2014-05-09



Haaa dekat bawah ni aku nak kongsi ngan korang artikal untuk dapatkan akaun adsense dalam masa 24jam, sebenarnya tak sampai 24jam pun, 3-4 jam dah boleh dapat, artikal ni aku copy n paste dari wangcyber. Kredit kepada wangcyber . Bagi sesiapa yang tak pernah apply atau apply tak pernah dapat boleh belajar dengan artikal di bawah ni.

Sebelum ini anda sudah di dedahkan dengan cara bagaimana untuk memohon akaun adsense melalui blog. Sekiranya anda sudah berusaha untuk menggunakan blog dot com anda bagi mendapatkan akaun adsense namun masih gagal, maka anda boleh beralih ke alternatif yang ke dua.
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk memohon akaun adsense dengan lebih cepat dan mudah. Anda sendiri akan terkejut bagaimana anda boleh mendapatkan akaun adsense kurang dari tempoh 24 jam. Bagaimana?
Lupakan sahaja tentang blog atau artikel yang perlu anda hasilkan. Ini kerana kita hanya akan memohon akaun adsense melalui akaun youtube. Ya, akaun youtube juga boleh membantu anda untuk mendapatkan akaun adsense.

Apa yang perlu anda lakukan ialah ikuti langkah demi langkah yang akan di tunjukkan di bawah ini :

Langkah 1 : Sign up akaun gmail
Jika dahulu youtube membenarkan kita untuk sign up menggunakan akaun yahoo. Namun sejak google memiliki laman web youtube, semua pengguna youtube wajib untuk memilki akaun gmail untuk membina channel youtube. Jadi anda hanya  perlu untuk sign up akaun gmail di sini : www.gmail.com

Langkah 2 : Create akaun youtube/ channel
Setelah anda mempunyai akaun gmail, anda hanya perlu sign up untuk membangunkan channel youtube anda. Pergi ke www.youtube.com dan log in seperti biasa.

Langkah 3 : Upload beberapa video
Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan beberapa buah video untuk di muatnaik ke dalam channel video youtube kita. Video apa yang boleh digunakan untuk memohon akaun adsense? Saya mencadangkan agar  anda menggunakan video tentang how to ______ . Sebagai contoh how to use adobe photoshop CS for making image effect. Ini sebagai contoh.
Berapa duration video yang perlu anda upload? Semua video tidak perlu terlalu panjang, cukup sekadar 2 hingga 3 minit. Download sekitar 5 hingga 6 video dan upload semula ke akaun youtube anda.
Elakkan dari mengupload video yang berkaitan dengan movie, muzik atau apa-apa yang mengandungi copyright. Setelah anda upload semua video ke akaun youtube anda, lihat pada bahagian video manager. Pastikan semua video selamat dan bersih dari third match party atau copyright issue. Jika ada, anda harus delete video tersebut dengan segera dan gantikan dengan video yang baru.

Akaun channel anda hanya perlu mempunyai video berkaitan dengan video tutorial seperti tadi. Video tutorial seperti membuat jahitan pun OK asalkan dalam bahasa inggeris. Saya tidak pernah mencuba untuk menggunakan video bahasa melayu bagi memohon akaun adsense jadi saya tidak tahu apakah menggunakan video bahasa melayu dapat membantu untuk mendapatkan akaun adsense. Langkah selamat, anda boleh menggunakan video dalam bahasa inggeris.
Adakah boleh untuk menggunakan akaun youtube anda yang sudah mempunyai usia 2 atau 3 tahun yang lepas? Jawapannya boleh cuma pastikan semua video yang sudah sedia ada bukan berkaitan dengan muzik atau video bercopyright. Jika ada, anda perlu delete dan hanya bangunkan channel video yang berteraskan education atau tutorial.

Langkah 4 : Enable monetize
Anda hanya perlu ke bahagian setting di akaun youtube anda dan pergi ke bahagian Monetization dan cari pada bahagian  enable. Langkah seterusnya pergi ke bahagian “How will I be paid” dan klik pada “association an Adsense account” . Jika anda masih belum jelas pada bahagian manakah yang anda harus tuju, ini merupakan print screen untuk anda jadikan sebagai rujukan :

Setelah anda klik pada link tersebut, akan keluar satu skrin untuk bertanya samada anda mahu meneruskan permohona melalui gmail yang sudah sedia ada atau gmail yang berbeza. Anda hanya perlu pilih anda mahu menggunakan gmail yang sudah sedia ada dan kemudian anda akan terus di bawa ke laman seterusnya.

Langkah 5 : Isi borang adsense seperti biasa
Setelah itu, anda akan di bawa ke satu laman untuk mengisi semua maklumat peribadi anda seperti nama penuh (payee name) , alamat rumah, negara, nombor telefon dan lain-lain. Anda hanya perlu untuk memastikan bahawa payee nama anda adalah tepat. Harus di ingat bahawa sekali anda tersalah mengisi payee name, anda tidak di benarkan untuk mengedit semula pada bahagian ini. Hanya alamat dan nombor telefon sahaja di benarkan untuk anda edit. Jadi berhati-hati apabila membuat pengisian borang .
Ini adalah contoh print screen borang tersebut :


Langkah 6 : Submit
Setelah anda berpuas hati dengan semua maklumat yang anda berikan tadi, anda hanya perlu klik butang submit. Tunggu dalam tempoh 24 hingga 48 jam untuk mendapatkan emel dari pihak google. Mengikut pengalaman yang lepas, akaun adsense akan di luluskan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
Setelah permohonan anda di luluskan, anda bolehlah log in ke akaun google adsense anda melalui link ini : www.google.com/adsense
Walaupun akaun adsense amat mudah di luluskan menggunakan cara ini, namun ia masih menyimpan beberapa kelebihan dan kekurangan iaitu:

Kelebihan :
Kelebihan pertama, akaun adsense anda mudah di luluskan tanpa anda perlu menunggu sehingga berhari- hari . Teknik ini sungguh menjimatkan masa. Anda hanya perlu create akaun youtube,  upload  video, enable kan monetization dan mohon akaun seperti dalam tutorial di atas.
Kelebihan kedua, anda boleh on iklan di video anda di youtube. Ini dapat membantu anda untuk menambah income adsense melalui youtube.
Kelebihan ketiga, blogspot juga merupakan produk dari google maka semua iklan anda boleh terus di siarkan ke semua blog anda yang berdomainkan blogspot.com . Maka anda tidak perlu lagi untuk memohon akaun adsense buat kali kedua bagi tujuan untuk meletakkan iklan google adsense di blog blogspot. Kesimpulannya, dengan menggunakan kaedah permohonan ini, anda dapat menggunakan akaun adsense anda untuk menjana wang dari laman web youtube dan juga blogspot.

Kekurangan.
Di sebalik kelebihan yang ada, masih ada kekurangan yang timbul. Anda hanya di benarkan untuk menyiarkan  iklan google adsense di akaun channel anda di laman web youtube dan juga blog blogspot sahaja,  iklan tidak akan keluar apabila anda meletakkannya di blog atau website berdomainkan dot com.
Sekiranya anda mahu untuk iklan tersebut  muncul di blog dot com anda, anda perlulah upgrade akaun anda .
Apa yang perlu anda lakukan ialah, anda hanya perlu log in semula ke akaun google adsense anda dan pergi ke bahagian setting. Anda cari pada bahagian untuk anda upgrade akaun adsense ke domain anda sendiri.
Anda hanya perlu memasukkan URL blog dot com anda sebagai contoh www.blogku.com dan klik butang send. Pihak google adsense akan membuat review untuk meluluskannya dan setelah akaun anda di upgrade untuk blog domain dot com, semua iklan adsense anda boleh di letakkan di semua blog dot com anda. Proses upgrade ini hanya perlu di lakukan sekali sahaja.
Soalan yang biasa di terima, blogspot saya menggunakan nama domain dot com, adakah saya perlu juga memohon kepada pihak google untuk proses upgrade? Jawapannya ya!
Iklan akan muncul untuk domain blog www.blogku.blogspot.com dan setelah anda membeli domain baru seperti www.blogku.com untuk di linkkan dengan blogspot itu tadi, maka domain www.blogku.com perlu menjalani proses permohon kepada pihak google adsense untuk di upgrade. Walaupun mediumnya adalah blogspot namun di sebabkan domainnya adalah domain dot com, maka anda tetap perlu melakukan permohonan tersebut.
Saya amat berharap anda mendapat input yang berguna melalui artikel ini. Saya doakan permohonan akaun adsense anda berjalan dengan lancar dan di luluskan oleh pihak google adsense, InsyaAllah.
Jika ada sebarang komen dan pertanyaan, sila tinggalkan di kotak komen di bawah ini.

sumber:

Read more: http://www.wangcyber.com/bagaimana-untuk-mendapatkan-akaun-adsense-dalam-tempoh-24-jam/#ixzz31BRb6kZ6

Show more