2014-05-03

Assalamualaikum,

Semalam (3 May 2014) berlangsungnya grand opening untuk Select Yours Boutique yang terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Butik ini menawarkan pelbagai jenis jenama dan barangan yang memang tengah hot dipasaran sekarang. Sekarang orang Penang tak perlu lagi nak ke KL untuk beli barang-barang yang diinginkan kerana butik ini menyediakan semuanya. Dari makeup, tudung, seluar, baju, dress, kasut, bag dan segalanya ada disini. The best part is semua harganya berpatutan dan sangat murah. Memang mampu dimilikilah. Boleh dikatakan harganya below RM100. Ini memang kali pertama Asyik pergi butik yang menawarkan harga yang murah macam ini tapi kualiti terbaik.



Ini photobooth yang disediakan untuk orang ramai yang datang sambil bershopping boleh bergambar.



Kalau penat boleh berehat sekejap. hehe



Sesi bergambar dengan props yang disediakan.

Boleh tengok gambar dibawah punyalah meriah butik ini, Asyik datang awal pagi dalam pukul 11pagi, waktu itupun dah ramai yang datang. Kalau datang lambat rugilah mesti tak dapat lihat barang yang best dan 100 orang pertama yang beli barang RM50 and above akan diberikan goodies bag pula. 

    

   

    

    

    

    

Puas hati semua barang murah dan cantik.

Asyik beli palazzo pants, skirt dan wide shawl dengan hanya RM80. Lepas itu dapat goodies bag yang ada crumple wide shawl, flower brooch, lip scrub dan lip mask. Terbaiklah.

Ini barang dalam goodies bag yang Asyik dapat. Best ok. Lepas ini memang kena pergi lagi sebab dah berkenan kat barang yang lain dah. hehe. Orang Penang jangan lupa datang ke butik Select Yours yea. Boleh follow instagram diaorang Selectyours.

Dan jangan lupa follow dan like page Tudung Asyik di instagram dan facebok yea. Banyak tudung yang menarik dijual disitu.

Instagram : Tudung Asyik

Facebook : Tudung Asyik

Till Next Entry.

Love, Asyik.

Show more