Dua orang jer staff Kontraktor yang ada kat office harinih, Construction Manager, T, sama Senior Supervisor, AC. Mata merah kedua-duanya, mabuklah tuh. Staff Melayu sorang pun tak ada. Staff Konsultant lagilah tak adanya.
Adalah dalam sejam aku kat site, menengok orang pasang rubble wall, lepas tuh aku merayau-rayau kat kongsi, kat tepi site. Sedap pulak melayan lagu, tak sedar jer aku dah kat pantai.
Ramai Mat Salleh sekarang nih, dan makin ramai yang ke pantai depan projeck kitaorang, meriah semacam jadinya.
Yang buat geramnya dengan diaorang nih, diaorang selalu masuk site ikut suka memasing, tambah-tambah pulak pagar yang kat pantai tuh dah roboh. So sapa-sapa aje boleh masuk. Bila dihalau, diaorang buat bodoh jer. Orang kampung lagi lah pulak, siap ajak gaduh lagi.
Walaupun tadi Mak Dah ada kasi aku nasi dagang (yang sepatutnya aku buat sebagai lunch), tapi aku ke kedai Pak Sahak jugak. Diaorang suruh aku try Tomyam sebab aku kata dah bosan makan nasik dengan lauk, so kalau ada masakan panas, best jugak. Since ada pucuk ubi celur, aku suruh diaorang buat Tomyam Daun Sinkong. Not bad.
"Pah bilonya kito nak beli Mercedes?" Pak Sahak tanya aku. Dia merefer pada staff Konsultant yang baru dapat duit EPF, pastuh beli Merc second hand tuh. Ok, aku namakan dia Mariposa lah, from now on kat blog nih, staff yang tak pernah lekat kat office tuh, aku nak panggil dia Mariposa (sempena mariposa de nuit, kupu-kupu malam. Yang dia suka cari tuh. Oooppss)
"Dio baru bulih pitih EPF", aku kata gitu.
"Patutnya kito lagi paka keto besar", Pak Sahak mencucuk aku. Tersedih aku mendengarnya, kalau dia tahu yang aku nih tak ada apa-apa, sure dia tak percaya.
Tengah sembang, aku dapat message dari Boss aku. Aku tunjukkan kat Tonne (Ok, Tonne is Contaractor punya Construction Manager, dia Boss kat sini, atas dari dia, Project Manager yang datang site sekali sekala, especially masa meeting).
Memang aku dah agak dah, Contractor pun masih belum dapat 3 payments terakhir. Kitaorang suspect yang 1MDB betul-betul ada issue sekarang nih, even GM dan yang lain-lainnya macam dah menjauhkan diri aje. Kalau dulu sibuk tanya itu ini, sekarang nih masing-masing membisu seribu bahasa.
"He really has no money lah", kata Tonne. So kitaorang berceritalah pasal Boss aku. Dia nih dulunya multi-millionaire, ada boat (yacht?) lagi. Rumah dia kat area-area rumah Ku Li kat Jalan Langgak Golf, KL. Dia bengkrap pasal share market, he went for broke and ultimately he ended up broke. Dia dapat projek nih pun sebab ada kaitan dengan istana Kelantan, wife dia ada a few titiks darah kerabat diraja.
So jadi bodoh jer lah aku the rest of the day, memikirkan my next step of action. Aku memang boleh bertahan tak bergaji for a few months tapi that's not the point. A man can live on his wits and his balls for only so long, kan? Tak apa, aku ada masa untuk berfikir, untuk buat apa-apa yang patut.
Aku ke teluk kat spa site tuh lagi petang nih, ingatkan workers dah balik tapi diaorang buat overtime. Nak sampai ke hujung sana tuh punyalah jauh aku rasa. Aku nih bukanlah orang yang mudah perasan, tapi aku perasan yang diaorang pandang jer aku. Macam Bangla pandang awek-awek Melayu kat malls, macam tu lah. Ada pulak tuh, bila aku nak tegur diaorang, diaorang buat-buat pandang kat lain. Geram jer nak cakap, "Stop looking at me, bitch!", "And you, what are you looking at, bitch!"
Tak ada pulak orang surfing so bebas lah sikit, aku jogging setempat aje lah sampai berpeluh-peluh. Terralit jadinya sesambil memerhati kebesaran Tuhan dengan ombak bergulung-gulung menghempas batu etc. Masa break minum air, aku pandang belakang, laaa, rupanya kat atas bukit nun, geng-geng Bangla tuh memerhati aku. Damn! Not only that, tak lama lepas tuh, Mamat Ambon nih turun ke pantai tempat aku lepak. Damn, leave me alone, will ya?
Gwe pengen mandi tapi sewaktu buka tas persalinan, celana kecil gada. Amit-amit, kok bisa lupa? Ya udah, pulang aja.
Ke surau aku memang tak bawak cellphone, aku bukannya Imam, kan? So balik dari Maghrib tadi, aku tengok Hendrik ada whatsapped, tulis, "Bang...." Pukul 7-30 pm message tuh, so aku balas balik, tanya, "Apa'an?" Tak ada kesan dibaca message aku tuh, and my other few messages. Panik jugak aku, iyalah, manalah tahu ada kecurian ker, kena tangkap ker pasal jual program ciplak yang diubahsuai. Sebelum pergi surau for Isyak, aku called dia, tak dijawab.
Runsing jugak aku memikirnya, aku pernah jadi macam dia, sorang-sorang kat negara orang, so aku tahu lah how susah it is kalau ada masalah. Lambat pulak Imam tuh malam nih, siap bagi Tazkirah bagai. Resah aku dibuatnya. Still tak ada reply dari Hendrik, dan call aku pun tak dijawab. Apahal nih?
Mulanya aku tak nak pergi makan sebab tak rasa lapar, petang tadi pun aku tak singgah warung Kak Long, tak macam Ahad-ahad yang lepas. Bosan dah pekena Nasi Air. Tapi dalam 10 setengah tuh aku rasa lapar, so aku pergi cari burger, nasib baik kedai cheese omelette dah tutup.
Aku teringat yang dua tiga hari lepas aku dah boleh sense yang aku akan hadapi masalah sebab the last few days semuanya happy-happy aje. Rupanya hari ni lah harinya. Rasa macam banyak masalah aku sampaikan nak makan pun tak ada mood, tak habis pun cheese burger special tuh.
Mulanya aku fikir pasal gaji, pasal Boss aku, pasal project in general. Then fikir pasal kawan aku, Hendrik, yang aku tak tahu apa masalahnya. Ditambah pulak hujan turun (kat warung tuh tak ada pulak jual payung, tak kalu, hilang satu masalah) dan aku terstuck kat warung tuh, dan ada tv screen besar tengah tayang live MentorMillenia or something, yang ada Datok Qu Puteh tuh. Terlintas jugak kat kepala aku yang bengap nih, orang yang buat banyak solat sunat, tak sepatutnya ambik port pasal benda-benda hiburan macam tuh, tapi dia kemain galaknya. I don't know, I could be wrong kot?
Dah lah, balik lah, tidur, I'll be ok tomorrow, kata aku dalam hati. So aku balik rumah dalam renyai malam.
Dekat tengah malam masa aku tulis blog, baru dapat message dari Hendrik, dia kata dia ada buat demo tadi. Just in one 4-word sentence.
Some people kan, some people.......