2014-03-02

KUCHING: Abdul Taib Mahmud, tidak dinafikan amat disayangi oleh penyokongnya dan dianggap sebagai telah memberi banyak sumbangan kepada negeri dan negara.

Tetapi pada masa yang sama, beliau juga tidak disenangi oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkritik kepimpinan beliau dengan menuduhnya melakukan banyak perkara, termasuk melakukan rasuah dan menyalahguna kuasa untuk memperkayakan diri dan ahli keluarganya.

Sabtu, kehidupan umumnya sudah sampai ke kemuncak.

Selepas menerajui Negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun, beliau akhirnya mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri (Gabenor) Sarawak yang ke-7 di depan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Richard Malanjum sambil disaksikan oleh Ketua Menteri yang baru, Adenan Satem, di Dewan Undangan Negeri.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, yang sudah berusia 92 tahun, yang mana tempoh penggalnya juga berakhir, semalam.

Taib dilantik sebagai Gabenor kerana ‘prestasinya yang baik’ sebagai Ketua Menteri, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Asfia Awang Nasar.

Selain sebagai ketua menteri, Taib juga memegang jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak.

Taib secara tidak rasminya dikenali sebagai Pak Uban, yang jika diterjemahkan bermakna “pak cik berambut putih”. Di kalangan masyarakat berbahasa Cina, beliau dikenali sebagai Pek Moh yang bermaksud “rambut putih”.

Memegang jawatan ketua menteri sejak 1981, Taib merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia. Beliau menjawat jawatan Ketua Menteri pada usia 45 tahun.

Sebagai Anggota Parlimen selama 38 tahun, Taib juga adalah ahli parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah.

Taib dan keluarganya kerap dituduh melakukan rasuah dan secara peribadi, dituduh mendapat semua keuntungan dan manfaat daripada sumber-sumber semula jadi dan ekonomi Sarawak.

Taib berkahwin dengan Laila Taib yang ketika itu berusia 18 tahun, seorang rakyat Poland beragama Islam, di masjid Adelaide di Australia Selatan pada 13 Januari 1959. Mereka dikurniakan dengan lima orang anak.

Pada 29 April 2009, isteri Taib, Laila, meninggal dunia akibat kanser dan pada 18 Disember 2010, beliau berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita dari Syria, Ragad Waleed Kurdi.

Dilahirkan dalam keadaan miskin pada tahun 1936, keturunan keluarga Taib boleh dijejaki sebagai ada pautan dengan golongan bangsawan daripada kerabat diraja Brunei.

Bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub membesarkan Taib sejak beliau masih lagi kecil. Beliau hanya berusia empat tahun apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Bapanya, Mahmud Abang Yahaya, selepas menyelamatkan keluarganya dari penjajahan Jepun, memutuskan untuk berpindah ke Mukah.

Taib mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Joseph di Miri dan kemudian mendapat biasiswa untuk belajar di Sekolah Menengah St Joseph di Kuching.

Selepas tamat pengajian sekolah, Taib Mahmud merancang untuk menjadi seorang doktor tetapi sebaliknya, dipujuk oleh Rahman Ya’kub untuk mengambil jurusan undang-undang.

Pada tahun 1958, prestasi cemerlangnya dalam peperiksaan Higher School Certificate (HSC) membolehkannya untuk mendapat biasiswa Pelan Colombo, di mana Taib melanjutkan pengajian di University of Adelaide di Australia Selatan.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti itu pada tahun 1960. Selepas kematian bapanya, Taib mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga adik-beradiknya dan mendisiplinkan mereka dalam pelajaran serta menjaga hal ehwal rumah.

Taib menyambung pengajian ijazah lanjutan di Harvard pada 1964. Sejak itu, beliau menulis dan menerbitkan beberapa buku berkenaan Islam dan karya lain termasuk “Muhammad and His Mission”, “Islam and Utility of Mankind”, “Freedom of Thought of Islam” dan “Appropriate Strategy for Developing Countries in a Period of Resource Scarcity”.

Sekembalinya ke Sarawak, beliau bekerja sebagai Peguam Crown 1962-1963. Beliau kemudian menyertai Majlis Perundangan Negeri Sarawak pada 22 Julai 1963, di mana beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja dari 1963 hingga 1966 dan kemudian Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967.

Dalam beberapa keadaan, beliau juga bertindak sebagai Ketua Menteri. Beliau merupakan Naib Pengerusi Parti Berjasa Sarawak (PBS) pada 1964.

Beliau dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan Perdagangan dan Industri dari tahun 1968 sehingga 1970.

Beliau dipilih Ahli Parlimen untuk kerusi Samarahan pada 1970 selepas memenangi pilihan raya persekutuan dan dalam kerajaan persekutuan, beliau memegang banyak portfolio termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Asli (1972-1974).

Selepas memenangi pilihan raya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada 1981, Taib kemudian dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak sebelum mengganti Rahman Ya’kub, sebagai Ketua Menteri.

Beliau memegang kerusi Sebandi sehingga tahun 1987, sehinggalah beliau dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Asajaya itu. Pada tahun 2001, dalam pilihan raya negeri, beliau memutuskan untuk bertanding di kawasan Balingian.

Selepas menjadi Ketua Menteri, beliau perlu berdepan dengan pemberontakan dalam PBB dan kemudiannya, pemberontakan itu sendiri diketuai oleh bapa saudaranya.

Rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Taib timbul apabila sekumpulan ahli politik PBB mendakwa, kepentingan bumiputera telah diabaikan.

Kumpulan itu mendakwa bahawa Taib, telah secara eksklusif lebih memihak kepada kaum Cina dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Pemberontakan PBB disertai oleh Parti Bansa Dayak Sarawak. Faktor utama pemberontakan itu adalah kerana kesangsian Taib terhadap Leo Moggie, presiden PBDS.

Taib segera mengadakan pilihan raya negeri pada tahun 1987, di mana beliau hanya mendapat kemenangan tipis. Parti pakatannya memenangi 28 daripada 48 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan kemudiannya mendapat 8 lagi Adun yang berpaling tadah dari parti PBDS, mengurangkan kerusi asal untuk PBDS kepada 15-7.

PBDS kekal sebagai pembangkang sehinggalah ia menyertai semula BN Sarawak pada tahun 1994.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Taib berjaya mendisiplinkan kerjasama pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik yang berbeza dalam Barisan Nasional untuk mencapai konsensus politik yang sama. Beliau menganggap pencapaian paling membanggakannya ialah dari segi pembangunan ekonomi, integrasi sosial dan perindustrian di Sarawak.

Ketika sambutan 28 tahun Taib berkuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak, berucap di Dewan Suarah Bintulu, katanya, wawasannya untuk Sarawak adalah untuk menjadikan negeri ini paling kaya di Malaysia menjelang 2030. Taib dan pentadbirannya mahu membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negeri itu.

Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan melabur wang dalam pembangunan institusi pendidikan tinggi yang baru. Dasar ini bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi dari industri yang banyak bergantung kepada sumber asli Sarawak ke arah ekonomi yang lebih mahir berasaskan perkhidmatan.

Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk membina 12 empangan di Sarawak untuk memenuhi permintaan tenaga bagi bidang industrinya pada masa depan.

Empangan ini dijadualkan siap pada 2020, walaupun ianya perlu diluluskan oleh penilaian impak alam sekitar. Satu memorandum persefahaman sudah ditandatangani di antara Sarawak Energy Berhad dan China Three Gorges Project Corporation untuk  pelaksanaan projek Empangan Murum.

Sebanyak 51 empangan, kemungkinan dibina menjelang tahun 2037. Projek hidroelektrik yang kontroversi menerima kritikan sengit kerana bencana yang boleh berlaku dan pemindahan dari tempat asal ramai masyarakat asal negeri itu.

Pembantah pelan projek berkenaan mendakwa, projek itu adalah rasuah dan modal kronisme kerana CMSB dijangka mendapat manfaat secara tidak langsung dengan membekalkan bahan konkrit untuk pembinaan empangan dan pembinaan peleburan aluminium yang menggunakan banyak tenaga elektrik yang dijana.

Menteri Pembangunan Tanah James Masing, dalam satu temu bual dengan Al Jazeera English, menegaskan bahawa kontrak dianugerahkan dengan cara yang telus sama ada dalam tender terbuka atau tertutup.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memberikan kontrak berdasarkan rekod yang baik sebelum ini kepada syarikat yang mendapat kontrak, bukan kerana kaitan politik seperti yang didakwa -. SP

 

Show more