2015-08-04



Assalamualaikum & Hi

Antara vendor yang paling baaaanyak aku survey adalah Butik Pengantin,sampai rasa nak pengsan dibuatnya, (T__T) adoiii.Boleh dikatakan hampir setiap butik di Perlis ni aku pergi.Ada yang bagi feedback positif ada yang negatif.Dah nekad nak ambik pakej dari Butik Z(bukan nama sebenar) sebab ada kawan cousin ambik kat situ,baju & mekap semua cun.

Sekali bila whatsapp-whatsapp dengan kawan cousin dia cakap takyah lah ambik kat situ,servis dia kureng,baju & mekap memang okay,tapi pelamin & hiasan bilik memang mengecewakan sebab lain yang kita nak lain yang diorang bagi.

Alasannya diorang lebih utamakan pada siapa yang ambil pakej mahal,
Oh so unfair okay ! (-__-').Haih terus gelabah la aku nak pilih butik mana pula ni.Time ni memang nekad nak pilih yang siap pakej (baju,pelamin,mekap,inai,dll) sebab malas dah nak fikir banyak-banyak.

Bila dah jadi camtu terus terfikir kalau kaw amik yang Pakej tapi kalau ada salah satu dari dalam pakej tu yang spoil memang frust la.And tak semestinya yang ada dalam pakej tu menepati citarasa kaw kan.Lepas sembang-sembang dengan cousin aku,dia cakap nak bawa pergi satu lagi butik yang kawan dia pernah ambil.

So kitaorang pun pergi survey area Kedah,first kitaorang stop kat Shahab Perdana.Asalnya nak pergi Butik Cinta tapi aku ternampak Butik Eilla Miammour Bridal terus ajak cousin stop kat situ.Masuk je butik owner dia ramah giler,kira memang aku terus cayiaq ah masuk butik ni.



Baju-baju pula semua lawa-lawa and fashion terkini.Owner siap cakap lagi

"Kalau adik survey-survey ja tapi tak cuba tak guna juga taw sebab tak semestinya baju yang adik suka tu sesuai dengan badan adik,so apa kata adik pilih 3 yang adik berkenan,akak bagi peluang adik cuba.Tak ambik pun xpa at least adik cuba dulu."

Terus eksited weyh nak cuba sebab antara banyak-banyak butik yang aku pergi,butik ni je yang offer untuk test baju even tak ambik dari diorang.Butik lain ada yang 'offer-offer ayam' je,ada yang cakap after confirm baru boleh cuba.But this one memang servis sebelum beli pun dah 'tip-top' baq hang.Staff pun semua frienfly-friendly je.So korang akan rasa selesanya deal dengan diorang ni & so far this is the best bridal boutique in this area aku rasa. (^_^)



Sesi testing baju

Haaa inilah baju pooojaaann gue

Disebabkan incik tunang busy dengan kerja plus jauh mahu pulang untuk fitting,maka terpaksala pinjamkan badan adik ku sorang ni.Nasib baik la saiz badan lebih kurang je.Pasrah je adik, padahal dia pun suka juga time fitting ni.Berangan konon-konon dia pun nak kawen hahaha (^_^)

Ekceli aku pun pening juga sebenarnya nak pilih warna tema untuk bersanding ni.Sebab tak sure warna apa yang sesuai dengan badan.Ada la survey-survey di instagram and decide nak gabungan warna tiffany blue & gold.Tapi takde pula gabungan warna tu kat butik ni.So aku just pick jela mana yang sesuai.Yang penting design lawa hahaha~

Like what Kak Ella cakap la, tak semestinya warna yang kita suka tu sesuai dengan kita bila pakai nanti.So kita pilih jela baju yang ok & sesuai time fitting tu.Betul x?

List barang yang aku sewa dari Eilla Miammour Bridal = RM530

Sepasang baju Bersanding (Lelaki+Wanita) lengkap dengan aksesori + Veil

Sepasang heels (Tinggi gilos kot,terkedek-kedek aku nak berjalan.Lupa nak snap pic kasut.)

Bunga tangan (Aku tak guna bunga tangan yang butik bagi sebabnya aku nak guna fresh flower yang vendor pelamin bagi preee,wink!)

Crown

Veil Nikah - Time fitting baju baru aku decide nak sewa veil nikah sebab kononnya nak DIY last-last tak sempat (-_-')

Shawl pula aku beli di Qamraa Boutique.Nasib baik jumpa warna yang matching dengan baju.Padahal refer pada gambar dalam fon je masa pergi beli tu (^_*)

Eilla Miammour Bridal

Boleh terus contact Kak Farah yang comey & baik di number ni : 013-488 2096

Aku refer pada Google je gambar ni

Thank you for reading this entry !

Show more