2013-02-26

Jangan Potong Janggut Part-2

(BAHAGIAN 2)

Hentikan Pemotongan! – Panjangkan Janggut Anda.

Masyarakat yang kita hidup sekarang ini telah memberi kesan bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga ke atas pihak ulama. Ianya hingga ke tahap di mana orang-orang telah bersedia untuk mengkritik ketetapan ke atas keimanan mereka hanya kerana ketetapan tersebut tidak menepati dengan kehendak dan cara hidup masyarakat masa kini.

Adakah ini yang kita panggil keimanan?

Semua ulama dengan sepakat telah bersetuju bahawa semua para nabi a.s. menyimpan janggut. Lebih-lebih lagi para nabi telah menetapkan bahawa janggut adalah sebahagian daripada tabii (Fitrah). ‘Allamah Suyuti menjelaskan bahawa secara semulajadi manusia itu menyimpan janggut dan tidak memerlukan untuk menyertai mana-mana fahaman agama. Dengan itu, janggut menjadi sebahagian sifat semulajadi manusia di mana manusia perlu ikut.

Rasulullah s.a.w bersabda mengenai 10 butir-butir mengenai perkara semulajadi. Dari sepuluh ini dia bersabda tentang memanjangkan janggut. Allah berfirman mengenai kejadian apabila Nabi Harun a.s. memanggil Nabi Musa a.s. “ Wahai anak kepada ibuku! Janganlah kamu pegang (aku) pada janggutku dan tidak juga pada kepalaku”.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi Harun a.s mempunyai janggut yang panjang.

Kaum yang pertama yang mencukur janggut mereka ialah kaum yang ditrunkan Nabi Lut a.s., iaitu orang-orang Sodom. Hasan Basri meriwayatkan satu hadith bahawa kaum Lut telah dihukum keatas 10 dosa yang telah mereka lakukan; Rasulullah s.a.w ada bersabda ‘memendekkan janggut’ adalah di antara 10 dosa-dosa itu. Dosa-dosa ini mengakibatkan hukuman yang keras daripada Allah Yang Maha Berkuasa sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran di dalam beberapa surah. Sedikit demi sedikit kaum lain mula mencukur janggut mereka tetapi tidaklah begitu besar jumlahnya. Walau bagaimanapun pada kurun ke 17, raja Russia, Patrice menyebarkan ‘Pencukuran Janggut’ di Eropah dan telah berjaya dalam tugasnya. Dalam kurun ke 20, Kerajaan Othmaniah telah jatuh dan pengaruh moden telah menular. Pada pertengahan kurun ke 20, pengaruh ini telah dapat menembusi dunia Islam, di mana ia telah berjaya dengan cara perlahan merosakkan orang-orang Islam. Itulah sebabnya dewasa ini kita dapat melihat orang-orang Islam memendekkan atau mencukur janggut mereka.

Kita perlu ingat bahawa budaya, bertukar hari demi hari, budaya adalah buatan manusia; bergantung kepada ideologi, pegangan dan ide. Sebaliknya, Syariah, perundangan Islam adalah dari Allah pencipta semua makhluk, Dialah sebaik-baik perancang. Syariah akan serasi pada setiap era hingga ke hari pengadilan.

Dalam Syariah, adalah Haram untuk orang-orang lelaki mencukur janggut mereka, ketetapan ini adalah Ijma ulama kesemua fahaman. Antara ulama yang bersama menyutujui ketetapan ini ialah Allamah Mahmood Khattab 6, Allamah Anwar Shah Kashmiri Hanafi, Allamah Muhammad Ashraf Ali Thanwi, Allamah Hasfaki, Allamah Kamal Ibn Al-Humam Hanafi, Sheikh Ahmad Nafrawi Maliki, Allamah Abu Muhammad Ibn Hazm Zahiri, Allamah Shaykh ul islaam Ibn Taymiyyah, dan ramai lagi ulama lain.

Berbagai ulama masa kini telah tersalah faham dari apa yang sebahagian ulama Syafie telah menyatakan bahawa mencukur janggut itu Makruh. Ini telah di sebut oleh Imam Nawawi, Rafi’ee. Allamah Abbadi menyatakan, Allamah Ibn Rif’aah menolak ia, sebagaimana Imam Syafiee telah sebut di dalam kitabnya Al-umm, yang telah di anggap menjadi salah satu kerja-kerja akhirnya: “mencukur janggut adalah Haram”.

Perkara ini telah juga di sebut oleh Allamah Haleemi, Allamah Qaffal Shashi, Allamah Azrai dan ulama Syafie yang lain.

Banyak hadith yang telah menyatakan dengan jelas perkara di atas. Yang utama hadith yang terkenal yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar dan yang lain, bahawa Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami untuk memanjangkan janggut. Hadith ini telah di riwayatkan dengan 6 perkataan berlainan, di mana kesemuanya membawa kepada makna memanjangkan janggut dan tidak mengusiknya. Inilah sebabnya dalam Syariah sekiranya seseorang itu mencukur atau memendekkan kurang dari segenggam, dia telah melakukan dosa. Allamah Anwar Shah Kashmiri telah menulis, “Tiada ulama telah izinkan memendekkan janggut kurang dari segenggam.” Berbagai ulama lain lagi yang menyatakan sedemikian seperti Allamah Hasfaki, Allamah Ashraf Ali Thanwi dan Mufti Rashid Ahmad.

Janggut Rasulullah s.a.w adalah lebat, dan melitupi dadanya. Sahabat-sahabat r.a menyedari dari pergerakan janggut beliau s.a.w yang beliau s.a.w membaca Al-Quran pada waktu Zuhur dan Asar; ini jelas menunjukkan janggut Rasulullah s.a.w panjang. Sedemikian juga Sayyidina Abu Bakar r.a dan Sayidina Umar r.a yang mempunyai janggut yang lebat. Saidina Uthman r.a mempunyai janggut halus yang menjangkau panjang dan janggut Sayidina Ali r.a melebar melitupi di antara kedua bahunya. Dengan itu, apabila Rasulullah s.a.w memerintah kita untuk memanjangkan janggut kita kenalah ikut sunnah dia dan sahabatnya dan cara untuk menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w bersabda, “Berpegang teguh dengan caraku dan dengan cara yang khalifah yang telah diberi petunjuk selepas ku.”

Hadhrat Molana Hussein Ahmad Madni telah menulis, “Ia adalah jelas diriwayatkan oleh Sayidina Umar r.a, Ammar Ibn Yassir r.a, Abdullah Ibn Umar r.a dan Jabir r.a bahawa janggut mereka melebihi segenggam, dan mereka memerintah orang-orang Islam membuat sedemikian.” Hadhrat Sheikh Moulana Muhammad Zakaria menulis, “Tidak diriwayatkan dari mana-mana sahabat yang mereka memendekkan janggut mereka kurang dari segenggam.”Apabila Abdullah Ibn Umar r.a mengerjakan Haji atau Umrah, dia akan menggenggam janggutnya dan memotong selebihnya. Sebenarnya kita telah diperintahkan dengan jelas untuk memanjangkan janggut dan tidak mengusiknya, akan tetapi sebagaimana Abdullah Ibn Umar r.a dan Sahabah selalu memendekkan janggut mereka hingga segenggam, ulama telah memberi izin untuk membuat sedemikian.

Pada tahun ke 8 Hijriah, Rasulullah s.a.w telah mengutus surat melalui Hadhrat Abdullah Ibn Huthafah kepada Feroz, raja Parsi. Feroz telah mengoyakkan dan memerintah Baza, raja Yemen untuk menghantar 2 pegawai untuk menculik Rasulullah s.a.w. Mereka telah sampai di Madinah, apabila melihat mereka Rasulullah s.a.w terketar-ketar. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka, “Siapa yang menyuruh kamu menyimpan misai dan mencukur janggut kamu?” Mereka menjawab, “Tuan kami.” (Rujukan kepada raja mereka). Rasulullah s.a.w mengisytiharkan, “Tetapi Tuan aku memerintah aku memendekkan misai dan memanjangkan janggut.” Sesiapa yang mencukur janggut mereka perlu memutuskan untuk diri mereka sendiri Tuan mereka itu Allah atau yang selainnya! Cuba bayangkan betapa pedihnya Rasulullah s.a.w melalui kerana kedua mereka itu bercukur yang juga penyembah api, namun begitu Rasulullah s.a.w tetap tidak dapat memandang wajah mereka.

Setengah orang telah tersalah anggapan bahawa menyimpan panjang janggut tidak menarik. Anggapan ini amatlah tersasar kerana para nabi lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w mempunyai kecantikan yang tinggi kerana Allah Yang Maha Berkuasa memilih daripada mereka yang mempunyai pekerti dan kejadian yang elok. Telah dilaporkan dalam riwayat, “Allah Yang Maha Berkuasa menghantar tiap-tiap seorang nabi dengan wajah yang cantik dan suara yang merdu.” Ramai sahabah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai wajah yang sungguh cantik.

Allah Yang Maha Mengetahui telah membezakan di antara lelaki dan perempuan sebagaimana Dia telah membezakan binatang-binatang jantan dan betina; dan perbezaan rupabentuk dengan sendirinya mempunyai kecantikan. Allah telah berfirman tentang anugerahnya yang diberi kepada manusia, “Dia telah membentuk kamu dan memperelokkan rupa kamu.” (40:64) Setengah ulama meriwayatkan riwayat lemah “Maha Agung yang mencantikkan lelaki dengan janggut dan perempuan dengan jalinan rambut”. Allamah Ibn Qayyim menerangkan, “Janggut mempunyai banyak kelebihan, seperti kecantikan dan darjat.”

Ramai ulama yang menyatakan mencukur janggut adalah Tagyeeru Khalqillah (menukar kejadian Allah). Allah berfirman di dalam Al-Quran mengenai janji syaitan, “Pasti aku akan memerintah mereka (manusia) untuk menukar tabii yang dicipta Allah.” (119:4). Yang sesungguhnya sesiapa yang mencukur janggut mereka menurut suruhan syaitan. Khalifah agung Umar Ibn Abdul Aziz berkata, “Mencukur janggut adalah Muthlah (kerosakkan). Memang, Rasulullah s.a.w telah melarang Muthlah”. Ketetapan yang sama telah diriwayatkan oleh imam besar dari Madinah Munawwarah, Imam Malik.

Dosa mencukur janggut bukan sahaja dosa Kabirah (besar), malah ia juga Bagawah (kesalahan terbuka). Rasulullah s.a.w bersabda, “Umat ku akan di maafkan kecuali mereka yang melakukan dosa di malam hari kemudian bermegah-megah dosa mereka pada keesokkan hari.” Walaupun seseorang itu tidak bermegah-megah tentang dosanya secara lisan tetapi secara tidak langsung ia bermegah dengan menunjukkan mukanya kepada orang ramai. Sesetengah dosa itu terhad kepada masa ianya dilakukan atau ditinggalkan. Akan tetapi dosa ini kekal sehingga ia masih tercukur atau kurang segenggam. Seseorang itu akan dikira melakukan dosa setiap saat mukanya tidak berjanggut yang sepatutnya, dengan itu ia berdosa pada keseluruhan tempoh masa tersebut. Ini bermakna ianya amat serius dan berkumpul dan bertahan lebih daripada dosa-dosa lain.

Selepas berlakunya malapetaka Tsunami ramai orang-orang Islam memperoleh status Shahadah (mati shahid). Oleh kerana jumlah mayat yang banyak, maka amatlah sukar untuk mengenal pasti setiap individu. Berkenaan dengan Salat Jenazah, masaalah timbul bagaimana untuk menentukan di antara orang-orang Islam dan bukan Islam? Akhirnya, diputuskan salat di lakukan ke atas mayat yang mempunyai janggut. Orang-orang di dunia berharap orang ramai memberi kelebihan kepada mereka selepas mereka meninggal dengan melakukan Salat Jenazah dan perkara-perkara lain. Pada keadaan sedemikian, adakah ini berkemungkinan?

Sama juga di dalam kubur apabila si mati ditanya, satu daripada soalan ialah, “Apa pendapat kamu tentang orang ini? (Dirujuk kepada Rasulullah s.a.w) Setengah ulama berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w akan hadir di hadapan si mati! Bagaimana kamu fikir Rasulullah s.a.w akan bertindak apabila dia melihat seseorang yang telah mencukur janggutnya?

Lebih-lebih lagi pada hari pengadilan apabila Rasulullah s.a.w akan mensyafaati untuk Ummah dan menghilangkan dahaga Ummah di Hawdh di Kauthar, malaikat-malaikat akan menahan sebahagian orang. Rasulullah s.a.w akan berkata orang-orang ini adalah dari Ummah ku; lalu dibenarkan mereka untuk lalu. Malaikat-malaikat akan menjawab, “Engkau tidak tahu apa bidaah yang telah mereka cipta selepas kamu”. Rasulullah s.a.w akan menjawab, “Kemusnahan kepada mereka yang berbidaah selepas aku”. Satu perkara yang perlu difikirkan ialah Rasulullah s.a.w tidak akan mengenali pelaku bidaah kerana mereka mempunyai janggut dan rupa luaran mereka berunsur Islam, bagaimanakah pula mereka yang tidak mempunyai janggut. Rasulullah s.a.w tidak perlu untuk dimaklumkan bahawa mereka ini adalah pelaku bidaah, sebagaimana dia bersabda di dalam hadith lain bahawa si mati akan dibangunkan dalam keadaan yang dia mati. Rasulullah s.a.w tidak akan menoleh kepada mereka kerana ini akan membuat Rasulullah s.a.w tidak selesa. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membuat aku tidak selesa, Allah tidak suka. Dan sesiapa yang membuat Allah tidak suka, berkemungkinan akan di hukum.”

Orang berisytihar untuk mencintai Rasulullah s.a.w tetapi mereka masih tidak menyimpan janggut. Apa jenis sayangkah ini? Ada seorang penyair di bandar Delhi, Mirza Qateel, terkenal kerana memuji Rasulullah s.a.w. Seorang warga negara Iran memutuskan untuk mengunjungi penyair ini yang menganggap ianya seorang ulama yang warak. Setelah sampai di Delhi, dia diberitahu bahawa penyair itu telah pergi ke kedai gunting rambut. Dia terus ke sana dan apakah yang dilihatnya? Janggut penyair itu sedang dicukur. Dia menjerit “ O’ seorang yang menganggap menyayangi Rasulullah s.a.w, engkau mencukur janggut!” Penyair menjawab “ya, tetapi aku tidak menyakiti hati sesiapa”, mereka terus berdebat. Akhirnya orang Iran itu menyatakan, “Engkau kata engkau tidak menyakiti hati sesiapa, aku ingatkan kau yang kau menyakiti hati seorang yang ketua di dunia ini dan selepasnya, Rasulullah s.a.w”. Mendengar kata-kata ini, dia terus pengsan, apabila dia sedar dia terima dan mengaku kesalahannya, dan bertaubat kepada Allah, Yang Maha Pengampun dan mengucapkan terima kasih kepada orang Iran kerana memberi petunjuk kepadanya.

Pada hakikatnya apabila seseorang mencintai seseorang, dia akan memenuhi setiap perintahnya. Kita tidak dapat melihat cinta seseorang di dalam hatinya terhadap seseorang kecuali dengan tingkah lakunya. Kita telah diberi petunjuk untuk menilai seseorang dengan apa yang kita lihat dan perilaku yang nyata. Rasulullah s.a.w telah berkali-kali bersabda, “Aku tidak diperintah untuk membelah hati orang.” (untuk melihat niat mereka) apabila seseorang yang tidak beriman mengucap Syahadah, dia akan diklasifikasikan sebagai Muslim, walau apapun kepercayaannya sebenarnya. Dengan itu, sekiranya seseorang itu mencukur janggut tidaklah dapat kita menilai yang ianya mencintai Rasulullah s.a.w. Sekarang ini kita dapat melihat kesayangan orang-orang terhadap selebriti dan pemain bola yang dengan sendirinya terbukti; mereka bersedia untuk mengenakan pakaian seperti mereka berpakaian, dan hidup dengan gaya hidup mereka; menyamai mereka di dalam segala bidang, jadi kenapa orang tidak bersedia untuk menerima Sunnah Rasullalh s.a.w.

Malangnya, ramai orang-orang Islam sekarang mencemuh dan mempersendakan tentang janggut. Sekiranya ada janggut, dia dilabel ‘Beast’ (binatang buas). Mencemuh mana-mana ketetapan kecil Syariah adalah KUFUR, tidak syak lagi; samalah juga mengecil-ngecilkan dosa. Ahli hadith yang agung Allamah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Siddiq Al-Gimari berkata, “Untuk mencemuh Janggut adalah KUFUR dengan persetujuan semua orang-orang Islam”. Akibatnya ini akan membatalkan nikah dan memperbaharui iman di perlukan.

*SEBARKAN DAN BERITAHU KEPADA KELUARGA, SUAMI & RAKAN…..BEZAKAN DIRI KITA DARI GOLONGAN KHAFIR, CINTAILAH SUNAH NABI SAW. SESUNGGUHNYA GOLONGAN KHAFIR TIDAK AKAN BERDIAM SELAGI ORANG ISLAM TIDAK MENGIKUT TELUNJUK DAN CARA HIDUP MERAKA…….KEJALAN KESESATAN…

Statistics: Posted by lusuh adventure — 26 Feb 2013, 12:36

Show more