2017-01-26



Tempat Menarik Sabak Bernam – Selain dari 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati, negeri Selangor yang berjiran dengan Perak juga mempunyai banyak tempat menarik untuk pelancongan dan percutian. Antara yang paling popular ialah tempat menarik Sabak Bernam.

Tempat menarik Sabak Bernam terletak bersempadanan dengan negeri Perak yang dipisahkan oleh sungai Bernam. Daerah yang termasuk dalam senarai tempat menarik Selangor ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Terletak berhampiran dengan Laut Selat Melaka, terkenal dengan kawasan perikanan seperti Sungai Besar dan Sekinchan. Manakala di bahagian timurnya pula terbentang luas kawasan sawah padi.

10 Tempat Menarik Sabak Bernam Tempat Percutian Sekeluarga

Bagan Nakhoda Omar – Agak terpencil di utara negeri Selangor, terletak sejauh 20 kilometer dari jalan besar Kelang – Teluk Intan. Merupakan sebuah perkampungan nelayan dan pertanian. terdapat sebuah pusat rekriasi di tepi pantai.

Tersedianya restoran makanan laut yang terkendal dengan mee udang, nasi goreng udang dan banyak lagi. Setiap petang ramai yang berkunjung di sini untuk berihat bersama keluarga sambil menikmati menu makanan laut. Gerai-gerai jualan juga banyak terdapat di sini.

Kelong Paradise Waterfront Resort – Merupakan chalet terapung seri idaman memancing dari pintu bilik dan syurga bagi kaki pancing, destinasi terbaik bagi yang minat memancing dan ingin merasakan keunikan berada di tengah laut, kita-kira 15 batu nautika dari bagan nakhoda Omar.

Untuk kemudahan anda, kami sertakan alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Address: Kelong Paradise Waterfront Resort, Bagan Nakhoda Omar, Jln. SG. Air Tawar, 45300 Sabak Bernam, Selan, Malaysia

Phone: +60 3-3216 4798

Pasar Sungai Haji Dorani – Sungai Haji Dorani terkenal dengan pusat pelancongan bertemakan kehidupan kampung. Terdapat beberapa buah homestay yang sangat istimewa di sini seperti Sungai Haji Dorani Homestay, Chalet Haji Zainal, Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Dorani Bayu Resort & Service Sdn Bhd dan banyak lagi.

Antara makanan laut yang unik di sini ialah mentarang iaitu sejenis kupang berbentuk panjang, biasanya dibakar atau dimasak lemak. Bagi anda yang suka kerang bakar, harus mencuba mentarang ini kerana rasanya yang lebih ‘menangkap’.

Pantai Batu 23 Sungai Nibong – Pencinta keindahan alam, wajib berkunjung di sini. Anda boleh menginap di Homestay Pantai batu 23, Sungai Nibbong. Sambil menikmati keindahan alam dari Jeti batu 23 Seasite, anda juga boleh menikmati keenakan makanan di Warung Mee Santai Mee Bandung Udang pantai BM dan Mee Udang Kolam.

Tuan haji Yusof  016-6768671 Homestay batu 23 Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor

Pusat Pemerhatian Enggang – Terletak di Hutan Simpan Sungai Karang, mempunyai banyak spesis burung enggang yang hampir pupus antaranya Anorrhinus Galeritius, Buceros Rhinocerus, Anthracoceros Albirostris  Convexus dan banyak lagi. Burung enggang antara spesis haiwan yang kian pupus kerana habitat mereka telah dimusnahkan oleh pembangunan. Jika anda ingin melihat burung ini dari dekat, silahal ke Pusat Pemerhatian Enggang ini.

Ladang Mangga Sungai Limau – Jika anda melalui jalan Klang Teluk Intan anda akan dapat menyaksikan buah-buah mangga disusun cantik di atas rak papan. Buah mangga berwarna hijau dan kuning yang disusun rapi memberikan suatu pemadangan yang unik. Bukan saja rupanya yang cantik tetapi juga sangat sedap dimakan. Anda boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Jika ingin mengunjungi ladang mangga tersebut bolehlah bertanya kepada penjualnya.

Masjid Jin Panchang Bedena – Masjid kayu yang dibina pada tahun 1905 ini kini di bawah seliaan Muzium Negeri Selangor keran seni binanya yang yang cantik dan unik. Telah diperbaharui beberapa kali untuk mengekalkan keseniannya. Dinamakan Masjid Jin kerana diceritakan orang kampung pernah ternampak kelibat makhluk ganjil di masjid tersebut.

Tempat menarik Sabak Bernam – Tempat Makan Best

Mee Udang Bagan Nakhoda Omar – Ramai yang tahu Kuala Sepetang sangat terkenal dengan Mee Udang, tetapi di bagan nakhoda Omar Sabak Bernam juga ada tempat menarik untuk makan-makan mee udang. Hampir setiap petang tempat ini dipenuhi oleh pengunjung yang ingin menikmati keenakan mee udang di sini.

Restoran Lembah Bernam –  Restoran Lembah Bernam terletak di lokasi Parit 9 Sekinchan. Restoran ini menghidangkan makanan eksitik seperti landak, kijang dan rusa. Selain itu terdapat juga udang galah, ikan sepat dengan masakan kampung. Di bika dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Restoran Kuala Kurau –  Restoran Kuala Kurau terletak berhampiran Sungai Besar Business Centre, menyediakan berbagai jenis makanan menu kampung yang sungguh sedap. Restoran ini terkenal dengan “Air Express”, jadi anda tak payah tunggu lama.

Tempat Menarik Sabak Bernam merupakan satu destinasi percutian yang harus ada dalam senarai anda. banyak lagi tempat menarik Sabak Bernam yang tidak dapat kami senaraikan

The post 10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor appeared first on Cari Homestay - Best Vacation Rentals Travel Guide.

Show more