2015-04-27

Semalam berlangsungnya satu program dan aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari. KBBA Blogger's Day Out sebagaimana yang aku war-war kan sebelum ni. Pukul 8.10 aku sampai kat Pusat Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Lewat 10 minit. Aku sesat. Terpusing-pusing aku kat Cyberjaya tu. Aku syak ada 'sesuatu' yang menyorokkan pandangan aku. Aku tengok Hp aku. Betul! Ada sesuatu yang menyorokkan pandangan aku. Aku salah letak lokasi kat Map. Patut tak jumpa-jumpa.





Lepas je daftar, terus aku Selfie dengan awek-awek Kelab Blogger Ben Ashaari. Comel-comel semuanya. Grrr

AKTIVITI PERTAMA  - SENAMROBIK

Lepas je Breakfast, aktiviti yang pertama adalah Senamrobik. Yang ni aku tak ada gambar sebab aku ada atas Stage. Jadi Bodyguard Trainer Senamrobik. Ramai yang ingat aku jatuh atas Stage masa tu. Tapi sebenarnya salah tekaan dorang. Aku bukan jatuh tu. Tapi aku tengah tepis serangan daripada 3 ekor nyamuk yang nak serang Trainer Senamrobik. Aku selamatkan nyawa Trainer masa tu.



Para Blogger tengah menanti aktiviti bermula. Kekenyangan Breakfast pun ada masa ni.

AKTIVITI KE DUA - GOLF

Lepas senamrobik, aktiviti kedua yang berlangsung adalah GOLF.

Arena Golf yang ada kat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Persaingan bermula. Setiap kumpulan dikehendaki memukul bola Golf tu sehingga ke bendera yang telah ditetapkan. Yang paling dekat dengan bendera akan menang.

Ni pulak kumpulan aku. Kumpulan Hijau (aku tengok macam kuning je. hahaha).

Untuk persaingan ni, kumpulan aku kalah besar.. Sebab 80% pukul angin. Termasuk aku sendiri. Hahaha. Takpe..  At Least kita menang gaya. Gaya tu kan lagi penting dari segalanya. Hahaha.

AKTIVITI KE TIGA - BADMINTON 6 SEBELAH

Untuk aktiviti ketiga pulak, kitorang di bawak ke Court badminton. Setakat badminton ni. Apa lah sangat. Aku dulu hampir-hampir dilamar jurulatih badminton China untuk dijadikan jurulatih beliau. Jurulatih kepada jurulatih. Tandanya hebat sangat aku ni.

Sampai kat sana, sambil diterangkan cara permainan, aku kuis-kuis je telinga aku yang gatal ni dengan wajah yang paling bongkak dan angkuh. Dah tau dah aku dan kumpulan aku akan menang.

Apa-apa pun Selfie dulu. Takyah nak Try-Try dulu. Kumpulan hijau pasti menang. Mudah sangat Game ni.

Seperti yang aku katakan tadi. Kitorang menang... tang gaya. Hahaha. Kalah lagi. Ingat senang je. Rupanya susah. 6 sebelah guna satu raket. Berapa ramai Smash pakai tangan sebab tak sempat nak pass raket.

AKTIVITI KE EMPAT - GO KART

Lepas habis Game Badminton, kitorang pergi pulak ke litar Go Kart. Kali ni aku tak berani nak berlagak lagi. Asyik kalah je.

Tapi untuk Game Go Kart ni bukan Race. Ia lebih kepada nak bagi kitorang merasa sendiri macam mana rasanya bawak kereta Go Kart ni.

Bila jejak je kaki ke sini, aku dah merasa seolah-olah aku ni adalah DOM Fast N Furious. Memiliki wajah setampan beliau dan susuk badan setaf beliau cukup membuat aku kelihatan mirip DOM.

Gentleman, Start Your Engine! Mula-mula aku memang rasa gayat sikit. Sebab rendah. Selalu aku rempit naik motor je. Tapi masuk je Second Lap, jiwa aku bergemuruh. WOW! Bestnya!!! Kepuasan dia lebih lagi dari aku rempit motor. Tang Corner tu paling nikmat. Wow!! Aku nak main lagi!

AKTIVITI KE LIMA - LUNCH

Hahaha. Nasib baik aktiviti lepas tu makan. Aku dah lenguh badan dengan tangan. Lenguh rupanya main GOKART ni.

Walau lapar macam mana sekalipun, Selfie tetap menjadi keutamaan aku. Ibarat Supliment untuk aku. Selfie pun dah cukup buat aku rasa macam makan bihun mentah suku pinggan.

Macam-macam lauk dihidangkan. Nanti lah aku ceritakan di lain entri.

AKTIVITI KE ENAM - PAINTBALL

Yes!!! Aktiviti yang paling aku nantikan pada hari tu. Aku sebenarnya dah lama nak merasa main Paintball ni tapi tak berkesempatan. Paling hebat sejarah tercipta pun, aku main Laser Tag. Tu pun hampir-hampir pitam aku sebab ketakutan.

Untuk aktiviti Paintball ni, sekali lagi kitorang dipecahkan kepada 4 Group. Aku Group 3. Bersama dengan Permaisuri Skuad Emas Putih.

Sempat lagi berSelfie sebelum berperang kan. Ok, untuk Game pertama, Group aku kalah. Dah lah senapang aku Stuck. Ikutkan hati aku, aku nak je acah-acah tembak musuh dengan menghasilkan bunyi melalui mulut. Tapi aku segan pulak. Awek ramai kat sana. Kang dorang ingat ada sorang lelaki gila tersesat dalam tu.

Game pertama ni aku kena tembak kat belakang. Salah aku sebab bontot aku terkeluar. Senang jadi perhatian musuh. Tak puas hati aku. Padahal gaya aku dah macam Rambo dah.

Game kedua aku dengan Group lebih bersedia. Kitorang belajar dari kekalahan pertama tadi dengan lebih bertenang, bertahan sebab nak jimatkan peluru, tembak hanya bila perlu, dan pasrah dengan apa pun yang bakal terjadi.

Lama jugak kitorang bertahan dan banyak bunuh musuh. Tapi aku tertewas bila kena tembak kat mata. Skodeng celah-celah lubang pun boleh kena tembak jugak. Agaknya macam tu. Terkejut sampai tergolek aku ke belakang. Agaknya macam tu lah rasanya bila kaki skodeng kena cucuk lidi kat mata. Hahaha. Akhirnya dua orang prajurit bergenre awek membawa kemenangan untuk Group aku ni. Syabas! Aku akan naikkan pangkat dorang nanti.

AKTIVITI KE TUJUH - CABUTAN BERTUAH DAN UCAPAN PENUTUP

Ok, program hari tu disudahi dengan cabutan bertuah untuk para blogger dan juga ucapan penutup dari watak-watak penting dalam ceritera ni terutamanya pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari.

Pengajuran aktiviti dan Program yang berskala besar ni sangat meriah dan Havoc walaupun ianya program pertama terbesar yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Acara berjalan lancar tanpa ada sikit pun masalah. Dan semua blogger yang hadir juga sangat-sangat cukup membantu dalam menjayakan dan memeriahkan suasana pada hari tersebut.

Jutaan terima kasih jugak kepada para penaja :-

Kelab Komuniti Cyberjaya

www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya

Yeos Malaysia

www.yeos.com.my

Cosmoderm

www.cosmoderm.com.my

Crazy N Crunchy

www.crazycrunchy.com

Natalia

www.natalia.my

Stamp N Print

www.stampnprint.blogspot.com

Cyberview Cyberjaya

www.cyberview.co.uk

Inshaa Allah lepas ni Kelab Blogger Ben Ashaari akan menganjurkan lagi aktiviri-aktiviti sebegini dengan skala yang lebih besar dengan penyertaan lebih ramai blogger dan orang ramai. Stay Tune With Us!

Show more