2015-03-31

Apa korang akan buat kalau kawan-kawan blogger korang mintak tolong daripada korang? Dan perkara yang diminta tolong tu senang sangat nak buat. Tinggal nak tak nak dan dengki tak dengki saja. Korang akan tolong atau korang buat tak tau saja?

Hehehhe. Sebenanrnya aku nak minta tolong korang-korang kawan blogger aku semua dan even yang bukan blogger tapi baca blog aku ni untuk undi aku sebagai Best Lifestyle Blog dekat Malaysia Social Medai Week 2015. Sebenarnya aku ni segan kalau nak meminta-minta orang tolong sebab aku tau bukan semua orang rajin nak menolong kita walaupun kita rajin menolong orang kan. Tapi, aku dengan rendah dirinya nak meminta tolong korang supaya tolong vote Blog Fadzi Razak sebagai Best Lifestyle Blog di MSMW 2015 kali ni.

Cara Undi Best Lifestyle Blog Di Malaysia Social Media Week 2015.

1. Pergi ke laman web Malaysia Social Media Week 2015

2. Login menggunakan Facebook korang untuk undi.



3. Bila dah login, cari kategori Lifestyle Blog



4. Cari Blog Fadzi Razak



5. Dan tekan butang "VOTE"

Untuk pengetahuan korang, Blog Fadzi Razak dah tersenarai sebagai salah satu calon Best Lifestyle Blog di Malaysia Social Media Week 2015. Nak menang tu, bagi aku memang mustahil sebab aku masih setahun jagung dalam dunia blogging ni. Achievement pun tak hebat lagi. Tapi, aku cuba jadikan Malaysia Social Media Week 2015 ni sebagai salah satu batu loncatan aku untuk terus kan usaha dalam dunia berblogging yang penuh mencabar ni. Ewah ayat. Hohohoh.

Jadi, aku nak minta tolong pada korang untuk undi Blog Fadzi Razak sebagai Best Lifestyle Blog di Malaysia Social Media Week 2015 ni. Kalau korang nak undi blog lain pun tak ada masalah. Yang penting, jom kita sokong kawan-kawan blogger kita yang lain.

Jangan lupa untuk undi ya. Masa untuk mengundi sangat terhad. Voting cuma bermula daripada 23 Mac 2015 dan akan berakhir pada 5 April 2015.

Pada yang sudi mengundi untuk blog Fadzi Razak sebagai Best Lifestyle Blog sempena Malaysia Social Media Week 2015 tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Aku doakan Allah akan balas semuanya dengan baik. :)

Show more