2015-06-14

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015 | InsyaAllah dalam minggu ni kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Tarikh dan tempat untuk melihat anak bulan dah pun diumumkan. Jadi, kalau korang nak join tengok anak bulan, korang boleh tengok dekat tempat-tempat yang aku senaraikan dekat bawah ni.



Untuk Ramadhan tahun 2015 ni, tarikh untuk melihat anak bulan dah ditetapkan pada hari Selasa 16 Jun 2015 ini, bersamaan dengan 29 Syaaban 1436H.

Tempat-tempat untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

Negeri

Lokasi

Johor

Pontian Kecil

Kedah

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar

Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur

Labuan

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kelantan

Bukit Peraksi, Pasir Putih, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

Melaka

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan

Telok Kemang, Port Dickson

Perak

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Perlis

Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Putrajaya

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sabah

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Pahang

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan

Sarawak

Tanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu

Selangor

Bukit Melawati, Bukit Jugra, Banting, Kuala Selangor, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Penang

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Terengganu

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen. Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu nak isytiharkan tarikh permulaan puasa, aku adik beradik semangat duduk depan TV tunggu announcement. Lepas tu, sebelum berpuasa mesti nak makan banyak-banyak dulu. Huhuhu.

Apa-apa pun, selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga penuh sebulan berpuasa ni insyaAllah.

Show more