2014-05-16

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,Syukur dan Selawat..



PENGHARGAAN

Segala puji bagi  Allah SWT  kerana akhirnya saya dapat Menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) dalam mata pelajaran PROJEK HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah  mata pelajaran ini iaitu PN.HJH.Norhani Bebe Binti Alta Miah kerana didikan beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini.

Tanpa tunjuk ajar dan didikan  beliau, tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea yang bernas kepada saya untuk menambahbaik lagi kerja kursus ini. Segala pandangan  dan tunjur ajar yang dilemparkan oleh rakan-rakan sememangnya amat berharga kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. 

Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang telah kalian semua berikan secara langsung ataupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa, sudah tentu usaha saya hanyalah sia-sia sahaja kerana restu ibu bapa dan guru merupakan keberkatan yang sukar untuk dicari. 

Akhir kalam, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.Diharapkan agar hasil tugasan ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah S.W.T. 

1.0 Pengenalan

Secara amnya, Kursus ini memfokuskan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.

Tugasan Kerja Kursus Hubungan Etnik (WAJ 3106) bagi PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2013 pada kali ini berfokuskan kepada hubungan interetnik dan intraetnik.Tujuan utama tugasan ini ialah menyediakan satu esei yang merangkumi konsep,elemen-elemen hubungan interetnik dan intraetnik serta cabaran interetnik dan intraetnik. Selain itu,tugasan ini juga memberikan peluang kepada para guru pelati untuk membuat ulasan secara kritis berkenaan dengan mana-mana video yang berkaitan dengan interetnik dan intraetnik. 

Hubungan etnik dapat dikategorikan kepada dua iaitu hubungan interetnik dan hubungan intraetnik. Ia berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat. Manakala tiga konsep penting yang ditumpukan di Negara ini ialah masyarakat, budaya atau ras dan integrasi atau perpaduan. Masyarakat menurut Roucek dan warren (1979), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara bersama dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Menurut J.S. Furnivall pula, masyarakat majmuk adalah terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Budaya dapat didefinisikan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Manakala perpaduan pula adalah sebagai satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.(Paimah Atoma, 2011)

2.0 Esei Hubungan Interetnik Dan Intraetnik Di Malaysia

2.1 Konsep

Interetnik atau juga disebut dengan segregasi bermaksud pemisahan bermaksud pengasingan atau pemisahan yang meletakkan had-had dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi. Dapat difahami bahawa ianya lebih menjurus kepada beberapa aspek seperti sosial,adat,tradisi,agama dan tempat.Segregasi boleh berlaku atas dasar ras,budaya,agama dan pelbagai ciri-ciri etnik yang lain.

Intraetnik pula lebih sinonim dengan perkataan integrasi yang membawa maksud penyatuan antara etnik dengan mengikat kontrak sosial tanpa lagi mengiras unsur ras dan ataupun identity etnik itu sendiri.Integrasi sememangnya menjadi satu cabaran kepada Malaysia untuk merealisasikannya namun usaha kearahnya terus dilaksanakan bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai.Secara terperincinya,Intraetnik merujuk kepada penghapusan diskriminasi dan unsur prejudis antara golongan majoriti dan minoriti.Unsur kebersamaan adalah menjadi teras dan wujudnya satu identity nasional yang menunjukkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang utuh dan cintakan Negara.Perbezaan adat,agama,bahasa,budaya dan sebagainya tidak dipandang sebagai masalah bahkan ianya menjadikan Malaysia sebuah Negara yang unik dengan identity rakyatnya yang tersendiri.

Didalam memastikan hubungan interetnik dan intraetnik mencapai objektif yang ingin dicapai,maka perpaduan menjadi teras utama.Perpaduan bermaksud penyatuan sesuatu kumpulan.Dalam konteks Negara Malaysia,perpaduan lebih menjurus kepada ideologi negara didalam membentuk satu identiti yang menunjukkan kebersamaan tanpa mengambil kira agama,bangsa,kaum mahupun warna kulit.Selain itu Perpaduan juga dapat disebutkan sebagai satu hubungan erat yang bersifat tolenrasi dalam masyarakat majmuk.Oleh hal demikian,penelitian terperinci hendaklah dilakukan didalam mengenalpasti kepelbagaian etnik dalam Negara agar setiap nilai kepelbagaian tersebut dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang lebih unik dan mempunyai rakyat yang bersatu padu  dibawah satu naungan.Dapat disimpulkan disini bahawa perkongsian budaya dan amalan sesuatu etnik dalam masyarakat adalah satu perpaduan yang boleh dibanggakan.

Mengikut data yang diperolehi melalui media dan internet, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 28.3 juta. Manakala pecahan mengikut etnik pula, daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). Data ini menunjukkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai tiga tiga etnik utama iaitu Melayu,China dan India.Ketiga-tiga etnik ini memainkan peranan yang sangat besar dan menjadi tulang belakang kepada Negara Malaysia.

2.2   Elemen-elemen hubungan intraetnik dan interetnik

Dalam kehidupan masyarakat yang terdiri daripada intraetnik dan enteretnik perlunya satu garisan kesamaan bagi menjamin kesatuan dan kesejahteraaan.Beberapa elemen perlu dijadikan tonggak dan garis pandu agar matlamat  tersebut dapat dicapai.Antara elemen-elemen yang perlu diketengahkan ialah persefahaman, bekerjasama, persaudaraan, kemesraan, budaya ziarah menziarahi, dan hormat-menghormati

1. Persefahaman

Persefahaman merupakan elemen terpenting didalam membina perpaduan yang utuh dan berpanjangan.Persefahaman dapat ditakrifkan sebagai sikap penerimaan dan memahami antara satu sama lain sama ada berkaitan fizikal,budaya,amalan,dan sebagainya.Persefahaman juga merujuk kepada pemikiran yang lebih terbuka terhadap seseuatu tindakan orang lain.Jelas bahawa elemen persefahaman mampu mewujudkan toleransi antara etnik.Tidak dinafikan bahawa kepelbagaian etnik dalam sesebuah Negara khususnya Negara Malaysia akan menyebabkan wujudkan pelbagai budaya,perayaan,amalan keagamaan,kepelbagaian bahasa dan sebagainya.Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada segelintir individu didalam sesuatu kumpulan etnik

Punca berlakunya rasa tidak selesa,tidak berpuas hati mahupun iri hati terhadap amalan,budaya,perayaan etnik yang lain adalah karana kurangnya persefahaman.Oleh hal demikian perlunya inisiatif mengenali dan mendalami adat dan amalan etnik yang lain.Memahami dan mengetahui tujuan sesuatu amalan dilakukan pastinya membuatkan fikiran lebih terbuka dan rasional.Sebagai contohnya,Kaum China sangat meraikan sambutan tahun china sehinggakan saban tahun perayaan ini disambut dengan begitu meriah di Malaysia.Mereka mempercayai beberapa amalan yang wajib dilakukan semasa perayaan tersebut atas beberapa tujuan seperti memohon rezeki,membuang malang dan sebagainya.

Antara amalan kaum china yang sering dilakukan ialah membakar mercun.Apabila tibanya sambutan perayaan tahun baru china,seluruh ahli keluarga berkumpul dan melakukan amalan tersebut.Bunyi letupan mercun yang berulang kali sudah pastinya akan memberikan gangguan kepada komuniti setempat.Namun kerana memahami bahawa amalan tersebut dilakukan dengan tujuan yang baik mengikut kepercayaan mereka,maka etnik lain menerima dengan penuh tolenrasi dan terbuka.Kesefahaman sebeginilah yang perlu diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai etnik khususnya golongan belia.

Persefahaman tidak seharusnya dilihat pada ruang yang kecil bahkan ianya perlu dilihat secara menyeluruh.Penerapan elemen persefahaman mestilah secara holistik dan menyeluruh.Elemen persefahaman perlu diamalkan dalam pelbagai bidang seperti politik,ekonomi,pendidikan dan sosial.Politik yang sihat dengan persefahaman yang baik akan menjadikan ianya satu pertandingan yang sihat dan telus.Ekonomi yang terbina berteraskan kesefahaman akan memanifestasikan pelbagai idea dan meningkatkan tahap kualiti sesuatu pengeluaran.Dalam bidang pendidikan pula,persafahaman antara etnik amatlah relevan diterapkan seawall bangku sekolah.Nilai-nilai persefahaman jika diterapkan sewaktu kecil pastinya menjadi kebiasaan seterusnya melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan memiliki modal insan kelas pertama.Bab kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

2. Bekerjasama

Bekerjasama sememang satu elemen yang sentiasa diketengahkan dalam setiap perkara.Perkataan Kerjasama adalah gabungan dua patah perkataan iaitu kerja dan bersama.Hal ini jelas menujukkan bahawa amalan atau pekerjaan yang dilakukan dengan cara berkerja dalam satu kumpulan.Selain itu ianya juga merujuk kepada sesuatu sumbangan daripada pihak yang tertentu sebagai bantuan dan pertolongan.Dalam konteks interetnik dan intraetnik pula,bekerjasama merupakan elemen didalam mewujudkan interaksi antara etnik didalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kerajaan Malaysia sendiri sangat menekankan aspek kerjasama dalama kalangan rakyat yang pelbagai etnik.Pelbagai program terutamanya dari segi ekonomi diberi penekanan dan bantuan supaya ianya dapat dimajukan.Contohnya,program latihan dan bimbingan usahawan yang diperkenalkan bagi memberi pendedahan tentang ekonomi dan perniagaan.Usaha-usaha ini adalah untuk mewujudkan hubungan dua hala diantara pembekal,pengeluar dan pengguna.Ibarat roda yang berputar kerana ketiga-tiga pihak tersebut terdiri daripada pelbagi etnik.Amalan kerjasama ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malahan dapat memajukan ekonomi Negara ditahap yang dapat dibanggakan.

Berbalik kepada elemen bekerjasama,ianya bukan sahaja merujuk kepada bantuan melalui kewangan dan harta benda semata-mata bahkan skop bekerjasama adalah lebih meluas dan perlu diberikan penekanan yang serius.Kerjasama juga boleh disifatkan dengan penyumbangan idea dan tenaga.Jika digabungkan idea-idea bernas dan bersatu padu didalam mencapainya pasti akan membuahkan hasil yang amat lumayan.Elemen bekerjasama ini memerlukan kedua-dua pihak memainkan peranan dan saling melengkapi.Sebagai contoh yang mudah difahami,seorang pelajar india mahir dalam bidang teknologi manakala pelajar melayu pula mahir dalam bidang perniagaan.Jika mereka bekerjasama sudah pastinya mereka dapat memperluaskan perniagaan secara online dimana ianya menjadi kegilaan pada masa kini.

Elemen bekerjasama tidak sewajarnya dilihat sebagai garis panduan untuk mencapai kejayaan semata-mata bahkan perlunya elemen ini untuk membanteras segala unsur-unsur negatif dalam Negara Malaysia.Peningkatan jenayah dalam Negara sudah pastinya menjadi isu hangat dan sering juga didengari dalam media elektronik mahupun media cetak.Saban hari pelbagai masalah jenayah yang berlaku dan kebanyakkan pihak hanya menuding jari pada pihak yang lain.Sepatutnya,masyarakat dan komuniti yang pelbagai perlu mengembleng tenaga dan kudrat didalam membantu dan bekerjasama dengan pihak yang sepatutnya.

3. Persaudaraan

Persaudaraan merupakan satu elemen yang terpenting dalam merealisasikan sasaran mengintegrasikan rakyat Malaysia. Persaudaraan bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat bak kata pepatah isi dengan kuku.Mencapai tahap persaudaraan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang sebaliknya ianya memerlukan usaha yang pelbagai dari segenap aspek.Elemen persaudaraan bukan sahaja disyariatkan dalam agama islam bahkan setiap agama mengajarkan penganutnya untuk berlaku baik dan menghormati hak orang lain.

Menyemai elemen persaudaraan antara etnik hakikatnya adalah satu cabaran terutamanya kepada pihak kerajaan didalam memastikan perpaduan terus gah dan kukuh.Tan Sri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan 1 Malaysia untuk menyatukan etnik yang pelbagai di Malaysia dengan satu perpaduan.1 Malaysia mengajarkan nilai penerimaan terhadap kewujudan pelbagai etnik di Malaysia tanpa mengira agama,bangsa,warna kulit dan budaya.Usaha ini adalah salah satu inisiatif menguatkan nilai persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu,Sistem pendidikan yang bermatlamatkan untuk membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan dan cinta kepada negara juga sedikit sebanyak berperanan menjalinkan persaudaraan antara kaum. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada masyarakat Malaysia terutamanya bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum.

Didalam merealisasikan kemenjadian elemen persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia,amalan rumah terbuka pelbagai perayaan hendaklah diraikan tanpa mengira kaum dan bangsa.Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat merasakan pelbagai perayaan dan sambutan rumah terbuka.Melalui amalan mengadakan rumah terbuka,masyarakat khususnya etnik yang berlainan dapat mengenali dan memahami budaya dan amalan sesuatu etnik.Bukan itu sahaja,makanan tradisi dan adat resam juga dapat dipelajari disamping merapatkan hubungan antara satu sama lain. Penganjuran rumah terbuka ini mampu merealisasikan hasrat Malaysia untuk menyemai sikap persaudaraan sesama masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit selaras dengan kehendak kerajaan  yang menginginkan negara Malaysia menjadi sebuah rumah yang dipenuhi dengan kaum kerabat yang bahagia walaupun berasal daripada pelbagai tempat asal yang berasingan.

4. Kemesraan

Kemesraan dapat didefinisikan sebagai perasaan selesa dan tenang. Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma  yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

Elemen kemesraan sewajarnya diamalkan dalams setiap kalangan rakyat Malaysia kerana elemen ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang.Kemesraan merupakan komponen yang penting didalam memupuk perpaduan kerana melaluinya,akan dating perasaan tenang dan selamat.Perasaan tenang,selesa,dan selamat semasa berada dalam sesebuah komuniti membolehkan kita ingin mendekati orang disekeliling.Hal ini kerana nilai kepercayaan mula mula terbit dan lama-kelamaan lahirnya kepercayaan yang sebenar.

Salah satu amalan yang boleh diamalkan didalam mengaplikasikan elemen kemesraan dalam masyarakat majmuk ialah budaya senyum.Dengan mengukir senyuman pada wajah dengan penuh ceria pastinya akan membuatkan orang lain turut tersenyum.Senyuman adalah penawar yang dapat berjangkit sehinggakan semua orang boleh tersenyum dalam satu masa.Dengan senyuman yang menawan pastinya dapat memikat hati dan menjalinkan kemesraan secara tidak langsung.Pada tahun 2013 Malaysia tidak terlepas didalam melancarkan kempen senyum.Hal ini kerana senyum merupakan satu tingkah laku yang cukup mengembirakan hati.

5. Ziarah-menziarahi dan hormat-menghormati

Ziarah-menziarahi bermaksud kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu amalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan juga sanak saudara walaupun berlainan kaum.Manakala hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.Kedua-dua budaya ini saling berkait rapat dan ianya perlu dijadikan kebiasaan dalam masyarakat majmuk.

Melalui amalan ziarah-menziarahi,ianya dapat mengeratkan hubungan dan ukhuwah antara satu sama lain.Amalan ini kebiasaannya dilakukan sewaktu perayaan dan majlis tertentu.Semasa menziarahi jiran yang pelbagai etnik,ada sopan mestilah dijaga.Perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain.Tuan rumah hendaklah menyambut tetamu dengan layanan yang baik dan mengambil kira aspek keagamaan.Sesetengah agama mempunyai pantang larang atau perkara yang diharamkan seperti agama Islam.Islam mengharamkan khinzir dan anjing apatah lagi memakan dagingnya.Justeru itu,aspek ini perlu dijaga termasuklah Jenis makanan dan minuman lain yang dihidangkan.

Walaubagaimanapun kewujudan pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha dan pelbagai lagi sebenarnya bukan halangan bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk bercampur gaul sebaliknya ia melambangkan rakyat di negara ini saling bersatu-padu serta hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza anutan agama.Melalui perbezaan agama ini jugalah,masyarakat akan saling berhati-hati dan menjaga isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan pergaduhan dan perkelahian.

2.3  Cabaran hubungan Intraetnik dan Interetnik

1. Politik

Kewujudan intraetnik dan interetnik memberikan cabaran yang besar kepada Malaysia terutamanya dari sudut politik.Politik bukanlah sesuatu perkara yang remeh bahkan ianya adalah sesuatu yang besar dan penentu masa depan Negara.Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing dan mempertahankan kebajikan kaumnya.Setiap parti pula kebanyakkan berusaha berjuang dan menuntut pelbagai hak keistimewaan untuk memastikan nasib kaumnya terjamin.Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati dan boleh menimbulkan rasa tidak berpuas hati.

Sikap hasad dan dengki yang timbul akhirnya menjadi hasutan dan mewujudkan fitnah.Hal sebegini kerap berlaku berpunca daripada hal politik.Konsep keadilan disalah ertikan oleh sesetengah pihak dan membuat spikulasi yang tidak berasas.Isu ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan kerana ianya boleh menimbulkan perpecahan.Setiap kaum dan bangsa juga inginkan seorang pemimpin dalam kalangan bangsa mereka dan mustahil bangsa melayu diketui oleh india.Setiap kaum mahukan yang terbaik untuk membela bangsa dan masa hadapan bangsa mereka.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa politik adalah cabaran terbesar didalam merealisasikan hubungan interetnik dan intraetnik.Politik yang tidak sihat akan menyebabkan semangat perkauman yang menebal dalam kalangan rakyat seterusnya hasrat perpaduan yang ingin dicapai melayang begitu sahaja.

2. Ekonomi

Ekonomi yang mungkin menjadi peransang kepada hubungan enteretnik dan entraetnik juga merupakan cabaran yang besar.Melihat senario ekonomi Malaysia pada masa kini,jelas terdapat unsur perkauman.Sesetengah bidang dikuasi dan dimonopoli oleh satu etnik sahaja.Hal ini menyebabkan tidak wujudnya kerjasama antara satu sama lain.Mengingatkan kembali pada sejarah zaman kedatangan british dimana setiap kaum dipecahkan ketempat yang berbeza dan mengusahakan ekonomi yang berbeza.Perkara sebegini menyebabkan tiada interaksi berlaku dan akhirnya mendorong kepada sikap pentingkan diri sendiri.

Selain itu,persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi akan menjejaskan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Setiap kaum mahukan dominasi dan kejayaan dalam sesuatu pengusahaan dan akhirnya berlaku jurang yang terlalu jelas.Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya boleh merosokkan nilai-nilai dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Sosial

Sosial kehidupan masyarakat majmuk yang berbeza menyebabkan berlakunya perasaan dan semangat kekitaan dalam sesuatu komuniti etnik.Ini berlaku disebabkan cara hidup setiap etnik yang berbeza.Sesetengah etnik yang mencampur adukkan pelbagai urusan dengan budaya,adat resam dan agama akan menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.Hal ini menyebabkan berlakunya diskriminasi sosial.

Sosial jua merujuk kepada fizikal setiap etnik.Setiap etnik memiliki keunikan rupa yang tersendiri.Unsur pemakaian mengikut adat yang diamalkan dalam kalangan masyarakat juga mendorong kepada pengasingan sosial.Kelemahan didalam hubungan sosial antara etnik sudah pastinya meninggalkan impak yang negative kepada Negara.

4. Pendidikan

Dari sudut pendidikan pula sudah pasti akan adanya pengasingan sistem pendidikan mengikut etnik.Di Malaysia wujudnya Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis China (SKJC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT).Penubuhan SKJC dan SKJT dikhuatiri akan menyebabkan hilangnya perpaduan yang sepatutnya dipupuk dalam kalangan anak-anak. Sistem persekolahan akan bercelaru kerana wujudnya penggunaan bahasa ibunda. Walaupun ada sekolah kebangsaan namun interaksi pelajar akan kebiasaannya mengikut etnik masing-masing dan tiada percampuran yang wujud. Ia juga menyebabkan semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka antara etnik.

Selain itu,kepelbagaian etnik juga mempengaruhi tahap pendidikan.Etnik yang terdedah dengan kehidupan yang lebih terbuka akan mengalami proses pembelajaran yang aktif berbanding etnik yang tinggal di pendalaman.Tidak dapat dinafikan bahawa kecerdikan seseorang itu dipengaruhi oleh faktor genetik namun unsur-unsur yang lain turut mempengaruhinya.Sebagai contoh,anak orang China lebih cemerlang dalam pelajaran jika dibandingkan dengan anak Melayu dan India.Hal ini kerana cara hidup dan jadual harian yang sangat berbeza.Pencapaian yang cemerlang oleh kaum minority sudah pastinya memberikan tamparan hebat kepada bangsa majoriti. Isu sebegini sedikit sebanyak menyebabkan wujudnya ketegangan dalam hubungan masyarakat majmuk.

2.4  Rumusan

Secara keseluruhan dapat difahami bahawa enteretnik dan entraetnik adalah satu anugerah kepada Negara Malaysia kerana kepelbagaian inilah yang telah meletakkan Malaysia ditahap yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Walaubagaimanapun,cabaran dan mehnah yang perlu dihadapi hendaklah ditangani dengan baik.Elemen-elemen hubungan enteretnik dan entraetnik perlulah diamalkan dan dipraktikan secara syumul dan berterusan kerana ianya adalah teras kepada perpaduan kaum.

Oleh hal demikian,semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia.Segenap lapisan masyarakat yang mempunyai peranan yang tersediri perlu bersedia untuk berkhidmat kepada Negara.Kesanggupan dan kesungguhan dalam mempertahankan Negara sudah pastinya menjadikan individu yang mapan dan mempunyai semangat patrotisme seterusnya melahirkan masyarakat majmuk yang sejahtera dan bertanggungjawab. 

1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sememangnya perlu diberi sekongan dan sambutan yang memberansangkan bagi memastikan objektif utamanya tercapai iatu mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia.Walaubagaimnapun, Gagasan 1Malaysia tidak menganjurkan sebarang perubahan sosial, sama ada drastik atau beransur-ansur, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat majmuk. Perpaduan kaum yang diformulasikan dalam Gagasan 1Malaysia adalah kaedah lama untuk meneruskan kemajmukan etnik yang disenangi selama ini oleh semua kaum.Justeru itu,mencapai perpaduan adalah sama dengan maksud mencapai objektif 1 Malaysia.Maka sudah semestinya elemen-elemen enteretnik dan intraetnik adalah langkah yang terbaik untuk diamalkan agar ianya dapat direalisasikan sebaik mungkin.

3.0 Video : Ulasan Kritis

Setiap iklan mempunyai tujuan dan motifnya yang tertentu didalam menyampaikan sesuatu maklumat,cerita,cerita,informasi ataupun pengajaran.Saya telah memilih Iklan Merdeka Petronas 2013 yang sangat menyentuh hati dan memberi seribu kesedaran.Didalam video ini,terdapat empat buat keluarga yang terdiri daripada empat jenis etnik iaitu bangsa Melayu,China,India dan lain-lain.

Iklan ini boleh disifatkan sebagai ‘kempen kesedaran’ kepada rakyat Malaysia sempena menyambut Merdeka.Saya menyifatkan ianya sebagai kempen kesedaran kerana motif utama iklan ini adalah menjurus kepada penerapan nilai-nilai kesyukuran kedalam hati rakyat Malaysia dengan menekankan aspek kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia.Nilai-nilai kesyukuran ini dapat dilihat sejak awal plot penceritaan sehingga akhir iklan.Setiap apa yang dimiliki perlulah dihargai dan disyukuri dengan menggunakan semua nikmat dengan sebaik mungkin.Adegan ini jelas menunjukkan kebersamaan dalam keempat-empat etnik tersebut yakni mahukan anak-anak mereka Berjaya dan mampu mengharumkan nama Negara.

Setiap insan mempunyai takdir hidup yang tertentu,baik ataupun buruk adalah sesuatu yang dirancang oleh Tuhan.Manusia hanya perlu berusaha tanpa berputus asa.Perasaan kagum akan timbul kedalam setiap penonton akan semangat dan kerja keras seorang ayah didalam menyara hidup keluarga.Manakala seorang ibu pula berjuang dengan penat dan lelah mengandung,melahirkan,meyusui dan mengasuh anak-anak dengan harapan dan doa yang terbaik.Pendek kata, Iklan ini  mengetengahkan peranan institusi kekeluargaan didalam membentuk dan mendidik generasi yang bakal mengegarkan dunia kelak.Setiap etnik berkongsi matlamat dan berusaha memastikan institusi kekeluargaan adalah medium terbaik untuk mencorakkan budaya,amalan,peribadi dan kelakuan anak bangsa.

Pada masa yang sama,pendedahan mengenai aspek ekonomi pelbagai kaum turut dipaparkan secara tidak langsung.Namun,saya melihatnya aspek ekonomi manjadi cabaran yang besar kepada pemupukan perpaduan kerana perbezaan kegiatan ekonomi antara etnik adalah jauh berbeza dan pastinya menyebabkan interaksi berkurangan seterusnya melemahkan unsur perpaduan dalam kalangan rakyat.Walaubagaimanapun,jika dilihat dari secara positif,setiap etnik sangat memerlukan antara satu sama lain.Sudah terang lagi bersuluh didalam video iklan ini yang memaparkan bangsa melayu membeli barang dikedai bangsa China.Sikap keterbukaan dan saling menyokong antara satu sama lain dapat meningkatkan toleransi seterusnya mewujudkan kefahaman didalam diri masing-masing.

Selain itu,bidang pendidikan amat ditekankan dalam kehidupan pelbagai etnik.Setiap etnik berusaha memberikan pendidikan yang selengkapnya kepada anak-anak kerana hanya pendidikan yang dapat menjamin masa depan dan nasib pada masa akan datang.Menarik didalam video iklan tersebut kerana menunjukkan sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai etnik.Sekolah Kebangsaan yang mempunyai kepelbagaian etnik sudah semestinya menjadi medium penerapan nilai-nilai kesefahaman,penerimaan,persaudaraan dan perpaduan.Semenjak kecil lagi anak-anak didedahkan dengan kehidupan dalam masyarakat majmuk dan ianya akan menjadi kebiasaan.

Tambahan pula,iklan ini menjadi suntingan motivasi kepada semua kaum tidak kira Melayu,China,India mahupun lain-lain etnik.Ini menunjukkan bahawa persoalan seperti ‘Siapalah aku?’ dan  ‘Mampukah aku?’ tidak sewajarnya menghalang kemahuan untuk mencapai sesebuah kejayaan.Kejayaan dan kecemerlangan bukannya datang kepada sesetengah kaum bahkan ianya milik orang-orang yang berusaha.Kesungguhan dan tekad bersama azam yang teguh sahajalah yang dapat membawa seseorang itu melangkah ketahap yang lebih tinggi.Walaupun setiap etnik mempunyai cabaran yang tertentu seperti kewangan,bahasa, dan budaya perlu dijadikan pembakar semangat untuk terus berjuang.

Video iklan ini juga turut menunjukkan adat resam perkahwinan setiap etnik.Melihat perbezaan adat tersebut dapat disimpulkan bahawa cara yang berlainan tetapi matlamat tetap sama iaitu untuk hidup bersama pasangan yang dipilih.Tanggapan yang salah berkaitan budaya etnik lain akan menimbulkan fitnah dan menguatkan jurang antara kaum.Sepatutnya,majlis dan adat seperti perkahwinan perlu dihadiri untuk mengucapkan tahniah dan doa selamat.

Sebagai kesimpulan,kepelbagaian etnik di Malaysi masih bertahan dan berkembang adalah kerana sikap keterbukaan dan penerimaan rakyat Malaysia itu sendiri.Menjadi rakyat Malaysia amatlah membanggakan.Justeru,aset yang terlalu berharga ini hendaklah dijaga dengan rapid an baik terutaman warga muda pada masa kini.Aset ini akan musnah jika terlalu ikutkan nafsu dan mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.Rakyat Malaysia perlulah sedar dan faham akan kepentingan kepelbagaian kaum di Malaysia,dimana matlamat adalah sama Cuma mungkin caranya sahaja yang berbeza. 

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kita semua hendaklah memainkan peranan penting untuk mengukuhkan lagi hubungan interentik dan interaentik pelbagai kaum di Malaysia dan melahirkan rakyat yang mempunyai personality berjiwa Malaysia serta mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Justeru itu, usaha-usaha harus dilaksanakan dengan diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa semangat akomodasi yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini penting untuk mencapai dan merealisasikan wawasan 2020 dan setanding dengan Negara lain dan terserlah di seluruh dunia serta dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Negara-negara lain.

Tidak dilupakan kita perlulah berusaha untuk mengamalkan kesemua elemen-elemen yang telah diterangkan sepanjang topik ini. Tanpa keberlangsungannya elemen-elemen tersebut maka perpaduan masyarakat Malaysia hanya akan menjadi satu mimpi di siang hari dan akan dicabuli oleh mana-mana pihak yang cuba untuk mengugat keamanan negara Malaysia.

BIBLIOGRAFI 

Abdul Rahman Aziz, Rohani Ab. Ghani, Rusimah Sayuti, Mas Juliana Mukhtarudin & Asmadi Mohamed Naim, (2002) Patriotisme di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Perundingan : Universiti Utara Malaysia. (tidak diterbitkan)

Abdullah Taib (1984), Integrasi dan Polarisasi Mahasiswa Universiti di Malaysia. Laporan Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. (tidak diterbitkan).

Feagin, Joe R. (1996), Racial and Ethnic Relations. New Jersey : Prentice Hall Inc.

Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New York : New York University Press.

Hirschmen,C.(1972), Ethnic Stratification In West Malaysia. Michigan: University Microfilms, Inc.,Ann Arbor.

Ibrahim Saad (1980), Competing Identities in a Plural Society. Singapore : The Institute of South East Asian Studies.

Jeyaratnam Sundram (1989), Race, Class and Uneven Development in Malaysia. United State : University of Microfilms International ,Ann Arbor.

Show more