2013-07-11



knp rambut gua banyak gugur hah!!?

Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut.

Hormon

Hormon seks wanita dan lelaki mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat.Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.

Kerap menyikat rambut

Kekerapan menyikat rambut boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.

Produk

Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.

Kurang vitamin

Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Petua Rambut Gugur 1

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.

Petua Rambut Gugur 2

Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.

Petua Rambut Gugur 3

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Petua Rambut Gugur 4

Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.

Petua Rambut Gugur 5

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

Show more