2013-05-09

GUNUNG KINABALU CHALLENGE 2013 via MESILAU TRAIL

3-5 March 2013

20 orang peserta menyahut cabaran ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah catatan perjalanan XPDC Kinabalu. Event GENG AURA GUNUNG yang paling best giler…





PREQUEL

12/12/2012- Tiba-tiba sony Xperia S aku dicerobohi msg yang tidak dikenali. Rupanya-rupanya msg dari Siti, Group Devo bertanya tentang XPDC Kinabalu. Aku reply melalui email. Semua panduan dan ilmu tentang XPDC ni aku bagitau. Bermula dengan planning stage, kos mendaki, training, gear & equipment dan juga jadual perjalanan. Kira dah complete dah semua maklumat tu. Siti tanya adakah kos RM 1500.00 utk 4 hari 3 malam dikira murah? Aku cakap, itu cekik darah…sudahlah tak payah ikut group yang cekik darah tu. Ikut GENG AURA GUNUNG sudahlah..

2 hari kemudian, Ustaz Azrin maklumkan XPDC Kinabalu 2013 akan dijalankan seawal April 2013 selepas tamat XPDC Trans Titiwangsa V2. Aku cakap..dah lewat dah tu. Kalau nak pergi kinabalu, planning at least 6 bulan awal. Kebetulan atau tidak, akhirnya perancangan untuk ke Kinabalu buat kali ke 3 aku mulakan secara rasmi. 20 seat Kinabalu berjaya di tempah. Thanks to Siti kerana memulakan event ni..

OBJEKTIF

Matlamat utama atau primary objective XPDC ni adalah untuk menunaikan hajat Ustaz Azrin yang gagal ke puncak Kinabalu dua kali berturut-turut sebelum ni. (aku pon sama gak lah..hahahaha..) Kali pertama gagal disebabkan kami memandang rendah XPDC kinabalu dan akhirnya diserang AMS yang teruk pada Julai 2012. Pada September 2012, berbekalkan semangat juang tinggi, aku dan ustaz Azrin memacu laju ke puncak kinabalu seawall 1.30 pagi, tapi..sekali lagi gagal setelah diarah turun di Sayat-Sayat oleh renjer disebabkan ribut yang melanda.

Secondary objective ialah menunaikan hajat Cikgu Zul Sungkai yang teringin benar nak ke Kinabalu. Cikgu Zul ni semangat orangnya…Kalau duduk dekat..terasa bahang auranya. Ramai ingat cikgu zul ni cikgu sekolah. Silap-silap…bukan cikgu sekolah, tapi Cikgu Silat Sendeng.

PREPARATION

Persediaan mental dan fizikal dilakukan sepanjang bulan Dec, Januari dan Februari. Gunung Nuang, Bukit Tabur dan Irau habis kami daki sebagai persediaan. Barang2 nak mendaki semuanya aku dah ada..so tak payah nak beli yang baru.

Jumaat, 1/3/2013 (Bukit Mahkota – KLIA – KKIA T1 – Promenade Hotel)

5.30 petang. Aku masih di office. Lenguh² kaki akibat penangan V2 2 minggu lepas masih terasa. Selepas log out dari ARS, cepat² aku memecut ke tanah jajahan bukit mahkota bangi. Kelengkapan nak ke Kianabalu belum siap di packing lagi. Maklumlah, last minute packing. Macam late packers ler..

6.00 petang. Sampai di Tol Bukit Mahkota, kelibat azmir aka Penjelah Alam aka Lasak Outdoor aka supplier brg2 outdoor masih belum kelihatan. Aku janji nak jumpa dia di lokasi ni. Antara barang yang nak beli = 1 pasang glove karrimor waterproof, 1 pasang kasut bowling aka kasut getah aka adidas kampong, 1 unit windshield utk masak kat puncak, 1 unit emergency blanket (kalau sejuk sangat kat sayat-sayat), 2 kotak solid fuel.

Siti pun janji nak ambil barang dengan azmir kat lokasi ni. Selepas semua selesai aku pun dengan pantasnya balik ke rumah dan packing barang. Kali ni Osprey Argon 70 akan dijadikan beg porter. Karrimor daypack 35+5 black sebagai beg daypack.

Mmg aku dan sekeluarga nak datang awal ke KK. Boleh bawak anak isteri jalan-jalan dan makan-makan di KK sambil bersenang lenang di KK sebelum bersusah payah di Gunung.

7.30 malam. Terus check in bagasi di KLIA. Flight dalam kul 10 malam. Mmg best lah trip kali ni..bersama isteri tersayang.

12.00 malam. Sampai di KKIA terminal satu. Naik teksi airport. Kena pow dalam RM 30 lebih..nak ke Promenade Hotel. Bukan jauh pon..Sampai di hotel, check in bilik. Esok standby..nak jalan² dan shopping² di KK bersama isteri dan anak tersayang. Pasukan ni sedia di aturgerak pada bila-bila masa. Mood standby…

Sabtu, 2/3/2013 (Promenade Hotel – Centre Point Shopping Mall )

8.00 pagi, breakfast di Promenade Hotel. Carbo loading kata Abg Md Zin. Sedap² belaka.

9.00 pagi, collect kunci kereta dari Ustaz Zaha. Dari 5 biji kereta yang aku sewa, aku dah beritahu aku nak kereta yang paling tip top. Dia bagi wira aeroback SE warna merah. Tip top atau tidak, nanti kita test…

10.00 pagi – 5 petang, shopping barang di Centre Point, lunch dan tengok wayang. Citer jack the giant killer. Memang best lah citer ni.. (ketika ini krisis di Lahad Datu memuncak apabila 6 lagi polis terbunuh diserang hendap di Semporna).

8.00 malam – Dinner sea food di depan promenade. Macam biasalah..jalan kaki aje. Menu : Ikan kerapu masak stim lemon, Ikan jenahak M size masak tiga rasa (sedap ni), sotong goreng tepung ala KK, kailan belacan dan air kelapa. Teringat nasihat aku kat peserta GAG supaya jaga makan, jangan belasah aje kat KK nanti, takut2 kena food poisoning. Tapi setelah semua menu sampai..apa lagi. Makan ler..hahahaha..

Ahad, 3/3/2013 (Promenade Hotel – KKIA 1 – KKIA 2 – KKIA 1 –KK - Kundasang )

7.00 pagi, dapat berita baik punya dari Abg Md Zin. Mereka terlepas flight air asia sebab kaunter air asia tak banyak yang bukak. So bila kaunter dah close, tak dapatlah check in bagasi...apa lagi berdesup lah abang Md Zin ke MAS pulak, kot2 dapatlah flight jam 8.30 pagi.

8.00 pagi, breakfast di Promenade Hotel. Carbo loading kata Abg Md Zin. Sedap² belaka.

9.00 pagi, hantar wife dan anak ke KKIA 1 dulu balik KL. Lepas tu baru ke KKIA 2 jumpa peserta GAG.

9.30 pagi, Telefon x henti² berbunyi, peserta GAG yang dah sampai di airport tanya aku kenapa lambat. Aku jawab, bawak bersabar ye, semua kereta dah adadi airport.

10.30 pagi. Jumpa semua peserta di airport KKIA T2. Serahkan kunci kepada driver. Semua Nampak tak sabar sabar nak naik ke Kinabalu. Muka teruja. Berikut adalah senarai peserta.

Kereta 1

1. MUHAMMAD ARIFF BIN BAHAROM aka Ariff Osprey. aku lah GOGO event ni. Suka beg osprey…

2. AZRIN BIN ABDUL KARIM aka Ustaz Azrin Rambo. Founder Geng Aura Gunung. Otai Gunung. Low profile. Suka dengan watak Rambo, tapi pisau Rambo belum beli lagi…Ustaz Azrin dah tiba di Sabah pada hari Jumaat dan kini sedang bersenang lenang di Resort Strawberi Park, Kundasang.

3. ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN (DRIVER) aka Cikgu Zul Sungkai. Otai Silat Sendeng. Pernah melakonkan aksi persilatan terhebat dalam filem Puteri Gunung Ledang. Asal dari Sungkai, Perak.

4. SALLEHUDDIN BIN SAMSUDDIN aka Dean Melandri. Wakil tunggal dari LatePackers. Selalu lambat bila nak packing beg dia. Banyak kali aku racun dia suruh join trip ni. Akhirnya join jugak setelah diracun hebat. Otai hiking jugak ni.

Kereta 2

1. ABDUL HAFIZ BIN MUALLAH akaHafiz Muallah. Team leader Geng² I-perintis. Tegas dan macho orangnya.

2. ERNIEDA BINTI MOHD NOR aka DIDA. Pernah kerja di MBSB. Ceria dan happy go lucky orangnya.

3. AHMAD NAZMI BIN ANUAR aka Nazmi. Otai gunung ni..

4. IZAYU BINTI ISMAIL aka ayu. Pun sama otai gunung jugak.

Kereta 3

1. SITI KHADIJAH BT SULAIMAN aka Siti. Baru je lepas grad dari Darul Syifa. Pernah seluk tangan dalam mulut buaya, tapi selamat tak putus tangan. Sapa2 adaasma, g jumpadia kasi rawat.

2. MD. ZIN BIN SAMSURI (DRIVER) aka abg Md Zin. Low profile tapi pendaki lagenda semalaya. Pernah menjejak ke Puncak Everest. Setakat Kinabalu..ntah berapa kali agaknya dia jejak ke sini.

3. RAHIMAH BINTI SAMSURI aka Kak Rahimah. Otai gunung ni..kakak kepada Abg Md.Zin.

4. FARIS DANIAL BIN MD. ZIN aka Faris. Anak abg Md Zin. Otai jugak ni sebab seawal usia 12 tahun dah jejak kaki ke Gunung Nuang. Aku seawal 12 tahun, masih main kat taman permainan aje…hahahaha..

Kereta 4

1. HARIS BIN MAHMUD aka Haris. Otai gunung. Setakat Kinabalu..ntah berapakali agaknya dia jejak ke sini.

2. SUHAILY BINTI SUHAINI aka Elly. Wife kepada MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD. Siapa MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD? Dia ialah suami Elly. Elly memang otai gunung lah..laju dia ni..Hampir² tak jadi nak join trip ni sebab hubbynya x dapat cuti. Hah..kalau cancel kira burn lah deposit..Nasib baik jadi Join..ni kali ke2 dia naik Kinabalu.

3. MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD (DRIVER) aka Yassin. Low profile tapi pendaki yang agak laju gak. Hebat orangnya..

4. MOHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRIN YUSOFF aka Hafiz Shahrin. Otai gunung ni..Geng² perintis.

Kereta 5

1. AHMAD FAZZALBIN RAUP (DRIVER) akaFazzal. Otai gunung. Setakat Kinabalu..ntahberapakali agaknya dia jejak ke sini.

2. ZUBYDAH BINTI HAMZAH aka Zubi. memang otai gunung lah..laju dia ni..last minute dapat tempat dapat tempat ke KK selepas adapeserta awal tarik diri.

3. MOHAMMAD FAIRUZ BIN HAMZAH aka Fairus. Low profile tapi pendaki yang agak laju gak. Hebat orangnya..

4. MOHD NAZIM BIN WAN RAMLI aka Ajim kedai Abot. Siapa x kenal ajim? Pendaki lagendani.. Google Kedai Abot kat bangi.

So semua peserta kali ni otai2 belaka. Silap2 aku yang akan ketinggalan di belakang macam trip kat V2 ari tu..hahahaha.

11.00 pagi, RM 50.00 diberi pada driver sebagai duit minyak..hahahaha best kan..so bila semua dah dapat kunci kereta maka apa lagi berdesuplah mereka hilang dari pandangan. Aktiviti hari ni bebas. Terpulang lah pada driver nak kemana. Nak shopping ke, nak jalan2 ker…aktiviti bebas. Dengan syarat mesti tiba di Strawberi Park jam 5 petang untuk rehat.

Aku dan cikgu zul bawak 2 kereta untuk diserahkan kepada Abg Md zin yang akan tiba di KKIA T1. Flight MAS mendarat disini. Jam 11.15 abg md zin bersama anaknya dan kakaknya muncul di balai ketibaan, kasi kunci kat dia..maka kami semua berdesup menuju ke Kundasang.

Kereta aku agak selesa. Cikgu zul driver, dean melandri duduk depan. Maka aku duduk belakang boleh mengangkang sepuas hati dengan selesanya..hahaha. tiba-tiba sampai di pekan KK, Elly call tanya macam mana direction nak pergi kundasang. Aku cakap, pergi cari stesen minyak, beli Map..mesti sampai punya..

2.00 petang, Sepanjang perjalanan ke Kundasang, view memang terbaiklah..Cantik. Cuaca cerah. Memang aku suka. Sembang2 dengan dean melandri pengalaman naik korbu kat V2.

2.30 tiba di pekan nabalu. Dean beli nenas potong rm 2. Aku beli sebiji nenas rm 3. Lepas tu suruh tokeh tu potong..dapat kuantiti lagi banyak dari yang dean beli. Kat sini kami beli banyak makanan macam pisang dan buah-buahan.

3.00 petang. Tiba di Kinabalu Park. Ustaz Azrin call. Dia dah sampai di Strawberi Park. Aku cakap suruh dia check in dulu. Kami dah booking 2 chalet besar dan 1 bilik biasa, 1 chalet boleh muat 10 orang. 1 bilik boleh masuk 5 orang. So kapasiti semua dalam 25 orang. Memang muat lah untuk XPDC kali ni yang ada 20 orang. Terlebih-lebih…

Di Kinabalu Park, aku uruskan pendaftaran untuk hiking esok pagi. Disini kena cakap slang bahasa sabah. Baru lah mesra sabah bah..hahaha. Confirm booking dengan SSL, collect pass dengan Kinabalu park dan uruskan pembayaran guide dan transport ke Mesilau.

Aku cakap dengan ketua Guide, aku mahu Guide nama dia azzudin. Aku tak mau lagi guide perempuan macam yang kami terkena semasa second time ke KK sept lepas. Guide perempuan ni duit mau lebih, kerja mau kurang..

Guide ni penting sebab kalau kita mesra dan baik dengan dia, dia akan tunjukkan benda2 yang pelik yang jarang dia bagi kat orang luar lebih² lagi geng² hensem macam kami..so selepas dapat deal dengan Azzudin melalui telefon, diasetuju bawa lagi 3 orang guide yang gagah perkasa untuk trip ni. (rupanya ni bukan azzudin yang aku mahukan, azzudin lain dah…salah orang. Tapi takpe asalkan gagah perkasa cukup).

Tetiba aku masuk dalam office Mountain Torq yang buat via Ferrata. Akhirnya, aku dan cikgu zul setuju nak buat via ferrata. Satu sejarah lah..ni konon-kononnya..hahaha..Call ustaz azrin, kasi racun suruh join viaferrata. Diakataok.

Aku pun racun dean melandri. Dia kata ok, tapi mahal sangat nak bayar dalam RM440.00. aku kata apa ada hal..banker ada..hahaha kasi racun. Sebab dia wakil late packers..so wajib lah buat via ferrata. Hahahha, baek punya racun.

Lepas selesai urusan di Kinabalu park, kami lunch kat kedai bawah tu. Aku order bubur je, kononnya mudah hadam… hahahaha. Cikgu zul tapau je bubur tu selepas dia tgk aku makan macam sedap je..

4.30 petang. Tiba di resort strawberi park. Rehat, solat jap.

5.00 petang. Jalan2 ke pekan kundasang. Ustaz azrin ajak makan KFC. Aduhhh aku dah kenyang. Last2 kami temankan je Ustaz azrin membedal KFC snack plate dia di KFC kundasang. Dulu sept 2012, takde pun KFC kat kundasang ni..lepas makan, kami shopping barang di pekan kundasang. Lepas shopping, kami berjimba sakan dan bergambar berlatar belakang kan gunung kinabalu

6.30 petang. Solat Maghrib di masjid kundasang

9.00 malam. Briefing kepada semua peserta. Sesi suai kenal dan kemudian semua tido awal. Esok nak trekking awal..kul 6.30 pagi mesti dah ada di Kinabalu Park. Aku dah tau sangat ragam trekkers ni. kalau janji 6.30 pagi..last2 kul 7.30 pagi baru boleh gerak..

To be continued ..

Isnin, 4/3/2013 (Kinabalu Park – Mesilau Park – Laban Rata –Gunting Lagadan )

Tempat pertama! Ustaz azrin tiba di gunting lagadan seawal jam 2.30 petang menggunakan senjata rahsianya iaitu payung Cascadia 7.

2 nd place.. Aku tiba di gunting lagadan jam 3.30 petang setelah berhempas pulas melayan trek kinabalu yang kejam.. hahahaha..oklah tu

Statistics: Posted by azkramm — 09 May 2013, 21:45

Show more