2013-08-02

Jawatan Kosong 2013: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 1991.CIAST  beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

Jawatan Kosong 2013 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

BUTIRAN JAWATAN

Tenaga Pengajar

a). Gred : 41 (12 kekosongan)

Bayaran Perkhidmatan : RM 2,300 sebulan

b). Gred : 29 (12 kekosongan)

Bayaran Perkhidmatan : RM 1,600 sebulan

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service) dan tiada jaminan untuk dilantik ke jawatan tetap

Tempoh Pelantikan : Sehingga 31 Disember 2014

Penempatan : ADTEC Taiping (2:2) / ILP Selandar (2:2) / ILP Marang (2:2) / ADTEC Bintulu(2:2) / ILP Sandakan

(2:2) / Kolej Yayasan Sabah (1:1) / Akademi ITC Kuching (1:1)

Bidang Kemahiran Diperlukan

a. Hospitaliti – Makanan & Minuman (F&B)

b. Hospitaliti

- Masakan

- Pastri

- Penyedia roti

- Pemandu Pelancong

- Pengemasan

- Kaunter hadapan

-

c. Penggubah bunga (Florist)

d. Pendandan rambut

e. Kesihatan (Kosmetologi)

- Jurukecantikan/Juruestetik

f. Kesihatan (Alternatif therapy)

- Reflexologist

PANDUAN PERMOHONAN

Pemohon adalah perlu mengisi borang permohonan seperti yang dilampirkan di bawah.

Borang dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat:

PENGARAH

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,

40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses.

Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2013 (Jumaat)

Maklumat lanjut berkenaan iklan ini, sila klik iklan jawatan kosong 2013 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini

->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

Show more