Yang Tinggal Hanyalah Lelaki-Lelaki Bujang Yang Kacak. Lepas aku menghadiri kenduri salah seorang sahabat tempoh hari, aku baru terasa sesuatu sebenarnya. Kalau dulu, lepas pergi mana-mana pasti akan mengeteh bersama. Dan suasana memang sangat-sangat kecoh dan meriah. Tapi baru-baru ni, bilangan yang mengeteh hanya tinggal tiga orang. Bermakna, tiga orang ni lah yang masih solo dan bujang. Aku kategorikan sebagai tiga orang lelaki bujang yang kacak.
Aku masih ingat lagi suatu ketika dulu. Siap berkonvoi ke PD lebih kurang 20 biji motor. Mat motor katakan. Hahaha. Rindunya zaman-zaman tu. Tapi sayangnya gambar-gambar zaman main motor dulu hilang entah ke mana.
Bersama sahabat-sahabat dari sekolah. 3 dari kiri telah meninggalkan kami dan dunia ini. Al-Fatihah.
Kenangan ketika menghadiri perkahwinan salah seorang sahabat.
Dan kini yang tinggal hanyalah tiga orang lelaki-lelaki bujang yang kacak bergaya. Kepada gadis-gadis di luar sana yang masih single, sila lah ambil perhatian kepada tiga orang lelaki bujang yang kacak ini. Mereka mampu memberikan yang terbaik buat korang.
LELAKI BUJANG KACAK PERTAMA
Atin nama diberi. Seorang yang hanya akan menjawab segala soalan dengan jawapan "Tak tau". Sesuai kepada gadis-gadis yang banyak bercakap dan menyoal.
LELAKI BUJANG KACAK KEDUA
Apiz. Seorang lelaki yang ganas dan mirip penyanyi Awie. Pernah beliau pacak motor dekat jalan yang rosak dan berlubang-lubang dan hampir jatuh. Yang paling aku tak boleh lupa, masa adegan pacak motor tu terjadi, kereta peronda polis dekat depan. Tapi tak pulak kena tahan dia ni? Mungkin masa tu polis gelak terkekek-kekek dalam kereta peronda.Sesuai buat gadis yang pendiam kerana beliau ni memang suka bercakap.
LELAKI BUJANG KACAK KETIGA
Yang ni tak perlu dipersoalkan lagi tentang kekacakannya. Sekali pandang, berjurai air mata gadis-gadis kerana keunikan wajahnya yang terlalu kacak. Memiliki susuk tubuh yang agak kecil berbanding sahabat-sahabat yang lain, tetapi paling aktif. Mungkin beliau ni seorang penghidap HyperActive. Sesuai buat gadis yang berketinggian model kerana dikatakan jika pasangan lelaki rendah, rezeki senang masuk. Orang cakap. Aku iyekan je.
Aku pun tak fikir lagi antara kami bertiga ni siapa yang akan kahwin dulu. Dan bilakah waktunya. Adakah lambat lagi atau sudah hampir? Doakan yang terbaik buat kami bertiga.
Aku pun tak faham macam mana entri ni dah jadi entri pengiklanan mencari jodoh. Hahahaha.
KORANG TERTINGGAL ENTRI NI? JOM BACA -> HARI AIDS SEDUNIA 2012