2015-01-12



Assalamualaikum, hari ni melawat-lawat Homestay Di  Langkawi   di homestay-langkawi.blogspot.com. Dengan belatar belakangkan kepingan papan yang tidak bercat, blog homestay langkawi ini nampak kemas dan menarik.

Blog ini sudah semestinya menceritakan tentang homestay yang dimilikinya.  Selain dari itu terdapat juga sub title di bahagian atas menunjukkan Langkawi Apartment, Langkawi Directory, Tanah untuk dijual dan Langkawi Island Hopping.

Jom kita jelajahi satu persatu apakah kemudahan yang disediakan oleh Langkawi Homestay ini.

Homestay Di Langkawi



Menyediakan tiga bilik tidur, dua darinya berhawa dingin manakala sebuah lagi menggunakan kipas angin.

Set sofa yang cantik dan selesa untuk berehat sambil menonton siaran TV kegemaran.

Tak perlu bimbang tentang pakaian, boleh saja membasuhnya untuk digunakan semula.  Tak perlu bawa pakaian banyak-banyak kerana anda mungkin menaiki feri atau kapalterbang untuk ke Langkawi.

Anda juga boleh mencari Hotel di Langkawi atau jika anda seorang pelbur dan ingin mencari tanah, klik sahaja icon Tanah Untuk Dijual.

Kadar sewaan juga sangat berpatutan, hanya RM350 untuk 3 hari dua malam dan RM450 untuk 4 hari 3 malam. Nak murah lagi?  haha Langkawi Di Homestay  mempunyai sebuah lagi homestay yang lebih murah tetapi cantik dan selesa.

Hanya RM300 untuk 3 hari 2 malam.

Selain dari kemudahan di atas, Langkawi Di Homestay  juga menyediakan set meja makan, peralatan dapur yang agak lengkap.  Untuk memudahkan anda memasak air, sebuah jug letrik juga disediakan.

Jika anda datang ke Langkawi pastinya anda tidak tidak ada kenderaan betul tak?  Jadi jangan risau… Langkawi Di Homestay  menyediakan kereta sewa dengan pakej yang menarik.

Lokasi Langkawi Homestay ini pula sangat menarik, hanya:

6KM ke Idaman Suri ( 10 minit )

10KM ke Bandar KUAH ( 15 minit )

3 Minit ke Taman Burung Langkawi ( Wildlife Park )

6 Minit Ke Galeria Perdana dan Kilim Mangrove

30 minit perjalanan ke Langkawi Airport

30 minit perjalanan ke pantai Cenang Langkawi

Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh hubungi En. Roslan di talian 0194172177

Email : roslan977@yahoo.com.my atau layari blog beliau di langkawi-homestay.blogspot.com

The post Homestay Di Langkawi appeared first on Malaysian Homestay Search Center.

Show more