2016-04-05

"Dalam membina website forum ini biasanya admin atau pemilik website ini pada mulanya adalah bermula dari sebuah blog kecil dan blogger tersebut telah membina persahabatan sesama blogger dan pengunjung hingga terbentuk sebuah komuniti blogger dan pengunjung disana"

Ilustrasi Image by ArabDate.com

Tips Cara Praktis Untuk Anda Membangun Website Forum

Salam Blogger,
Jika anda perhatikan sejak beberapa tahun lalu mungkin sekitar bermula sekitar tahun 2010,Namun begitu marak sekali kemunculannya adalah 2-3 tahun belakangan ini  yaitu website dan blog aktiviti bisnes online yang menyediakan page khusus untuk laman forum. Website forum tersebut ada yang mempunyai niche focus/khusus dan multi niche atau pelbagai niche.

Sebelum ini ada kebimbangan bloggers dan para Internet Marketing-IM dengan gencarnya promosi dengan pelbagai taktik yang dilakukan oleh laman web facebook,web Instagram, twitter dan portal ecommerce yang semakin mendapat kunjungan trafik sangat tinggi di seluruh dunia, Justru dengan kemunculan website forum tersebut kini ianya adalah alternatif diantara website popular,dimana berlakunya aktiviti bisnes online yang sangat menarik.

Dulu sebelum saya begitu tidak memahami website forum ini, website tersebut layaknya seperti kedai kopi atau cyber cafe dimana pengunjung saling berkenalan,bersembang,ngobrol-ngobrol santai.Dan yang lebih membuat saya hairan misalnya website forum tersebut ada membina page untuk pengunjung meletakkan iklan bisnis online mereka secara free.charges.Yahh,dari mana income mereka untuk membangun kelangsungan website ini..fikir saya waktu itu!

Kini saya sudah memahami secara langsung dimana ramai usahawan yang sekarang ini mencatat nama besar dalam industri masing-masing, mereka sebenarnya bermula dengan pemasaran melalui website forum?

Website forum yang mempunyai niche focus/khusus telah terbukti bisa mendatangkan trafik yang sangat tinggi. Fungsi forum itu sendiri yang menyalurkan banyak info,perkongsian maklumat dan sebagainya, telah menarik ramai pengunjung internet mengaktifkan diri di sana. Dimana website forum tersebut adalah tempat yang paling fresh untuk mereka mendapatkan info terbaru baik untuk bisnis online ataupun sekadar untuk mencari  info tips dan pelbagai tutorial.

Berikut langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk membina sebuah website-blog forum;
Dalam membina website forum ini biasanya admin atau pemilik website ini pada mulanya adalah bermula dari sebuah blog kecil dan blogger tersebut telah membina persahabatan sesama blogger dan pengunjung hingga terbentuk sebuah komuniti blogger dan pengunjung disana.

Pengalaman ini saya ikuti langsung dari sahabat blogger sukses dan juga  mentor saya sdri Indri Lidiawati@http://juragancipir.com/
Namun cara blogger Indri Lidiawati ini memerlukan perjalanan yang panjang serta ketekunan dan penuh kesabaran yang sangat tinggi. Dan yang lebih pernting disini anda memerlukan sedikitnya tentang ilmu SEO yang merupakan strategi utama supaya website anda mudah dicari oleh prospek yang mahukan produk anda di Google.

Namun begitu anda tak perlu mengikuti cara blogger sukses diatas kerana mungkin akan membuat anda cepat putus asa,kerana begitu rumit cara yang akan anda tempuh.

Pertama.Anda perlu beli Domain -Domain tersebut tidak perlu ada keyword khusus.Saya bagi anda contoh mudah -bagaimana domain website forum yang terkenal bukan punya keyword khusus yaitu #KASKUS.id.ianya berasal dari kependekan kosakata 'KasakKusuk'

Kedua website forum anda perlu di bina mengikut niche khusus.Seperti yang saya terangkan  di atas, kebanyakan fwebsite forum ini di bina mengikut niche khusus. Misalnya , Forum.lowyat.net forum untuk niche Elctronic/Teknologi IT. Forum yang mempunyai nichekhusus akan memberi peluang para advertiser dan IM untuk mendapatkan pembeli yang tepat.

Website forum yang mempunyai target niche bisnis online.  Ada yang membina forum mereka dengan niche make money online, ada yang fokus untuk niche gadget/game online ,niche travel dan sebagainya.

Mengapa saya sarankan anda untuk memilih niche khusus bagi membina website forum tersebut?  Kerana, website forum yang mempunyai niche khusus ini akan menarik dan mempunyai peminatnya sendiri dimasa depan dan setiap pengunjung yang melawat forum berniche khusus ini akan menjadi target trafik dan target pelanggan anda.

Tidak dinafikan ada website forum ini pada mulanya fokus pada niche khusus.namun setelah terkenal dan mempunyai trafik yang tinggi ,admin dan pemilik website itu mempelbagaikan dan menggabungkan pelbagai niche atau multi niche.misalnya forum tersebut bermula dengan niche Tips & Tutorial Blogging dan kemudiannya memasukan niche Hotel & Travel,Gadget & Game Online dan sebagainya.Ini tidak salah bagi website forum yang sudah terkenal!

namun untuk permulaan saya sarankan biarlah anda bina dahulu website anda dengan niche khusus untuk membina komuniti anda dahulu.Kerana target pengunjung anda mungkin hanya akan berkesan untuk thread tertentu dan kategori tertentu sahaja, bukan untuk kategori dan thread keseluruhan di forum tersebut.

Nah, untuk itu anda fokus dahulu untuk  niche khusus yang sama kleywordnya dengan bisnes online anda.

#Ketiga,bina komuniti anda.untuk menarik pengunjung ke website forum anda ,memang pada permulaannya anda perlu kerja keras tanpa pamrih.Kerana bukan mudah untuk menarik pengunjung ke website anda pada saat ini,dimana ribuan website saling bersaing di dunia internet untuk menarik pengunjung agar trafik tinggi untuk menjana pendapatan website mereka.

Namun anda jangan putus asa dan cepat mengalah dalam persaingan yang hebat di dunia  blogosphere ini.Mungkin segala pengalan anda membina blog sebelumnya dapat anda terapkan diwebsite forum anda itu.Misalnya kebiasaan blogwalking di blog tetangga dan meninggalkan jejak komen di forum-forum yang nichenya sama dengan target niche anda.

Sekian dahulu ,kerana terlalu panjang nantinya anda cepat bosan untuk membacanya.Dibawah ini saya sharing beberapa website forum dari Malaysia dan Indonesia yang cukup terkenal dan suda mapan di dunia blogosphere rantau ini malah hingga ke mancanegara.Alhamdulillah.

1. Cari.com.my

Peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia.sejak tahun 2011. Berada di tangga terbaik seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa Melayu, China dan English.

2. Forum.lowyat.net

Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga terbaik seperti pada tahun lepas. Dan Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, Lowyat.net merupakan forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian yang semakin meningkat Dan catatan pada tahun 2011 ada seramai 394,606 berdaftar.

3. Carigold.com

Platform terbaik bagi sesiapa yang ingin mempelajari selok belok dunia perniagaan Internet. Carigold.com berada di tangga terbaik menurut Alexa.Menurut sumber dari Alexa juga, 12 % pengujung yang datang ke Carigold melalui Search engine seperti Google, Yahoo dll. 70% pengunjung Carigold.com dari dalam Malaysia sendiri. Carigold.com sebuah blog yang aktif dengan pelbagai topik bukan sahaja mengenai online biz bahkan Politik, Agama, Isu semasa, Gadget terkini dll.

4. Wangcyber.com

WangCyber.com berada di tangga terbaik juga di Alexa, peningkatan yang memberangsankan.Dan cuma kini sejak bertukan tangan pemilik dan admin website ini,sedikit ada penurunanan pengunjung pada awal 2016 ini. Forum di wangcyber juga berkisar tentang online biz, Banyak juga peluang perniagaan yang di kongsi di sini. Wangcyber mungkin platform yang baik bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusawanan internet kerana di sini anda akan dapat info,tips,SEO & Tutorial Blogging dari zero ke hero.

5. GengBlogger.com

Website Forum untuk blogger. Gengblogger.com seperti ping blog, memang amat penting bagi blogger di Malaysia. Ahli juga boleh buka thread baru untuk membicangkan sesuatu hal. Ranking terkini Gengblogger menurut Alexa di tangga ke-75
(Courtesy to sources)

Dan website forum yang sudah terkenal dari Indonesia;
1.Kaskus.us
2.Forum.detik.com
3.Forum indowebster
4.Forum vivanews
5.Kompas forum
6.Code.web.id
7.Komunitas indonesia Open Source
8.OprekPC
9.Forum Linux
10.Juragancipir.com

(!)Nombor urutan website forum Indonesia diatas bukan dari carta Alexa.Cuma carta susunan saya sendiri.maaf (Courtesy to Sources)

Show more