2016-10-16

Assalamualaikum semua

Makan. Sapa tak suka makan?  Sapa tak suka makan, tak normal. Gitu tau, perumpamaan Nanie. Hari minggu lepas, Nanie dijemput untuk food review di Fiq's Gastronomy, sebuah restoren yang memberikan gaya casual dining. Selain daripada salah seorang chefnya bernama Syafiq, FIQ's Gastronomy juga membawa makna yang berlainan dari biasa.



Ruang makan yang selesa, berhawa dingin dan bersih



FIQ'S GASTRONOMY atau F-Food, I-Innovation dan Q-Quality memberikan satu prospek berbeza dari restoren lain. Dari situ dah boleh nampak bagaimana chef-chef nya memberi penekanan kepada penghasilan makanan itu sendiri.



Ruang masak yang diasingkan dari tempat makan. Namun pelanggan masih boleh meninjau chef bersilat di dapur

Masa mula-mula Nanie cari restoren ni, a bit tersorok sikit... tapi tu lah namanya "The Hidden Gem" kan. Terletak dalam kawasan kedai-kedai di area perumahan, Fiq's Gastronomy tak akan mengecewakan. Gaya restoren yang minimalis tapi cukup selesa menjadikan restoren ini penuh seawal jam 10.30 pagi lagi. Nanie sampai tu, nasib baik dah booking meja. Kalau tidak, mahunya kena beratur tau.

Ruang makannya cukup selesa. Kalau waktu malam, ada juga ruangan outdoor disediakan. Untuk kemudahan pelanggan, surau juga turut ada. Jadi esok lusa kalau nak berbuka puasa kat sini, jangan risau-risau ok!

Beralih kepada dapur mereka. Masuk je ke restoren, sebaris para chef lengkap beruniform sedang sibuk menyediakan makanan. Korang kena tahu ye, makanan disini disediakan dari scratch! Takde istilah - defrost, panaskan semula, microvawe dan sebagainya. Meh Nanie ceritakan sikit siapakan di sebalik Fiq's Gastronomy ni.

Chef Syafiq Zane berbaju hitam & Chef Danial Syahir berbaju putih

Chef mereka hebat-hebat ye iaitu Chef Syafiq Zane & Chef Danial Syahir. Chef Syafiq yang merupakan graduan dari Johnson and Wales University in Providence, Rhode Island turut menimba pengalaman bekerja di bawah Michelin Star Chef, Jean Gorges di  flagship restorennya di New York.

Manakala Chef Danial pula mempunyai pelbagai pengalaman sebagai Senior Chef di banyak restoren terkemuka dan terkenal Malaysia.  Berkelayakan dalam bidang kulinari dan menimba pengalaman yang sangat hebat, menjadikan kedua chef ini betul-betul particular dalam setiap hasil masakan untuk pelanggan mereka. Kalau mereka tak approve, jangan harap lah nak lepas dan diserved pada pelanggan. Gulp! Ada ciri-ciri Hell's Kitchen kan?

Team chef yang hebat & professional

Apalah semua kesibukan para chef ni kalau kita tak cuba makanan mereka kan? Ok, to be honest di saat Nanie taip entry ni, Nanie terkecur air liur sekejap tau. Serious korang, rasa yang diberikan oleh Fiq's Gastronomy sangat-sangat sedap dan memang terbaik. Lepas Nanie makan di sini, Nanie baru boleh bayangkan kenapa orang sanggup bayar mahal demi mendapatkan rasa makanan yang terbaik. Sebab memang akan buat kau mengidam 7 hari 7 malam beb!

Sebagaimana Nanie bagitau awal tadi, walaupaun konsepnya adalah casual dining, tapi disebabkan chefnya yang power, maka makanannya juga power-power belaka. Nanie memang bagi 5 bintang tau pada setiap makanan mereka. Sedap, lazat dan confirm tak sama macam kat tempat lain. Mereka pelbagaikan rasa dalam satu masakan. Resepinya adalah resepi mereka sendiri dan diadun dengan betul-betul perfect untuk kepuasan dan kegembiraan pelanggan!

FISH & CHIPS (WHOLE FISH) - RM37

a twist on classic fish & chips, fried sea bass, chili powder, house fries.

ROASTED SPRING CHICKEN (WHOLE) - RM35

marinated pandan spring chicken, housemade mesquite bbq sauce, mashed potatoes, chives (20mins*)

SOFT SHELL CRAB PASTA - RM29

deep fried farm raised soft shell crabs from Perak, curry leaves, chilli padi, red chilli, butter cream sauce > linguine

The next menu ni, adalah pilihan Nanie tau. Nanie baru kali kedua makan duck but this one, seriously make me fall in love with the duck wei! Gabungan whipped carrot potato mashed dan sous vide duck breast (cara masakan dalam sealed airtight plastic bag) menyebabkan daging duck tadi tu betul-betul tender dan soft. All the juice is still there and the flavour is so balanced! Haaaaa kau nampak tak macam mana Nanie betul-betul suka ni! :)

DUCK BREAST - RM39

sous vide duck breast, whipped carrot potato mashed, gramolata herbs, duck “jus” sauce

FISH TACOS - RM25

tortilla bread, fried tilapia, chili citrus aioli, mango salsa, lime, sweet potato fries

Minuman pulak, tak payah nak cakap lah. Nanie memang suka sangat The Shake especially

Peanut Butter Snickers. Memang terbaik lah. Menurut mereka, The Shakes mereka menggunakan 100% aiskrim buatan sendiri tau. Jadi, rasanya memang authentic! Oh, Banana Oreo mereka juga tak kurang hebatnya. Ada kelazatan tersendiri yang tak ada di mana-mana. Seriously sedap! Even, kalau korang nak datang and saja nak minum-minum pun sesuai jugak.

PEANUT BUTTER SNICKERS- RM16

BANANA OREO - RM15

Last but not least, the dessert haruslah dicuba. Korang kena ingat, everything here adalah start from scratch tau. So dessert juga, mereka buat sendiri dengan resipi sendiri dan dengan rasa yang tersendiri.

BANANA SPLIT - RM18

three scopes of ice cream, fried brioche, bananas,peanut butter “powder”, chocolate sauce, crush almonds, vanilla cream (sharing)

WAFFLES POPCORN & ICE CREAM - RM18

waffles, salted caramel popcorn, three scoops of ice cream, chocolate sauce (sharing)

GRANITA 13

an Italian version of “ABC” but we’re keeping it simple with raspberry shaved ice, vanilla cream and pop-pop!

To be honest, Nanie memang recommended dan sangat puas hati dengan makanan di Fiq's Gastronomy. Berbaloi dengan harganya, portion makanan dan paling penting keenakan rasanya yang tersendiri dan memang lazat!

Piqa & me had a nice weekend with the good foods @ Fiq's Gastronomy!

So, korang kalau nak enjoy food with friends and family... jemputlah datang ke Fiq's Gastronomy. Untuk pengstehuan korang semua, Fiq's Gastronomy menerima juga tempahan meja secara online tau. Kat bawah ni Nanie share alamat dan info berkaitan ok!

FIQ'S GASTRONOMY

34, Jalan SS 19/1D,

SS19, 47500 Subang Jaya Selangor.

Website :

https://fiqsgastronomy.com/

Tempahan Meja & Menu:

https://fiqsgastronomy.com/menu/

Telefon:

03-5613 0473

Facebook :

https://www.facebook.com/fiqsgastronomy/

Instagram :

www.instagram.com/fiqsgastronomy

Show more