2017-02-05



Tempat Menarik Hulu Langat – Seperti juga tempat menarik Sabak Bernam, Hulu Langat juga mempunyai banyak tempat menarik yang wajib dilawati.

Destinasi percutian menarik di Hulu Langat banyak didominasi oleh air terjun dan sungai-sungai yang jernih yang sangat seronok untuk dikunjungi sambil berihat dan beriadah bersama keluarga.

Bagi yang tinggal di Lembah Klang terutamanya Kuala Lumpur, tak perlu mengeluarkan belanja besar untuk berkelah atau bercuti bersama keluarga.

Teruja dengan tempat menarik di Selangor? Baca Senarai Tempat Menarik Selangor, best jugak ni 10 Tempat Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan

Tempat Menarik Hulu Langat

Tempat Menarik Hulu Langat Chalet Terapung Ajlaa Village Resort -terletak di Batu 22 sungai Lepuh Hulu Langat, menyediakan tempat perkelahan yang lengkap dengan tempat penginapan. Yang seronoknya korang boleh pilih samana nak menginap di resot di atas bukit dengan pemandangan yang sangat menarik atau tidur di chalet terapung di atas air sungai yang mengalir jernih. Kedua-duanya best!

Bukan itu saja, korang boleh buat macam-macam aktiviti yang menyeronokkan seperti jungle tracking dan waterfall walk. Untuk jungle tracking ada 3 level yang boleh korang pilih,  easy, medium dan hardcore. Bagi hardcore akan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk sampai ke air terjun.

Untuk kemudahan korang, kami letakkan alamat dan contact untuk korang hubungi:

Address : Batu 22, Sungai Lepuh, Jalan Hulu Langat, 43100 Selangor.

Contact : 019-8154750, 017-2931955

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai Lopo – Terdapat banyak homestay di sini jika korang nak menginap di sini tak jadi masalah, malah lebih seronok kerana suasana malam di sini lebih dingin dalam suasana hutan tropika di samping menikmati desiran air yang mengalir. Selain dari chalet dan homestay terdapat juga pondok-pondok yang boleh disewa secara harian. Selain dari tempat berkelah korang juga boleh menjejaki air terjun Sungai Lopo yang terletak jauh di pedalaman, airnya lebih sejuk dan segar.

Terdapat padang yang luas untuk mengadakan aktiviti seperti sukaneka yang menyeronokkan.

Banyak river front homestay yang didirikan di sini untuk kemudahan pelancong, salah satunya ialah Lopoh Waterfront Chalets Pangsun, Bt 22 Hulu Langat, Selangor. Tel : 012-3667410

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai Pangsun – Sebuah lagi tempat perkelahan menarik untuk anda dan keluarga. Destinasi percutian ini terletak di Lot 8944 Batu 22, Jalan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor berhampiran dengan Gunung Nuang di mana kawasan ini telah bangunkan sebagai pusat rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Hanya mengambil masa 45 minit sahaja perjalanan daripada Kuala Lumpur. Terletak di dalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.

Bermacam-macam kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya penginapan chalet, dewan, gazebo atau wakaf di tepi sungai, restoran, surau, bilik mandi dan tandas. Sangat seronok untuk mengadakan aktiviti seperti perkelahan keluarga, hari keluarga, seminar, kursus, team building, kem motivasi, majlis perkhawinan dan sebagainya.

IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE

Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,

Hulu Langat, 43100 Selangor.

Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217

Haji Ishak : 019 – 223 5304

Fazli : 017 – 5391300

E-mail : impianrimba@yahoo.com

Tempat Menarik Hulu Langat Lubok Manggis – Sebuah lagi destinasi perkelahan dan percutian yang menarik di daerah Hulu Langat yang terbaik. Terdapat banyak pondok yang boleh disewa untuk meletak barang atau berihat dengan lebih privacy.

Suasana di sini lebih redup dan nyaman, sungai yang luas, air yang dingin.

Lubok Manggis Camp & Resort menyediakan pelbagai kemudahan camping berkonsepkan eco-tourism. Banyak mendapat tempahan dari institusi pengajian tinggi dan syarikat-syarikat yang mengadakan kemp motivasi di sini.

Lubok Manggis Camp Resort -Lubuk Manggis

Lot 3583, Batu 21, Jalan Pangson 43100 Hulu Langat

Selangor Malaysia

Call +60178890001

humairahadi.blogspot.my

Tempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai Tekala – Sangat sesuai untuk bawa anak-anak berkelah dan mandi kerana sungainya yang cetek dan luas. Air mengalir di celah-celah pokok sangat menyeronokkan untuk bermain air. Ada bahagian yang berjeram dan berbatu di bahagian atas. Ada bayaran masuk RM1 bagi setiap orang.

Tandas awam, tempat solat dan tempat salin pakaian disediakan. Keselesaan diutamakan kerana mempunyai laluan jalan kaki berbata, bahagian-bahagian tertentu mempunyai anak tangga dan terdapat juga pengawasan warden.

Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan di sini.

Tempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai Gabai – Setiap hujung minggu pasti penuh dengan pengunjung di tempat menarik Hulu Langat ni. Walaupun terletak jauh di pedalaman dan terpaksa melalui jalan kampung, namun ianya tetep menyeronokkan apabila korang sampai di sana. Bagi yang ingin kuruskan badan, korang boleh mancabar diri dengan mendaki 300 anak tangga yang disedikan khas untuk yang sukakan cabaran.

Kemudahan asas seperti tandas awam, tempat solat dan tempat letak kereta yang luas disediakan. Keadaan juga agak bersih, namun ada terdapat sedikit kecacatan apabila ada pengunjung yang membiarkan lampin pakai buang bersepah.

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai Chongkak – Destinasi perkelahan yang sangat menarik dan popular di Hulu Langat memang mendapat sambutan dari pengunjung terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Keadaan sungainya yang luas dan landai sangat seronok membawa anak-anak untuk mandi manda di sungai ini. Dilindungi oleh pokok-pokok besar menjadikan tempat ini sejuk dan nyaman.

Terdapat banyak pondok dan homestay di sini. Congkak Eco Resort antara kemudahan penginapan yang disediakan di sini. Congkak Eco Resort menyediakan beberapa buah chalet kayu dan batu. Kawasan sungai Congkak sangat luas, korang tak perlu bersesak-sesak berebut tempat mandi.

Aktiviti yang popular selain dari mandi manda korang boleh melakukan jungle tracking, river tracking, rever walk dan river cross.

Jika ingin menginap di sini bolehlah menghubungi Congkak Eco Resort:

CONGKAK ECO RESORT (002084285-A)

Batu 20 1/2 Kampung Padang,

Sg. Congkak, Hulu Langat,

43100 Kajang,

Selangor Darul Ehsan

Pengurus Pusat Rekreasi  : Puan Norre

Tel :  017-309 0190

Website: www.congkakecoresort.com

Emel: info@congkakecoresort.com

The post Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati appeared first on Cari Homestay Dan Tempat Menarik Malaysia.

Show more