2017-01-25



Senarai Tempat Menarik Selangor – Selangor adalah sebuah negeri destinasi percutian yang sangat menarik buat anda. Sebuah negeri maju terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur.

Bagi anda yang tinggal di perkampungan dan inginkan bercuti di tengah kesibukan kota, Selangor menghidangkan tempat-tempat menarik seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Bangi dan banyak lagi.

Mankala bagi anda yang tinggal di tengah-tengah kesibukan kota raya dan inginkan ketenangan suasana kampung, anda boleh bercuti di Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Hulu Selangor.

Sebelum anda memulakan perjalanan ke Selangor mari kita semak senarai penuh tempat-tempat menarik di Selangor.

Senarai Tempat Menarik Selangor

Tempat Menarik Daerah Sepang



Anda pernah menonton sukan bermotor Formula One? Jika anda peminat lumba kereta, di sinilah tempatnya. Namun bukan itu sahaja, Sepang juga menyediakan tempat percutian tepi pantai yang menarik seperti Avani Sepang Gold Coast Resort.

Tempat Menarik Sabak Bernam



Inginkan suasana kampung? Sabak Bernam adalah kawasan pertanian. Industri pertanian seperti kelapa sawit dan kelapa fokus utama masyarakat di sini. Mungkin anda pernah mendengar nama Bio Asli produk minyak kelapa dara yang sangat berkhasiat. Ianya dihasilkan di sini.

Daerah Sabak Bernam juga terkenal sebagai kawasan tanaman padi. Terdapat banyak homestay di tengah-tengah sawah padi yang menawarkan pemandangan yang indah dan suasana aman damai. Anda juga boleh menginap di Chalet Terapung Sungai Haji Dorani.

Tempat Menarik Daerah Gombak

Walaupun Dareah Gombak terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur tetapi masih banyak tempat-tempat menarik di daerah ini yang harus anda terokai. Terdapat kawasan hutan tebal yang menjadi tumpuan peminat flora dan fauna di daerah yang merupakan pintu masuk dari negeri Pahang ini.

Tempat Menarik Daerah Kuala Langat

Tempat menarik di Kuala Langat termasuklah Pantai Morib. Selain itu anda juga boleh bercuti di tempat menarik seperti Gold Cost Morib Resort, Pantai Kelanang, Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, Bukit Jugra, Bukit Api Jugra, Balai Cerap Bukit Jugra dan Muzium Tapak dan banyak lagi.

Tempat Menarik Daerah Hulu Langat

Daerah Hulu Langat menawarkan banyak tempat menarik kerana lokasinya yang terletak di kaki gunung Banjaran Titiwangsa. Banyak tempat perkelahan air terjun dan sungai yang cantik. Homestay-homestay yang menawarkan pakej yang sangat menarik juga banyak terdapat di sini.

Tempat Menarik Hulu Selangor

Ingin menikmati kedinginan air terjun? Hulu Selangor mempunyai banyak air terjun yang menarik untuk perkelahan bersama keluarga antaranya Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Sungai Inki Kalumpang, Air Terjun Semangkuk, Sungai Kendondong, Air Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat, Air Terjun Serendah, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kolam Air Panas Kerling, Lata kakau Kuala Kubu Baru, Sungai Bernam Teratak Riverview dan Taman Millenium Kuala Kubu Baru.

Tempat Menarik Kuala Selangor

wom.my

Kuala Selangor menawarkan banyak tempat percutian yang menarik. Terkenal dengan beberapa tempat-tempat menarik yang menjadi pilihan semasa musim cuti sekolah atau hujung minggu.

Antara tempat-tempat menarik Kuala Selangor ialah Eagle Feeding Pasir Penambang, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Pantai Remis Sungai Sembilang, Bukit Malawati Kuala Selangor, tempat menarik makanan eksotik.

Tempat Menarik Klang

Bandar Di Raja Klang merupakan bandar pelabuhan dan pusat perniagaan. Jika anda ingin melancong sambil berniaga, Plaza GM Klang menyediakan lambakan barangan murah yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Tempat Menarik Daerah Petaling

Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam merupakan komponen Daerah Petaling. Shah Alam ialah ibu negeri Selangor dan merupakan pusat pentadbiran negeri. Terlalu banyak tempat menarik untuk disenaraikan seperti Taman Tasik Shah Alam, Taman Botani Bukit Cerakah, Dataran Bunga Raya dan banyak lagi.

Manakala tempat menarik di Petaling Jaya seperti Sunway Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway Lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Extreme Park, Sunway lagoon Scream Park, Ice Skating Sunway Piramid, T & T Kidspark Sunway Piramid, Pasar Karat Amcorp Mall dan sebagainya.

Semoga senarai tempat-tempat menarik Selangor ini memberi sedikit gambaran sebelum memulakan perjalan percutian yang mengembirakan bersama keluarga.

Baca juga:

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

The post Senarai Tempat Menarik Selangor appeared first on Cari Homestay - Best Vacation Rentals Travel Guide.

Show more