2014-11-18

Assalamualaikum semua

Awal bulan lepas, Nanie ada tulis satu entry mengenai skincare produk yang Nanie sedang gunakan sekarang : [KLIK SINI] dan memang Nanie sangat-sangat berpuas hati dengan kesan yang diberikan. Alhamdulillah kata orang tu, sebab ia sesuai dengan kulit Nanie. Secara jujur memang ia agak mahal dan tertelan-telan jugak air liur nak membayarnya. Tapi bila fikir ia adalah 'reward' untuk diri sendiri, pejam mata je lah bayar. Hahahah. Lagipun Nanie memang dah target lama nak beli produk Kiehls ni. *sedapkan hati*



Sebagaimana yang Nanie pernah bagitau kat entry sebelum ni, masalah utama untuk kulit Nanie adalah white heads dan pores yang besar. Jenis kulit Nanie pula adalah combination skin, sebab ada masa dia macam oily... ada masa dia dry skin. Tips penting sebelum  beli satu-satu skincare, mestilah kena kenalpasti dulu kulit korang jenis apa. Ini akan lebih membantu untuk mendapatkan produk yang sesuai dan beri kesan yang maksimum selepas korang gunakan sesuatu produk tu. Sekiranya korang tak tahu macam mana nak tentukan kulit korang jenis apa, ini ada beberapa tips yang Nanie boleh berikan :

LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI JENIS KULIT

1. Cuci muka dengan pencuci muka biasa yang digunakan. Buang segala make up yang ada dan tunggu sehingga kering kira-kira 1 jam.

2. Semasa proses menunggu tu, korang buat macam biasa je. Jangan sentuh dan jangan letak apa-apa produk pada muka. Lebih elok jika ia dilakukan di tempat suhu bilik. Bukan bilik berhawa dingin mahupun tempat yang terlalu panas.

3. Kemudian, dab kan muka korang dengan tisu muka biasa. Tumpukan pada T-Zone iaitu sekitar dahi dan hidung.

4. Daripada situ, boleh lihat keputusannya jika pada tisu muka ada tanda-tanda seperti :

NORMAL SKIN : tiada kesan-kesan minyak dan kulit terasa sangat licin dan supple

OILY SKIN : ada kesan berminyak pada tisu di tambah pula dengan kilauan pada muka dan liang pori yang besar kelihatan

DRY SKIN : kulit kelihatan kusam, boleh rasa kekeringannya dan tidak bermaya

COMBINATION : gabungan tanda-tanda seperti di atas kelihatan

*Kebanyakan wanita Asia mengalami Combination Skin akibat pengaruh cuaca dan pemakanan kita.*

Jadi untuk Nanie yang combination skin ni, Nanie perlukan satu skincare yang dapat kawal sebum minyak dan juga dapat kecilkan liang pori. Menurut Beauty Advisor Kiehl's, whitehead adalah berpunca daripada lebihan minyak akibat oily skin kita tadi. Whitehead adalah tahap pertama sebelum ia bertukar ke tahap serius iaitu black head. Apabila black head, ia akan lebih sukar sedikit untuk dirawat dan adakala memerlukan laser treatment.

Selepas buat sedikit pemeriksaan dan dapatkan penjelasan daripada BA Kiehl's, dia mencadangkan Nanie gunakan 3 produk terbaik mereka untuk rawatan whitehead dan pores pada kulit Nanie.

1. Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner

2. Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque

3. Kiehl's Micro-Blur Skin Protector

KIEHLS CALENDULA HERBAL-EXTRACT TONER





Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner ni merupakan antara yang paling laris seluruh dunia dan telah beberapa kali mendapat pengiktirafan sebagai antara toner terbaik. Khasiat bunga Calendula atau lebih dikenali sebagai Marigold membantu untuk mendapatkan kulit yang balance-oily. Selain daripada tu, bunga Calendula juga diketahui sebagai tinggi dan kaya dengan anti-oksida yang mana secara tak langsung membantu dalam melindungi sel kulit kita.

Pendapat peribadi Nanie, Nanie memang suka toner Calendula ni. Baunya yang seakan-akan teh kadang-kadang jadikan Nanie nak minum je! Hahahah. Lepas gunakan Toner ni, memang boleh rasa ia fresh dan tanggalkan segala kotoran pada muka. Sental-sental sikit lah kat bahagian T-Zone tu kan. Especially bahagian hidung Nanie.

Nanie akan gunakan toner ni sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi sebelum apply make up dan malam sebelum tidur. Selain dariapada effectnya yang melembutkan dan melindungi kulit muka, terapi bau bunga Calendula ni jugak sangat menenangkan. Kesannya yang Nanie perasan, kulit muka semakin licin dan kurang berminyak walaupun selepas gunakan make up!

Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque

Bagi masalah pores yang besar pula, BA Kiehl's menyarankan Nanie gunakan  Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque ni. Dengan menggunakan mud dari Amazon River, mask ni membantu untuk membersihkan pori muka Nanie yang tersumbat di samping menanggalkan kulit-kulit mati yang menjadi punca kepada dull skin. Kandungan mineral yang tinggi dalam mud mask ini menjadikan kulit lebih sihat dan secara tidak langsung mampu mengecilkan pores kulit.

Nanie akan gunakan mask ni 1-2 kali dalam seminggu. Biasanya Nanie gunakan pada hari minggu dan sebelum tidur. Ia cepat kering dan meresap. Boleh rasa ia menyejuk pada muka dan ada slightly burn sensation. Kalau ada jerawat ataupun luka terbuka, boleh rasa pedih sikit lah. Tapi memang boleh rasa ia menyerap dengan baik. Selepas 10-15 minit, boleh cuci dan tanggalkan. Nanie perasan pores pada kulit muka Nanie memang mengecut selepas 2-3 kali penggunaan.

Kiehl's Micro-Blur Skin Perfector

Yang ini paling favourite untuk Nanie! Paling win di antara yang lain. Nanie memang suka sangat dengan produk Kiehl's yang satu ni : Kiehl's Micro Blur Skin Perfector. Walaupun saiznya nampak kecil, tapi kehebatannya memang tak terduga. Sebagaimana namanya Skin Perfector, produk ini memang memberikan satu hasil yang bagus kerana dapat menutup kesan-kesan pores, flaws, bekas jerawat dan sebagainya.

Malahan ia juga dapat melindungi kulit kita daripada sebarang direct contact dengan persekitaran luar. Dengan ingredients lipo hydroxy acid dan lentil extract, ia membantu untuk firm kan kulit muka kita dan memberikan sentuhan lembut dan licin pada kulit.

Selepas gunakan produk ni, memang kulit serta merta boleh rasa licin dan seronok disentuh. Walaupun kelihatan ia agak sedikit menutup pori tetapi semasa mencuci muka, ia mudah ditanggalkan. Malahan daripada review yang Nanie baca, kebanyakan beauty blogger turut menggemari kesan yang diberikan produk ini dan memudahkan mereka memakai make up!

Secara keseluruhan, Nanie memang puas hati sangat dengan produk daripada Kiehl's ni. Hasil yang diberikan amat bersesuaian dengan kulit Nanie dan paling penting matlamat Nanie untuk kawal dan kurangkan masalah pores serta whitehead dapat diatasi. Untuk ketiga-tiga produk di atas, Nanie spent RM 350 dan ia dapat bertahan sehingga 3-4 bulan. Tapi untuk Micro-Blur Skin Protector tu, mungkin dua bulan penggunaannya.

Sekiranya korang berminat nak gunakan produk dari Kiehl's tapi tak sure mana yang sesuai, jangan risau... korang pergi je ke mana-mana outlet Kiehl's dan BA mereka akan bantu dengan jalankan beberapa ujian pada kulit muka korang dan akan berikan saranan yang sesuai dengan masalah yang korang alami. Mereka tak akan paksa korang beli dan korang boleh dapatkan free sample sebelum beli full size! Dengan skincare yang betul dan berkualiti, Insya Allah hasilnya juga menakjubkan.

Website :

http://www.kiehlstimes.com.my/

Facebook :

https://www.facebook.com/KiehlsMalaysia

Penafian : Ini bukanlah advertorial mahupun sebarang blogger campaign yang berbayar. Ini adalah satu perkongsian ikhlas penulis berdasarkan pengalaman sendiri aje! :) 

Show more