama murid-murid boleh belajar secara individu hanya dengan klik pada ikon bunyi.Murid-murid didedahkan secara terus dengan sebutan bunyi huruf.Pengalaman ini menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna disamping menerapkan elemen motivasi didalam diri murid-murid.Mereka akan dapat merasai pengalaman belajar yang seronok seterusnya mewujudkan rasa cinta terhadap pelajaran.Sebagai sampingan,lagu-lagu motivasi turut dimuatkan didalam blog tersebut sebagai ransangan positif kepada murid-murid.

Selain itu,penggunaan bahan interaktif juga dapat meningkatkan tahap motivasi murid-murid.Mereka lebih seronok bermain dan mencari pengalaman yang lebih mencabar diluar bilik darjah.Pengalaman yang berbeza daripada proses pengajaran dan pembelajaran biasa dapat menjadikan murid-murid lebih menghargai sesuatu keunikan didalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah.Antara contoh yang dapat diketengahkan ialah penggunaan permainan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.Permainan dan murid-murid hakikatnya tidak dapat dipisahkan bahkan guru perlu bijaksana didalam memilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu memuaskan hati murid-murid.Blog ‘The Modest Ustaz’ tidak ketinggalan mengambil kesempatan ini dengan memuatkan permainan interaktif ‘Belajar Iqra’ bersama Boboiboy’.Permainan interaktif ini mengandungi elemen multimedia interaktif yang lengkap dan menjadi bahan interaksi dengan murid-murid.Permainan elektronik sebegini memberikan peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam teknologi tanpa mengetepikan topik pelajaran bahkan mereka lebih seronok untuk terus belajar dan menguasai topik tersebut.

Reka bentuk pengajaran berasaskan web juga memudahkan murid-murid mengetahui perkara yang sepatutnya mereka kuasai dan pelajari.Prinsip mengenalpasti perkara yang sepatutnya dipelajari sangat penting dan mempengaruhi penetapan minda murid-murid.Murid yang tahu perkara yang sepatutnya mereka kuasai mempunyai matlamat yang sangat jelas dan berfokus.Kejelasan matlamat yang berfokus pula datangnya daripada bimbingan guru-guru.Oleh hal demikian,pendedahan mengenai isi pembelajaran yang perlu dikuasai adalah menjadi tanggungjawab guru dan web 2.0 boleh menjadi pengganti kepada guru didalam menggalas tanggungjawab ini.Blog ‘The Modest ustaz’ berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran Iqra’ dengan menggunakan kartun Boboiboy sebagai ikon untuk memudahkan murid-murid mengetahui segala kandungan utama didalamnya.Penggunaan ikon tersebut bukan sahaja menarik bahkan menjadi sistem perantaraan yang kompleks.Penerangan berkaitan fungsi dan kandungan setiap pembahagiaannya telah diterangkan didalam halaman The Modest Ustaz di bahagian atas.Murid dapat meneroka blog tersebut dan menggunakan panduan yang telah disediakan.

Tambahan pula,murid dapat menetapkan matlamat utama pembelajaran pada peringkat awal pembelajaran melalui nasyid yang telah dinyanyikan bersama.Murid lebih jelas mengenai huruf-huruf yang bakal dipelajari serta lebih bersedia.Elemen nyanyian didalam bilik darjah bukan sahaja sekadar seni dalam pendidikan bahkan ianya adalah daya tarikan yang efektif dan memudahkan kefahaman murid-murid.Nasyid yang telah dimuatkan didalam blog ‘The Modest Ustaz’ adalah bersumberkan Aplikasi You Tube.Video yang mengandungi grafik yang berwarna warni dan menarik sekaligus dapat mencuri perhatian murid-murid.Isi kandungan blog yang menekankan aspek pengajaran Iqra’ juga membantu murid-murid untuk mengenalpasti pelajaran.Pengguna atau murid-murid khusunya yang mengakses blog ‘The Modest Ustaz’ akan terus dibawa ke menu utama.Tujuannya adalah bagi memastikan murid-murid tahu apa yang telah disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan web.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web bukan sahaja memberi pengetahuan baru kepada murid-murid bahkan dapat meningkatkan pengetahuan lampau sekaligus dapat mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.Pada hakikatnya,proses pembelajaran berjalan sepanjang masa samada dirumah,disekolah mahupun ditempat lain.Proses pembelajaran tidak langsung memberikan pengalaman dan pengetahuan secara tidak terus kepada murid-murid tetapi memberikan kesan terhadap penguasaan ilmu mereka.Pengetahuan yang sedia ada inilah perlu digilap dan dipertingkatkan agar ianya lebih mapan dan sempurna.Dalam mencapai objektif ini,blog ‘The Modest Ustaz’  menggunakan pendekatan yang lebih interaktif untuk mengimbas kembali pengetahuan sedia ada dalam diri murid-murid.Sebagai contoh penggunaan Kad Imbasan Elektronik yang boleh digunakan sebagai imbasan huruf-huruf hijaiyah yang kemungkinan telah dipelajari oleh murid-murid sebelum ini.Dengan hanya klik pada simbol ‘seterusnya’ atau ‘sebelumnya’,murid-murid dapat melihat huruf-huruf secara pantas dan berusaha mengembalikan memori bentuk dan bunyi huruf yang telah dipelajari.Setelah membuat imbasan sepintas lalu,murid-murid boleh mendengar sebutan huruf dan mempelajari bunyinya.Pembelajaran ini akan berterusan dan diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya penggunaan bahasa Arab dalam ibadah Solat,bacaan Al-Quran dan sebagainya.

Disamping itu,halaman sekilas pandang yang dimuatkan didalam blog ‘The Modest Ustaz’ juga mempunyai tujuan yang sama untuk mengembalikan ingatan dan pengetahuan sedia ada murid-murid.Murid dapat mengerakkan ‘cursor’ dan menyentuh huruf hijaiyah didalam halaman tersebut.Huruf akan berputar dan membesar membolehkan murid-murid lebih mudah untuk mengembalikan ingatan dan berusaha kearahnya kerana keseronokan dan tarikan daripada animasi ringkas terhadap huruf-huruf tersebut.Murid-murid boleh cuba menyebut bunyi huruf terlebih dahulu dan merujuk kepada guru.Murid-murid yang berjaya mengingati bunyi-bunyi huruf yang pernah didengari atau dipelajari akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mempelajarinya semula sebaliknya murid-murid yang tidak berjaya atau tidak pernah mempelajarinya mungkin mengalami rasa kekecewaan.Oleh hal demikian,Blog ‘The Modest Ustaz’ telah mengongsikan video nasyid yang mampu memberi pengalaman secara langsung kepada murid-murid terhadap bunyi-bunyi huruf hijaiyah yang dipelajari.

Prinsip seterusnya ialah penglibatan aktif murid-murid didalam proses pengajaran dan pembelajaran.Proses pengajaran dan pembelajaran yang kaku biasanya disebabkan oleh pendekatan satu hala yang hanya berpusatkan guru.Pengajaran yang kaku akan menyebabkan murid-murid hilang minat untuk belajar ,mudah bosan dan merasa jemu.Pengajaran dan pembelajaran sebegini wajarlah dielakkan dan diubah dengan menggunakan pendekatan berpusatkan murid ataupun bahan.Penglibatan aktif murid-murid didalam pembelajaran amat penting kerana ianya mempengaruhi keberkesanan pengajaran itu sendiri.Melalui pendekatan berpusatkan murid dan bahan,pelbagai cara dan kaedah yang dapat diketengahkan.Didalam penggunaan blog ‘The Modest Ustaz’,kaedah yang digunakan ialah permainan elektronik secara interaktif.Permainan atau aplikasi ini dinamakan sebagai ‘Jom Belajar Iqra’ bersama Boboiboy’.Dengan menggunakan aplikasi ini murid-murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.Mereka dapat meneroka,bermain dan belajar dengan penuh rasa seronok dan berdaya saing.Aplikasi ini dicipta bercirikan multimedia interaktif yang membolehkan murid-murid berinteraksi dan belajar secara individu.Antara keunikan aplikasi ini ialah menggunakan karakter animasi Boboiboy sebagai pemain utama dan mengembara menyelamatkan robot kesayangannya daripada kuasa jahat.Dalam pengembaraan itu,pemain akan menemui huruf-huruf yang perlu diingati dan dikuasai.Penerokaan dialam maya ini membolehkan murid lebih fokus dan aktif dalam menyelesaikan masalah.

Tambahan pula,penggunaan kad imbasan elektronik yang disediakan mampu menarik minat murid-murid untuk aktifkan diri dalam pembelajaran.Hal ini kerana,mereka sendiri yang mengawal kad imbasan tersebut.Mereka boleh ulangi huruf-huruf yang meraka suka atau lemah mengikut kemahuan mereka.Pendedahan ini bukan sahaja memberikan kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi malahan dapat menerapkan nilai-nilai kesungguhan dalam diri murid-murid.Murid-murid yang jarang melibatkan diri secara aktif didalam bilik darjah juga pastinya mengambil peluang keemasan sebegini untuk aktifkan diri dalam pelajaran.Guru sebagai pembimbing perlulah memantau dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya.

Bagi memastikan penggunaan web lebih berkualiti dan mempunyai nilai-nilai interaktif,Blog ‘The Modest Ustaz’ telah menyediakan panduan yang lengkap dan ruang untuk maklum balas selaras dengan kehendak prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran.Panduan atau manual pengguna amat penting kepada murid-murid kerana ianya sangat membantu dan menjadi pedoman semasa proses pembelajaran didalam dan diluar bilik darjah.Pada halaman The Modest Ustaz telah disediakan panduan secara lengkap mengenai maksud dan penggunaan setiap ikon.Panduan ini berguna kepada murid mahupun pengguna luar sebagai inisiatif penerangan daripada guru.Selain daripada penggunaan ikon,terdapat juga penerangan berkenaan beberapa elemen lain yang terkandung didalam blog.Halaman ini boleh diibaratkan sebagai peta dimana pengguna amat memerlukannya dan kemungkinan boleh tersesat tanpa cara untuk menggunakan blog tersebut.

Selain daripada halaman tersebut,Blog The Modest Ustaz juga memuatkan video penggunaan aplikasi ‘Belajar Iqra’ bersama Boboiboy’.Video ini menayangkan langkah-langkah dan contoh penggunaan aplikasi dengan lebih senang dan mudah difahami.Bagi mendapatkan tindak balas dan respon daripada murid-murid mahupun pengguna luar,satu widget ‘Shout Box’ telah disediakan sebagai medium perhubungan.Komunikasi amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya mewujudkan suasanana dua hala yang membolehkan interaksi lebih berkesan dan berfokus.Murid memberikan respon atau tindak balas dengan menggunakan ‘Shout Box’ dan meninggalkan maklum balas atau memaklumkan sebarang masalah yang berlaku.Penggunaan ruangan komen secara maksima juga mampu menjadikan komunikasi berkesan antara murid dan guru walaupun hanya sekadar dialam maya.Murid tidak perlu menggunakan sebarang akaun untuk meninggalkan komen dan cukup sekadar menggunakan nama.Keberkesanan komunikasi didalam blog mampu memberikan keyakinan diri kepada murid-murid khususnya yang lemah bersosial.Mereka perlu dilatih untuk berkomunikasi dan bersosial dengan baik agar generasi yang mempunyai jati diri dapat dibentuk dan direalisasikan.

Sebagai rumusan,Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang terpenting didalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Melaluinya,Pengajaran lebih berfokus kepada objektif yang ingin dicapai dan menjurus kearah penglibatan aktif murid-murid.Oleh hal demikian,perancangan yang rapi perlu dibuat agar perlaksaannya lebih berkualiti.Diharapkan agar prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran dapat dipraktikkan didalam dunia pendidikan khsusnya di Malaysia.

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya,Pengajaran menggunakan laman web sebagai media pengajaran memberikan impak yang sangat positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986).

Ini menunjukkan bahawa deria pandang dengar murid-murid amat mempengaruhi tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Jelas bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan web semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

Penggunaan laman web juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer ataupun web.Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat pengajaran.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan web juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. Penggunaannya juga akan memberikan kelainan kepada kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat, membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

Tuntasnya, pengajaran berasaskan web mempunyai kekuatan dalam aspek-aspek yang tertentu. Tambahan lagi, adalah sangat wajar guru mengintegrasikan pelajaran menerusi teknologi maklumat.

7.0 REFLEKSI

Alhamdulillah,Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T diatas keizinan-Nya memberikan saya ruang dan peluang untuk menyempurnakan tugasan projek EDU 3053 Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum menyempurnakan tugasan ini saya kurang keyakinan diri terhadap kemahiran dan kreativiti yang saya memiliki.Saya tidak yakin yang saya mampu menghasilkan laman  web yang kreatif dengan Alat bantu mengajar yang inovatif dan Interaktif.Saya mula merancang untuk melaksanakan tugasan pertama selepas mendapat penerangan daripada pensyarah.Saya berusaha keras dan bersungguh-sungguh mencipta blog yang saya namakan dengan ‘The Modest Ustaz’.Saya berhempas pulas belajar dan menucuba pelbagai perkara didalam blogspot.Berkat kesabaran dan kesungguhan,blog tersebut mula disiarkan secara awam dalam jangka masa yang sangat awal.

Saya mendapat respon yang sangat positif daripada pengunjung terutamanya dalam kalangan siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.Respon yang positif sangat memotivasikan diri untuk terus memantapkan lagi blog The Modest Ustaz.Namun terdapat juga pandangan yang negatif tetapi disertakan dengan cadangan penambahbaikkan.Saya membuat analisis terhadap kritikan daripada kalangan pengunjung dan mengambil inisiatif memperbaiki segala kelemahan.Kepayahan dan cabaran yang saya alami sangat mematangkan dan belajar bertindak mengikut keperluan.Saya mula memahami bahawa pentingnya hubungan sosial didalam alam realiti mahupun alam maya.Melalui interaksi yang berlaku didalam blog,saya mula mengenali rakan-rakan yang menyokong dan membantu antara satu sama lain.

Sangat mengejutkan saya apabila ramai diantara rakan-rakan yang berminat dengan hasil kerja blog The Modest Ustaz.Banyak mesej yang saya terima untuk memberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan laman web seperti blog The Modest Ustaz.Alhamdulillah,berbekalkan ilmu yang saya terokai sendiri dapat dikongsikan bersama rakan-rakan.Sebanyak tiga kelas yang diadakan untuk berkongsi kemahiran membuat dan mencipta web menggunakan blogspot.Saya dapat pertingkatkan lagi kemahiran sedia ada sekaligus membina keyakinan diri yang pada peringkat awalnya sangat lemah.Dalam pada masa yang sama saya sangat bertuah dan bersyukur kerana usaha penat lelah saya mendapat perhatian daripada warga pengunjung.Sehingga kini,paparan blog saya mencecah 3000  dan ini menunjukkan satu pencapaian yang sangat baik kepada diri saya.

Selain itu tugasan mengahasilkan laman web sebagai media pengajaran ini juga memberikan saya pendedahan untuk meneroka alam teknologi.Saya berjaya mencipta sendiri Kad Imbasan Elektronik dan Aplikasi Belajar Iqra’ bersama Boboiboy dalam masa yang singkat.Walaupun saya sedar kualitinya masih ditahap yang rendah tapi ianya cukup memuaskan memandangkan kemahiran ini amat diperlukan oleh seorang guru.Saya merasa sangat seronok apabila ada murid-murid yang cuba menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut dan menunjukkan minat yang mendalam.Timbul dalam diri saya satu azam untuk belajar dan majukan diri saya dalam dunia teknologi.Saya berhasrat untuk  mencipta pelbagai lagi bahan bantu belajar dengan menggunakan teknologi pada masa yang akan dating.

Melalui tugasan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) pula saya dapat belajar cara dan format RPH yang betul.Menghasilkan RPH adalah satu kewajipan dan sememangnya pendedahan mengenainya perlu diberi penekanan.Walaupun saya sudah berpengalaman dalam menghasilkan RPH namun pada tugasan kali ini ianya agak berbeza kerana perlu mengaplikasikan pengajaran berasaskan web dan memenuhi prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran.Saya lebih sedar bahawa pentingnya perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Perancangan yang rapi dengan penyediaan alat bantu mengajar yang berkualiti mempu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam penulisan esei,saya sangat teliti terhadap kehendak-kehendak prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran.Saya mengaitkannya dengan laman web yang telah dicipta berdasarkan lima prinsip tersebut.Setiap prinsip menunjukkan peranan proses pengajaran dan pembelajaran.Saya sendiri merasakan tahap motivasi diri sangat tinggi apabila memahami dengan jelas mengenai prinsip-prinsip tersebut.Saya jelas terhadap objektif dan tujuan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran.Saya percaya sekiranya prinsip-prinsip tersebut diikuti dengan baik sudah pastinya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.

Saya berharap agar tugasan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang.Saya juga ingin memberikan cadangan agar penilaian markah dibuat secara berterusan.Hal ini membolehkan Siswa Pendidikan lebih istiqamah dan meneroka alam siber secara holistik.Saya berjanji kepada diri saya untuk meneruskan perjuangan blog The Modest Ustaz pada masa yang akan dating.Sudah pastinya pelbagai bahan-bahan yang dapat saya muatkan didalamnya.

Sekian,Terima Kasih.

RUJUKAN

(a)  Buku

Bryan Coombs. (2010). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur. Percetakan Haji Jantan

Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2012). Murid dan Alam Belajar. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norasiah Binti Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Binti Ahmad Zain. (2013).

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rahil Mayuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009).  Amalan Pengajaran

Berkesan. Selangor.  Karisma Publication’s Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran

Semasa. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

(b) Laman Web

Jamalludin Harun & Nor Elina Bt Tukiman. Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas Rekabentuk Laman Web http://eprints.utm.my/11969/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Menerusi_Web_Menggunakan_Pendekatan_Inkuiri_Berpandukan_Model_Webquest_Bagi_Topik_Asas_Rekabentuk_Laman_Web.pdf.  Dicapai pada 25 Julai 2014.

Rafiza Abdul Razak. (2013). Pembinaan Media Pengajaran berasaskan multimedia di kalangan guru.http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4559/Bil1_2_Artikel3.pdf. Dicapai pada 26 Julai 2014.

NoorSyazwanni. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203105/Bab%2011-Pengintegrasian_TMK.pdf. Dicapai 26 Julai 2014.

Show more