2016-09-26

Sebelum menonton filemnya, saya cuba mengenali dulu penulis novel asalnya, Ransom Riggs - pengumpul artifak lama dari gambar lama dan entah apa barang antik lagi, semua disumbat ke dalam novelnya yang plotnya sounds familiar dari setiap sudut. Memang sebelum ini Miss Peregrine's Home for Peculiar Children sering dibandingkan dengan X-Men. Ditambah dengan Jane Goldman yang sebelum ini menulis lakonlayar X-Men: First Class. Dan ini tricky sangat. Sebab saya tak nak Jane Goldman ulang cerita sama.

Miss Peregrine memang dari dunia yang sama dengan X-Men kerana studio yang sama, malah garis masa juga sama ketika era Perang Dunia Kedua tapi Miss Peregrine menghala ke arah Young Adult berbanding X-Men yang mengarah ke superhero jadi ada masanya filem Miss Peregrine tidak nampak heroik sangat, malah Miss Peregrine bawaan Eva Green siap pesan lagi jangan berlagak hero. Jika ingin dipermudahkan, Miss Peregrine ialah Charles Xavier versi perempuan di tahun 1943, ketua di rumah agam yang menempatkan anak-anak dengan kelebihan luar biasa. Bila Samuel L. Jackson yang dulunya orang istimewa juga tapi dah masuk ke 'dark side', dia mula memburu anak-anak yang kita panggil The Peculiar Children ini untuk kelangsungan hidup (dia tak sebut nak 'take over the world', one of the most overused tropes in movies, but simply nak nampak normal kembali, sebab kalau tak si Samuel a.k.a Barron ni dah rupa raksasa dah. Raksasa pula dalam kategori hantu yang sukar dilihat dengan mata kasar.)

Jadi, it took this one boy from 2016 untuk time travel ke masa silam untuk melakukan tugas mulia, yakni you're the chosen one to save us all, again, one of the most overused tropes in movies, except, dia ni tak ada ciri-ciri heroik. Waima nak mengorat awek pun agak terkial-kial.

Dari sudut lain, Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ialah tentang coming of age. Dari boyhood ke PLKN ke manhood. Ia juga mengitar semula tema X-Men: yang 'istimewa' ini disisihkan.

Miss Peregrine's Home for Peculiar Children secara jelasnya bukanlah labor of love buat Tim Burton. Ia sekadar meneruskan kelangsungan kerjaya beliau, tak menambah apa-apa. Karya Ransom Riggs sekadar dijelmakan ke dalam lanskap, arkitek dan kostum yang kita sedia maklum akan dunia Burton. Ibaratnya gambar anda yang diberi filter Tim Burton di Photoshop. Tapi kesan efek ini yang dikepalai oleh Frazer Churchill (VFX supervisor untuk The Worlds End, Scott Pilgrim Vs The World, Children of Men) memanglah cantik. Pokok-pokok dalam filem ini memang dipinjam dari set Edward Scissorhands (dirakam di Tampa Bay, pernah jadi lokasi penggambaran Edward Scissorhands). Cuma tanpa muzik oleh Danny Elfman yang tak lagi jadi budak suruhan Tim Burton, diganti dengan Mike Higham, ia beri kesan juga pada pengalaman sinematik.

Saya masih menyukai Miss Peregrine's Home for Peculiar Children, ada nilai hiburannya. Menonton filem ini membangkitkan perasaan saya yang membesar dengan filem-filem Tim Burton yang meneroka dunia fantasi dengan pengaruh Edwardian dan child-like feature. Dan sepanjang mengikuti kerja tulisan Jane Goldman, kena akui Miss Peregrine bukanlah yang terbaik. Tinggi kesabaran saya ketika menonton filem ini.

6.5/10

Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 7 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney
Pengarah: Tim Burton

Show more