2016-10-10

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor | Masa road trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia hari tu, negeri pertama aku pergi adalah Johor. Dekat Johor, kiteorang stop dekat Batu Pahat untuk stay tidur satu malam dan hotel yang kami tidur tu adalah Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor.



Parking Hotel

Parking banyak. Tak perlu pakai kupon atau bayar untuk parking dekat sini. Kereta yang parking dekat area depan hotel waktu aku waktu malam tak lah banyak sangat tapi kuantiti die masih boleh buat kiteorang rasa selamat untuk park kereta dekat situ.

Servis Kaunter Depan Hotel
Yang jadi receptionist dekat sini perempuan Melayu. Masa mula-mula nak pergi tanya bilik, Zul sempat pergi naik check bilik nak tengok selesa atau tidak. Receptionist pun tak ada masalah nak bagi tengok. Dia pun muka sentiasa senyum walaupun waktu tu dah malam. Masa nak check out, kiteorang dah bagi kunci pada housekeeping, so bila dah sampai depan kaunter aku just inform dia yang kiteorang dah berikan kunci. Dan dia pun kata okay dan senyum.

Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Bilik Standard je. Harga untuk satu malam RM70 tanpa deposit. Bagi aku, harga tu dah okay untuk bilik yang kiteorang duduk. Lantai bilik dan toilet boleh dikategorikan sebagai bersih tapi tidaklah aku nak beri 5 bintang untuk kebersihannya. Maybe sebab bangunan dah lama.





Bilik Hotel
Dalam bilik tu ada satu katil queen. Cukuplah untuk tidur 2 orang dewasa dan seorang budak. Tapi, kalau nak duduk 3 dewasa atau ada tambahan 2 budak tu, mungkin tak selesa sebab bilik tu memang kecil. Ruang solat pun cukup-cukup je untuk seorang antara katil dan pintu toilet. Katil dia jenis katil lama. Alas cadar dan selimut pun lama. Cadar dia siap ada bahagian koyak macam kena cucuh dek api puntung rokok lagi.

Antara perabot lain yang ada dalam bilik hotel ni adalah meja solek, kerusi untuk meja solek, tempat sangkut towel, air conditioner dan television. Tapi TV tu, cuma ada channel nTV7. So mereputlah tengok channel nTV7 sebelum tidur. Dalam bilik hotel ni ada 3 point plug so kalau korang nak charge gadget korang yang banyak tu, tak ada masalah.

Tandas Hotel
Pintu toilet dia jenis kaca kabur tapi kalau dari dalam tu duduk dekat dengan pintu, mungkin orang luar boleh nampak bayang-bayang orang dalam. Toilet dia kecil, muat seorang je masuk pada satu-satu masa. Bila bukak pintu toilet, akan terkena pada sinki. So, faham-faham sendiri lah sempit dia macam mana ya. Dalam toilet ada hot shower, sinki, toilet bowl jenis duduk, dan rak sangkut towel. Golden Pearl Hotel ni pun ada sediakan towel dan sabun mandi.

Lantai toilet agak licin dan kiteorang terpaksa berhati-hati masa nak mandikan Aneeq. Hot shower dieorang tak berfungsi mungkin sebab walaupun dah tunggu lama tapi still lagi tak panas. Nasib baik lah air dia bukan jenis air yang sejuk gila tapi kesian jugak dekat Aneeq kena mandi air sejuk. Sabun mandi tak sure brand apa tapi bau pun macam hmmm. Haahhaha, so kiteorang pakai sabun yang kiteorang bawak sendiri dari rumah.

Wifi Percuma
Kemudahan wifi free disediakan tapi aku tak pakai pun sebab lebih selesa pakai data sendiri. Rasa lebih selamat kot.

Kemudahan Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

- Free parking
- 2 helai towel
- 2 botol air mineral
- Sabun mandi
- Tong sampah
- Wifi percuma
- 3 plug point

Overall, Golden Pearl Hotel ini okay dan sesuai untuk bilangan individu yang sedikit dan yang tak kisah sangat pasal bilik hotel asalkan cukup untuk tidur malam untuk sehari pun dah ok. Harga ok agak murah dan servis kaunter depan okay. Walaupun ada kekurangan di sana sini, aku okay je lah duduk dekat situ satu malam. Kalau korang planning nak datang ke Batu Pahat dan rasa nak duduk dekat sini, aku sertakan sekali alamat dan direction guna Google Maps.

Alamat & nombor telefon:

6, Jalan Kencana 1A/21, Taman Pura Kencana,

Sri Gading, Batu Pahat, Batu Pahat, Johor

+60 7-455 6280

Google Maps:

Travel tips:
Bawak sabun mandi, shampoo dan berus gigi siap-siap masa travel sebab tak semua hotel/chalet/homestay ada sediakan toiletteries macam ni. Kalau ada pun, some of them sediakan sabun mandi yang bau nya kurang menyenangkan.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Show more