2015-06-17

Assalamualaikum semua

Esok dah mula dah kita semua Umat Islam berpuasa. Moga-moga puasa kali ini dapat kita jalani dengan penuh hikmah dan berkat. Insya Allah. Bercerita pasal bulan Ramadhan, dah semestinyalah salah satu perkara yang kita tak sabar nak buat persediaan adalah baju raya. Macam Nanie sendiri, Nanie ada sesetengah je baju raya yang beli. Contoh macam jubah atau pun dress. Tapi kalau baju kurung memang Nanie tempah di tailor. Selesa dan sedap pakai kan?



Nanie dan keluarga Nanie memang setiap kali nak buat persediaan baju raya mesti ke Jakel. Baru-baru ni Nanie berkesempatan ke Jakel Mall Kuala Lumpur bersempena Majlis Pelancaran Baju Raya Nabil Ahmad & Rozita Che Wan. Ya Allah memang rambang mata lah Nanie tengok kain baju kat Jakel Mall tu. Bayangkan lah, ada banyak tingkat and setiap tingkat menawarkan pelbagai kain yang cun-cun habis!



Sebagaimana tahun-tahun lepas, Jakel sentiasa memberikan pakaian hari raya yang up-to-date dan bersesuaian dengan trend terkini. Kalau sebelum ni, Zizan Razak dan Aaron Aziz telah dipilih sebagai ikon fesyen pakaian Hari Raya Jakel,  pada tahun ini giliran Nabil Ahmad, Rozita Che Wan, Upin dan Ipin telah dipilih sebagai ikon Baju Raya Jakel. Ketiga-tiga figura ini dipilih atas populariti dan ketrampilan mereka dalam fesyen dan menjadi ikutan masyarakat di luar.



Cantik betul Che Ta ni...

Nabil Ahmad yang segak berbaju dua tone pada hari tu beserta samping eksklusif dari Jakel dilihat mampu menarik kaum lelaki pelbagai lapisan umur untuk baju Melayunya tu. Nampak fresh, smart dan kemas sangat! Memang cantik... lagi pulak bila didatangkan dengan dua tone... tu yang buat dia nampak lain dari yang lain.

Baju Melayu Dua Tone dari Nabil Ahmad

Berebut orang serbu bila Nabil buat Happy Hour! Sampai naik atas kerusi si Nabil tu...

Bagi Che Ta pulak.... haihhh yang ini memang Nanie melting sikit. Che Ta memang dah cantik, tapi pakai baju kurung moden dari Jakel ni lagi nampak cantik. Gabungan warna-warna pastel dan sweet bertepatan dengan tema Hari Raya Aidilfitri yang nak nampak anggun, elegant tapi tetap sopan.

Gabungan warna pastel buatkan pemakai nampak manis sangat!

Antara koleksi dan gabungan warna

Yang ni pulak nampak sangat elegant. Cantik dan menarik.

Bagi pakaian kanak-kanak pula, jangan risau buat ibu bapa yang tak tahu mana nak cari baju raya anak-anak yang berkualiti tinggi, yang cantik, selesa dan tahan lasak. Di Jakel, dengan kolaborasi bersama Upin & Ipin, Jakel Mall telah menghasilkan pakaian kanak-kanak yang memang cantik dan berpatutan.

Antara warna yang ada dan warnanya juga cantik-cantik

Pada Nanie, memang sesuai lah Jakel ni dijadikan pilihan sekeluarga. Dalam satu tempat ada semuanya. Ada untuk anak, untuk mak, untuk ayah. Malahan kalau nak belikan ahli keluarga pun ada. Harganya jangan cerita lah memang murah-murah!!! Nanie pun geram... pilihan kain memang banyak. Cakap je jenis kain apa korang nak, confirm ada.

On the day, Nanie sendiri tak dapat menahan iman. Hahahaha. Akhirnya Nanie kecundang nak beli 5 pasang kain untuk Nanie buat baju kurung dan dress. Siap belikan untuk mak dan untuk adik sekali. Berbaloi, cantik dan yang paling best memang berkualiti tinggi.

So, kalau korang nak nampak cantik dan bergaya di hari raya nanti... boleh datang ke Jakel Mall untuk dapatkan koleksi pakaian raya Che Ta dan Nabil Ahmad. Untuk kanak-kanak pulak, boleh belikan baju Melayu Upin & Ipin yang comel sangat tu!

Lokasi :

Jakel Mall Kuala Lumpur

Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, 50100 Kuala Lumpur

Phone:03-2698 6798

Operating Hours· 10:00 am – 8:30 pm

Show more