Assalamualaikum semua
Pemandangan Bandar Chengdu. Sibuk & Sejuk!
Nanie lupa sangat-sangat nak sambung siri Travel Blog Coklateyes dan share pengalaman Nanie semasa ke China tahun lepas. Ya Allah, sampai sekarang ni kalau korang tanya Nanie, nak tak pergi China lagi, for sure nak! Macam Nanie pernah cerita dalam siri sebelum ni, Nanie rasa bersyukur sangat sebab Nanie terpilih untuk ASEP 2014 tu. Sebab kalau nak pergi sendiri, memang tak terpergi lah Nanie. Semasa ASEP, kami semua di bawa ke banyak bandar-bandar besar sekita negara China. Antaranya Beijing, Tianjin, Chengdu dan Inner-Mongolia. Dan untuk kali ni Nanie nak share pengalaman yang paling best sekali iaitu ke Chengdu. Kalau korag nak baca Travel Story #BCEKECHINA, boleh klik link-link di bawah :
TRAVEL #BCEKECHINA : Part 1
TRAVEL #BCEKECHINA : Part 2
Chengdu merupakan home town bagi panda. Mana-mana saje panda yang ada di seluruh dunia ni berasal dari kawasan Chengdu. Untuk pengetahuan, sebelum ke Chengdu, Nanie ke Hohhot, Inner Mongolia. Nanti Nanie share pengalam di Inner Mongolia juga. Dan dari Inner Mongolia ke Chengdu perlu menaiki flight kira-kira 2 jam 30 minit. Semasa Nanie di Inner Mongolia, Nanie naik Air China untuk ke Chengdu. Bertolak jam 7.40 malam dan sampai sana sekita 10.00malam. Waktu tu lah kami semua gunakan untuk rehat dan tidur. Sebab selepas tu jadual memang pack.
Airport di China memang padat gila! Tak silap ada lebih 200 gate!
Pemandangan Chengdu dari atas! Cantik.
Traffic jammed, suasana biasa di China. Kalau korang perasan, dorang semua pakai kereta mahal-mahal tau!
Kami semua bermalam di Yinhe Dynasty Hotel, Chengdu. Hotel bertaraf 4 bintang di Chengdu. Walaupun nampak agak tua, tetapi keadaannya bersih, selamat dan mudah untuk kemana-mana sebab tengah bandar Chengdu. Disebabkan dah malam, check-in dan terus tidur! Hehehe. Pagi esoknya, seawal jam 6.30 pagi dah kena kumpul di deck bas. Kat sana pukul 6.30 pagi dorang dah macam 8.30 pagi kita. Dah terang benderang. Itinerary pertama untuk hari tu adalah kami akan Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding. Pagi tu hujan lebat, jadi pergerakan kami sedikit terbatas. Tapi macam Nanie pernah cerita, orang Jepun ni sentiasa bersedia. Kami semua diberikan baju hujan siap-siap. Memang efisien! Tip top!!!
Dalam perjalanan ke Chengdu Research Base of Giant, Nanie nampak bangunan-bangunan di Chengdu lebih kepada Ancient China. Masih mengekalkan tradisi dan struktur binaan Cina Kuno. Berbeza dengan di Beijing yang lebih moden dan up-to-date. So bila di Chengdu, secara tak langsung terus feeling macam dalam cerita kungfu lama-lama!
Tengok kawasan rumah ni, teringat cerita seram Jepun pulak, Dark Water. Hahaha.
Laluan ke kawasan masuk Panda Centre. Kena jalan kaki sebab bas tak boleh lalu.
Sesampainya di sana, kami semua diingatkan supaya tidak membuat bising. Panda adalah sejenis haiwan yang hidup dalam kelompoknya dan sangat sukar untuk didekati oleh manusia. Oh, ye bila Nanie ke Chengdu... Nanie baru tahu kenapa panda di Malaysia perlukan peruntukan kos yang tinggi untuk maintenance hidupnya.
Kalau korang nak tahu, panda sebenarnya tidak sesuai hidup selain dari negara China. Malahan jika dia keluar dari Chengdu juga adalah berisiko tinggi. Ini kerana suha di Chengdu sangat sejuk dan panda tidak boleh hidup jika berada di iklim panas dan suhu tinggi. Panda memerlukan kawasan luas untuk bersosial dan perlu diasingkan apabila meningkat dewasa. Masa Nanie di Chengdu je, boleh rasa suhu sejuk dia sampai jalan kaki berbatu-batu pun tak keluar peluh tau!
Bukan senang nak tengok panda. Panda tak heran pun orang datang ke orang panggil ke. Yang dia tahu adalah makan-main-tidur. Selalunya panda yang kita nampak adalah bewarna hitam putih kan, tapi di Chengdu sahaja ada pelbagai jenis panda. Antaranya panda merah yang mana pada asalnya panda merah ini banyak dan sekarang kian pupus.
Masa Nanie melawat tu, mujurlah ada sekumpulan panda remaja yang tengah makan. Ya Allah comel-gebunya sekor-sekor. Rasa nak bawak balik. Nampak macam panda dewasa kan? Saiz besar macam ni tak silap baru 3-5 bulan je. Ni panda remaja namanya! Kau tengok dia makan sambil baring-baring. Like I care!? Hahahaha.
Selepas tu, kami di bawa ke bilik breeding panda. Yang ini lagi kawalan ketat. Camera tak boleh flash, tak boleh bising, sebelum masuk kasut perlu dicuci dan kena letak ubat something... dan macam-macam lagi. Ye lah, panda kan nak pupus. Jadi kalau tak ada pre-caution step macam ni, bahaya. Panda boleh kena jangkitan kuman. Kebetulan sewaktu tu, ada panda yang baru seminggu melahirkan anak. Aloh comel lagi!!! Macam anak tikus pun ada.
Laluan Breeding Centre yang dikawal
Baby panda baru 2-3 hari. Takde colour lagi.
Yang ini seminggu. Comel kan tidur macam tu?
Yang ini usia dalam 2-3 minggu. Dah pandai angkat kepala. Eleh yang kanan tu, malu tidur lettew!!! Hehehe.
Dan yang terakhir barulah kami dibawa ke kawasan panda dewasa. Wei korang, serius wei panda ni memang takde life. Bayangkanlah, bila panda mencapai umur dewasa iaitu sekitar 15-20 tahun, panda perlu diasingkan dan tidak lagi gemar bersosial. Biasanya dia akan duduk-makan dan tidur. Panda di bawah ni adalah panda dewasa berusia kira-kira 18 tahun. Dan anggaran beratnya adalah sekitar 200-250kg!!!
Adult Panda
Sebelum balik, kami semua singgah ke souvenir shop. Ada jugak muzium mini kat situ. Tapi tak sempat Nanie nak pusing, bas dah sampai. Barang-barang di souvenir shop kat situ agak mahal jugaklah. Nanie cuma sempat send post card ke rumah je dari Chengdu. Ada jugak kenangan kan!
Post Office di Panda Centre
Tolong abaikan siapa yang topi pink tu! hahahaah serabai gila dengan baju hujan semua!
Poskad yang Nanie hantar dari Chengdu. Siap post ke Malaysia semua lebih kurang RM 4.50 je.
2 minggu lepas Nanie balik dari Beijing, poskad ni dah sampai rumah di Johor.
Untuk penjimatan, kami semua decide nak beli souvenir sewaktu di Night Market nanti. Kawan-kawan dari China yang kata kat pasar malam lebih murah dan lebih banyak pilihan. Jadi, kiteorang just tengok-tengok je souvenir yang ada.
Affan and Asiah. Masa ni masih hujan ye. Steady je dorang bergambar! Hahaha.
Walaupun tak ada rezeki nak tengok Red Panda, tapi Nanie puas hati sebab nampak panda depan-depan. Comel wei. Serius comel. Daripada pemerhatian Nanie, Nanie rasa panda ni adalah lebih elok jika terus tinggal di China sebab habitatnya memag memerlukan iklim sejuk dan hijau. Kalau kita tak jaga dan abaikan panda ni, for sure panda akan pupus.
Untuk lokasi seterusnya, Nanie ke satu sungai yang menjadi nadi sejarah negara China. Yang itu pun, sampai sekarang ni Nanie masih terbayang-bayang cantiknya tempat tu. Namanya ialah Dujiangyan River. Nanti Nanie sambung lagi ok!