2015-09-21

It's been a week since abah pergi menghadap Ilahi. Am still sad masih terbayang wajah abah, kali terakhir jumpa abah( masa dia masih hidup) sebulan lepas temankan dia ke hospital temerloh untuk follow up case abah. 3 bulan kebelakangan ni badan abah asik kurang darah, banyak kali dia warded untuk masukkan darah. Kadang kadang sampai berhari2 warded. Rupa rupanya abah menghidap kanser darah. Kanser darah pun banyak jenis and cabang jadi ambik masa yang lama untuk tentukan jenis and apa rawatannya. 4 hari sebelum abah meninggal baru doctor sahkan abah menghidap kanser darah jenis lymphoma. Sebenarnya kami adik beradik nak transfer abah ke hospital di sekitar sini supaya senang untuk follow up dan jaga abah tapi terpaksa tunggu diagnosis doctor di hospital temerloh utk sahkan kanser darah jenis apa. Nampaknya tak sempat, Allah lebih sayangkan abah. Selera makan abah dah berkurang, 3 hari sebelum dia meninggal abah sudah mula muntah. Mak minta abah call kami adik beradik tapi abah tak mahu susahkan kami semua. Akhirnya pada 13/9 @1am kami semua mendapat panggilan mengejutkan daripada jiran yang abah telah pergi buat selama lamanya.  Hanya mak yang berada di sisi abah semasa dia menghembuskan nafas terakhir.

Sedih sangat dengan pemergian abah, tapi kami redha. Allah lebih sayangkan abah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al fatihah.

Terima kasih di atas kasih sayang & pengorbanan abah membesar & mendidik kami adik beradik.

Show more