2014-05-31

96

Normal

0

false

false

false

EN-US

JA

X-NONE

1HB JUN 2014

MENGEKALKAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM DAN KEBEBASAN BERAGAMA SEMPENA PERAYAAN GAWAI

Setiap 1 haribulan Jun, kita akan menyambut pesta menuai dengan bersyukur kepada Tuhan yang merupakan pemberi nikmat yang telah memberikan kita dengan tuaian padi yang baik untuk satu lagi tahun. Pada masa lalu, kita meraikan roh dewa-dewa dalam masyarakat selepas musim menuai. Dalam konteks moden seperti hari ini, bagaimana pula akan kita raikan terutamanya orang-orang seperti kita yang tidak bercucuk tanam lagi, apa yang boleh kita raikan? Adakah ianya hasil kerja keras kita, bahagian kita dalam pai ekonomi?

Ramai orang yang menghadapi cabaran mencari rezeki dan banyak hidup dengan ‘kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu lagi’. Kita telah diberitahu bahawa jumlah orang miskin yang berdaftar di Sarawak telah meningkat tahun ini, walaupun Gabenor baru negeri kita kerap kali mengulangi bahawa menjelang akhir tahun depan, kita akan mencapai pendapatan per kapita yang akan meletakkan negeri kita dalam kategori sebuah negeri maju. Jika yang kaya terus meningkatkan kekayaan mereka, mungkin pendapatan per kapita akan meningkat, tetapi apa gunanya jika kita ditolak ke dalam kategori yang lebih baik tetapi jurang pendapatan semakin besar dan masyarakat yang miskin mempunyai peluang yang tipis untuk keluar daripada belenggu kemiskinan? Kita harus meletakkan penekanan yang lebih kepada pengagihan pendapatan yang lebih saksama dan bukan pada statistik pendapatan per kapita.

Selain daripada cabaran ekonomi, kita sedang menyaksikan cabaran terhadap keharmonian perkauman dan kebebasan beragama yang selama ini telah kita nikmati untuk beberapa dekad. Senario politik kini adalah di mana majoriti pemimpin tempatan tidak mempunyai keberanian untuk membuat pendirian yang jelas mengenai isu-isu dan kejadian yang mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum dan majmuk ini. Kejadian seperti menyerang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan seminar anti-Kristian di UiTM adalah Antara yang terbaru dalam siri peristiwa yang membimbangkan kita di Sarawak yang ingin mengelakkan berlakunya kejadian serupa ini daripada berlaku di sini. Sesungguhnya, kita telah diberitahu insiden di Balai Ringin yang didakwa merupakan suatu percubaan Islamisasi kanak-kanak sekolah oleh NGO keagamaan.

Tambahan pula, keputusan dalam kes Herald yang mula memberi kesan kepada kita, bertentangan dengan jaminan yang diberikan oleh Richard Riot dan Joseph Kurup bahawa ia tidak akan memberikan kesan kepada kita. Kebimbangan saya terbukti seperti yang dilihat baru-baru ini melalui sebuah kes di Mahkamah Tinggi di mana Hakim di dalam kes tersebut telah mengaplikasikan kes Herald bagi Gereja SIB. Kejadian seperti ini adalah hasil daripada berat sebelah politik yang tidak konsisten, di mana para pemimpin lebih bimbang tentang survival politik mereka daripada bersuara mengenai hak-hak kumpulan minoriti.

Rakyat Sarawak pada minggu ini telah menerima berita bahawa bekas Ketua Mentery, yang namanya telah dicemari dengan dakwaan rasuah dan yang mempunyai banyak laporan SPRM yang dibuat terhadap beliau, telah dianugerahkan dengan gelaran Tun oleh Yang Di-Pertuan Agong. Timbul persoalan kepada keputusan siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan mengapa anugerah tersebut seolah-olah dirahsiakan sehingga ianya diberitahu. Apakah mungkin ianya untuk mengelakkan rasa malu dan kemungkinan protes terhadap anugerah tersebut kepada seorang lelaki yang mempunyai kekayaan yang dipercayai diperolehi dengan mengorbankan rakyat di negeri ini?

Ramai orang yang bimbang bahawa Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan yang aman dan harmoni seperti dahulu kala, di mana kita dapat membesarkan anak-anak kita dalam keadaan yang aman dan penuh yakin bahawa mereka akan diberikan hak sama rata serta perlindungan dari kerajaan. Pewaris -pewaris imigran yang telah bekerja keras untuk menyumbang kepada pembangunan negara telah dilabel sebagai 'pendatang' dengan sewenang-wenangnya dan telah diberitahu untuk keluar dari negara ini. Sesungguhnya, ramai yang tertanya- tanya apakah masa depan anak- anak mereka di sini. Perayaan Gawai kita akan lebih bermakna jika kita mempunyai para pemimpin yanag berani dan adil yang tidak takut untuk memperbetulkan apa yang salah dan ketidakadilan yang sentiasa berlaku setiap hari untuk memberikan kita harapan untuk masa depan yang lebih baik. Pada Gawai ini, saya ingin menyeru agar semua pemimpin Sarawak untuk lebih berani dalam menghadapi pelbagai cabaran yang  dihadapi oleh masyarakat kita dan untuk bersuara untuk hak-hak kita dengan sebulat suara.

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya bahawa komuniti Sarawak masih mempunyai hubungan yang erat dan harmoni  sesama masyarakat yang pelbagai dan majmuk ini serta sentiasa menghormati budaya dan agama masing- masing. Jalinan dan hubungan sesama kita masih kekal kukuh. Saya baru sahaja kembali daripada perayaan kemenangan Gawai di Suai yang mana penduduk kampug telah mengadakan upacara kesyukuran bagi meraihkan kemenangan mereka dalam mempertahankan tanah adat NCR mereka. Pada perayaan Gawai ini, janganlah kita lupa akar dan umbi serta jalinan kita dengan tanah kita.

Seperti semua komuniti orang asal di dunia, kita sentiasa menghargai hubungan kita dengan tanah dan laut serta sumber yang tersedia ada. Saya ingin memetik kata-kata dari orang asal Alaska, Antionette Helmer yang mengatakan 'Tanah yang kita pegang sebagai amanah adalah kekayaan kita. Ia adalah satu-satunya kekayaan kita yang boleh diwariskan kepada anak-anak kita ... Tanpa tanah air kita, kita papa kedana. '

Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada tuaian kita, marilah kita terus mempertahankan hak tanah adat kita serta kepada kebebasan agama supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Marilah kita terus bersuara bagi pihak adik-beradik kita  yang memerlukan sokongan kita, seperti yang kita di Sarawak yang telah sentiasa berbuat demikian. Sepertimana Pastor Martin Niemöller yang hidup semasa rejim kejam Nazi Jerman, terkenal berkata:

"Pertama mereka datang untuk menangkap komunis, dan saya tidak bersuara
kerana saya bukan seorang komunis; Kemudian mereka datang untuk menangkap pihak sosialis, dan saya tidak bercakap di luar kerana saya bukan seorang sosialis; Kemudian mereka datang untuk menangkap ahli kesatuan sekerja, dan saya tidak bersuara-
kerana saya bukan seorang penyokong kesatuan sekerja; Kemudian mereka datang untuk menangkap orang-orang Yahudi, dan saya tidak bersuara kerana saya bukan seorang Yahudi; Kemudian mereka datang untuk menangkap saya-
dan tidak ada satu orang yang masih tinggal untuk bersuara bagi saya. "

Saya ingin mengucapkan semua rakan-rakan Dayak suatu Gawai yang selamat dan diberkati.

“Gayu-guru, Gerai nyamai”

Baru Bian

ADUN N70 Ba’ Kelalan

Show more